Dr Azizan Osman Letak Jawatan Richworks

Mungkin mereka yang telah 'bersama' dengan Dr Azizan Osman telah pun tahu mengenai berita perletakkan jawatan Dr Azizan Osman dalam Richworks Group of Companies. Perletakkan jawatan itu berkuat-kuasa hari ini - 1 Oktober 2013. Satu siaran media telah dikeluarkan di blog Dr. Azizan Osman berkaitan perkara ini.

Dr Azizan Osman Letak Jawatan Richworks Group of Companies


Shah Alam, 1 Okt 2013: Lima tahun membina nama sehingga diiktiraf sebagai Mentor dan Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies berkuatkuasa hari ini. Tindakan ini diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies. Sehubungan itu, operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil alih oleh Yasmin Mohd Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bermula serta-merta.

Yasmin merupakan bekas Pengurus Kewangan Global, Shell. Berkelulusan dalam bidang kewangan dan perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Yasmin merupakan satu-satunya anak Melayu yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa pemasaran global (Global Marketing Committee) untuk Chartered Management Account (CIMA) serta ahli Fellow Chartered Management Accountant (FCMA) dan Chartered Global Management Accountant (CGMA). Beliau menyertai Richworks Group of Companies bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar Kumpulan.

Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International. Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan pembangunan manusia bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International itu menyaksikan Azizan yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies kini turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Serantau.

Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas global.

Ia juga menyaksikan perlantikan baru Zafrul Rizal bin Mat sebagai Pengarah Serantau bagi melancarkan operasi.

Kredit: Blog Dr Azizan Osman




{ 20 comments.. read them below or add one }

Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy October 01, 2013
pernah join seminar dia..memang superb..
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid October 01, 2013
dan mungkin lepas ni ada perancangan yang lebih besar yang bakal beliau lakukan... all the best in his future undertakings hendaknya... ^_^
Salam Yahya Salam Yahya October 01, 2013
really proud of him.......
Sukma Haron Sukma Haron October 01, 2013
saya baru jer dapat e-mail beliau .....perancangan yang lebih hebat lepas nie.....
Mohd Shubhi Abdul Mohd Shubhi Abdul October 01, 2013
Dia memang hebat...! moga lebih berjaya lagi hendaknya. Insyaallah!
kucha lana kucha lana October 01, 2013
semakin melebarkan sayap nampak gayanya tu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 01, 2013
Saya pun pernah, dua kali .... :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 01, 2013
Nak siapkan thesis PHD kot rasanya...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 01, 2013
:) Doakan yang terbaik sahaja.
baby comel baby comel October 01, 2013
Saya juga anak didik beliau, memang DOA hebat. Kita kaya dan berjaya!
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN October 01, 2013
Memang kenal sangat Dr.Azizan ni melalui media .. nampaknya lepas ni semakin melebar empayarnya...Tahniah!
Zerous dot Vortex Zerous dot Vortex October 03, 2013
This comment has been removed by the author.
Zerous dot Vortex Zerous dot Vortex October 03, 2013
Azizan Osman penaja The Red Warrior... #GomoKelateGomo
Ishak Ismail Ishak Ismail October 31, 2013
hah yasmin ramzi naik? kawan aku tu!!!
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim October 31, 2013
bukankah Dr Azizian dah ada PhD?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.