16 Oktober 2013

Bloglovin - Baca Blog Menerusi iPad dan Tablet

Salah satu cara untuk membolehkan blog anda dicapai dengan mudah di mana-mana sahaja ialah dengan menggunakan aplikasi Bloglovin'. Menerusi Bloglovin' blog kegemaran boleh diakses secara terus di gajet pilihan anda, samada iPad, iPhone mahupun telefon pintar Android atau Tablet Android. Aplikasi Bloglovin' boleh dimuat turun percuma di App Store mahupun di Google Play.

Bloglovin - Baca Blog Menerusi iPad dan Tablet


Bagaimana Nak Baca Blog Menerusi Bloglovin'?

Anda perlu download aplikasi yang dimasudkan, cari di App Store atau Google Play. Selepas anda muat turun dan muatkan dalam gajet canggih anda, buka Bloglovin' dan kemudian Search blog tersebut.

Cara untuk Search adalah dengan taip URL blog tersebut. Seandainya blog tersebut telah didaftarkan dengan Bloglovin', anda akan jumpa paparan seperti di atas. Maka, Add blog tersebut. Sekarang dah selesai.

Setiap hari, jika blog tersebut ada update terbaru, ia akan memberitahu anda menerusi aplikasi tersebut. Selalunya, ia akan keluar selepas 3-4 post dikemaskinikan - tertakluk kepada setting blog tersebut dalam Bloglovin'.

Selamat mencuba.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

8 Komen

Takde dua2 gadget tu... kalo dari nokia C3 bleh ke sifu? Nak ciplak ayat tinggalkan komen bleh?

betul-betul ilmu yang baru nie..

Saya ajak untuk baca entri terkini bertajuk-Segmen Inspirasi Jutawan

Bagaimana nak mendaftarkan blog dekat bloglovin'?

untuk handphone blackberry boleh tak upload HH....? Ada tutorial tak untuk ini....?

Dah lupa la macamana, tapi rasanya, add guna cara search je kot. Login Facebook, search Bloglovin ... kat situ rasanya.

Tak sure, sbb tak ada BlackBerry, ada iPad dgn android phone je. Jadi, memang tak tahu pasal BlackBerry.

satu pelaung juga ni lau dapat daftarkan blog dekat bloglovin ni

Haha..tak leh merasa lagi lah pengalaman menda ni..huhu...


EmoticonEmoticon