Tahun Melawat Malaysia 2014 - Peluang Blogger Tempatan Dikenali Dunia
Saya memetik laporan dalam Berita Harian Online:
Kuala Lumpur: Kempen Melawat Malaysia 2014 akan dipromosikan melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Ketua Pengarah Tourism, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, berkata bagi tujuan itu juga satu seminar berkaitan kepenggunaan sosial bertajuk TB2TV Blogger Seminar Malaysia 2013 (TB2TV) akan diadakan bermula hari ini hingga 20 Oktober.
“Dengan kaedah terbaru ini, ia membantu menjana minat orang ramai menjengah blog penulisan pelancong luar dan tempatan secara global mengenai Malaysia. “Seminar juga akan memberi pendedahan kepada penulis blog tempatan mengenai penggunaan laman sosial secara maksimum selain berkongsi cara mengaplikasi pengetahuan masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan TB2TV, di sini, semalam.
Mengenai seminar itu, Mirza berkata, panel khas yang dijemput akan mengajar penulis blog tempatan mengenai penggunaan kamera, penyuntingan, penulisan, bersosial atas talian dan pengendalian aplikasi khas di tahap profesional.
Hmm .. errr ada mana-mana atau sesapa yang dijemput ke seminar di atas tak? Jika anda, bolehlah kongsi sedikit ilmu pengetahuan ye tak?
Jadi, bagaimana nak manfaatkan Tahun Melawat Malaysia 2014 ini untuk blogger Malaysia? Saya cadangkan kepada rakan blogger semua untuk buat entri mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014, gunakan keywords berkaitan Malaysia seperti tempat menarik, destinasi pelancongan, percutian bajet dan sebagainya.
Ada gambar tempat menarik? Kongsikan dalam entri-entri anda. Buat entri santai mengenai tempat menarik pernah anda pergi. Jangan lupa letakkan info-info penting tentang cara nak pergi, kalau ada tiket masuk - nyatakan harga tiket, letak peta dan sebagainya. Semua ini merupakan cara-cara untuk blog dapat trafik sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Selamat mencuba.
menarik tu
ReplyDeletedapat kembangkan skill menulis
Idea bagus ni, peluang yang tak boleh disiakan. Thanks bro HH :)
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak.
Deletebagus nie
ReplyDeleteIdea terbaik yang boleh diaplikasikan
ReplyDeleteIn Sha Allah, blogger Malaysia akan dapat tempias manfaat dari kempen ini.
Deletebuat 1 contest tahun melawat malaysia 2014...kan best..boleh ramai blogger yang hasilkan entri berkualiti di samping menang hadiah..haha
ReplyDeletenice idea... disamping mempromosikan tempat percutian kan.. :)
DeleteHmm, saya tak mampu nak buat sekarang ni .. modal tak cukup.
DeleteSatu inisiatif yang menarik..Harapnya bajet yang diberikan itu digunakan sebaik mungkin..
ReplyDeletebagus ni
ReplyDeletetambah idea
Hmm nanti cubalah buat ..
Deletebagus idea ni bro..nnt bleh dipraktikkan kan
ReplyDeleteMenarik.. dahh boleh start guna keywords tu..
ReplyDeleteBetul. Boleh gunakan dari sekarang .. molek sangat dua bulan untuk masak ranum .. hehhee
DeleteIdea bagus. terima kasih sifu.
ReplyDeleteSama-sama Hazanis yang cantik .. hehehehe :)
Deletepeluang yang baik..sukar untuk dilepaskan.
ReplyDeleteberuntung kepada blogger yang dapat jemputan seminar tu.
ReplyDeletebtw, thanks HH. tips ni akan saya cuba gunakan after balik dari Sabah nanti
cadangan yang bagus ni,,, huhuu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.