Ubah Setting Pada Robot untuk SEO Blogspot

Dah lama saya tidak kongsikan informasi mengenai SEO blogspot. Saya pasti ramai yang mahukan blog dan entri disenaraikan di enjin carian, terutama di halaman pertama enjin carian seperti Google, Bing atau Yahoo. Memang ada banyak langkah untuk memastikan blog mesra SEO ini, namun kalau diikuti satu persatu, ia takkan jadi satu masalah.

Ubah Setting Pada Robot untuk SEO Blogspot

Saya mahu kongsikan satu cara (antara) yang paling mudah untuk membolehkan blog blogspot anda mesra dengan enjin carian. Namun, anda perlu lakukan dengan berhati-hati agar tidak tersilap, kerana andai kesilapan berlaku, blog serta entri anda mungkin tidak langsung akan berada di enjin carian.

Kaedah yang akan saya kongsikan ini memerlukan anda untuk ubah dan edit setting pada robot.txt blogspot anda. Jangan risau, ikuti dengan rapi apa yang akan saya berikan ini, dan in Sha Allah, semua akan ok.

Salin kod di bawah ini selengkapnya.

Kemudian, sila ke dashboard blogspot anda, dan unjur ke bahagian Settings. Dan pilih bahagian Search preferences, lihat bahagian Crawlers and indexing, dan klik edit pada bahagian Custom robots.txt.
Paparan di bawah berikut akan keluar, dan kini paste kod yang telah anda salin tadi di dalam kotak yang disediakan. Klik Save Changes. Dah siap. Sekarang, blog dan entri punyai peluang untuk disenaraikan di enjin carian. Jangan lupa ubah http://link-blog-anda.blogspot.com kepada URL blog anda.

Kaedah mudah ini mesti anda selaraskan di Google Webmasters Tool di mana anda boleh tingkatkan lagi keupayaan blog anda untuk disenaraikan di enjin carian terutama di laman utama.

Selamat mencuba.

{ 28 comments.. read them below or add one }

Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol September 17, 2013
Mesti selaraskan di google webmaster tu cemana bro? kurang faham =.=
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 17, 2013
Kena hantar sitemap juga pada Google Webmaster
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy September 17, 2013
alhamdulillah...sy dahpun buat HH..banyak lagi yang perlu sy belajar..terima kasih
S.K.A S.K.A September 17, 2013
perkognsian yg bermanfaat =) jazakallah khairan kathira HH..
Ferry Nurse Ferry Nurse September 17, 2013
Terima kasih atas perkongsian ilmu dan tips yang sangat bermanfaat bagi kita dan juga sahabat-sahabat yang menggunakan blogspot.
Terima kasih sekali lagi
Raudzah Z Raudzah Z September 17, 2013
Thanks HH..cuma kita nak tau kenapa bila kita taip robot.txt untuk URL blog nothing appears. Is it something wrong dengan my Blog URL? Thanks in advance...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 17, 2013
Ohh memang kalau kita taip di internet tak kuar apa2. Ia hanya untuk robot enjin carian baca dan patuh sahaja.
Raudzah Z Raudzah Z September 17, 2013
Ooo..macam tu..tq ya. Nway kita ada terbaca this info by bloggertipstricks; Bila kita check dia punya URL..banyak yang tersenarai..kalau HH ada peluang..try this one ya..

How to Check Your Robots.txt File?

Take a look at the below example for demo.

http://www.bloggertipstricks.com/robots.txt

Once you visit the robots.txt file URL you will see the entire code which you are using in your custom robots.txt file.
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad September 18, 2013
dah buat jap tadi. terima kasih sifu :)
cynta ieda cynta ieda September 18, 2013
thnks tuto..baru buat td...
kucha lana kucha lana September 18, 2013
bro kalau sebelum kita wat setting ni kita dh pernah hantar sitemap dkt webmaster tool..leas dha buat setting kita kena submit balik ke bro
Zerous dot Vortex Zerous dot Vortex September 18, 2013
kalau yang pakai custom domain boleh buat juga ker? tapi masih pakai hosting blogspot, just domain je lain? maknanya tidak blospot.com hanya .com saja?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 18, 2013
Boleh. Saya buat dan saya guna. Blog ini kan ke hosting blogspot.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 18, 2013
Ya, kita boleh custom lagi banyak benda. Untuk sorok page tertentu dan sebagainya. Bukan semua perkara dalam blog kita mahu disenaraikan di enjin carian. Hanya informasi atau kandungan blog sahaja.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 18, 2013
Terima kasih cynta ieda ..
baby comel baby comel September 27, 2013
saya dah buat seperti yg diajar. erm, nak tanya cikgu. kat atas tu ada meta tag discription kan, bila tengok my one is disabled. Memang perlukah saya edit dan letakkan something atau ada benda lain or kat tempat lain yg perlu saya edit ke? saya mmg failed bab editing blog ni espcially about coding. maaf bertanya
nur anis Kamam nur anis Kamam September 30, 2013
salam, nk tanya ape beza kalau kita letak url www.anyshanur.blogspot.com VS anyshanur.blogspot.com ?

*newbie** wink..wink..tq :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 30, 2013
Sebenarnya tiada beza ketara, sekarang ini banyak robot carian dah tak ambik kesah www ini, memandangkan ia adalah root internet.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 30, 2013
Lebih mudah masukkan kalau tidak ada kod HTML dimasukkan ke dalam blog. Cara memasukkan meta deskripsi yang disediakan oleh blogger sebenarnya lbih menjamin sbb ia adalah dari Google sendiri. :)
Sya Mimie Sya Mimie October 08, 2013
tima kasih atas panduan ni.. :)
adi junaidi adi junaidi October 28, 2013
Terima kasih atas perkongsian, HH nak tanya, hamba dah edit seting robot dlm template, boleh x hamba buat cara di atas lagi walaupun hamba dah edit dalam template?

Artikal terbaru...:Lagenda Formula 1 sepanjang zaman
malekhassan malekhassan November 26, 2013
for information default robots.txt memang macam tu dah walaupun tidak diubah.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.