Langkau ke kandungan utama

Penjenamaan Blog Mudahkan Promosi

As-Salam. Mengapa penjenamaan penting? Penjenamaan atau branding perlu kalau mahu anda dan blog kekal berada di dalam dunia blog Malaysia. Lebih-lebih lagi andai anda mahu blog menjana pendapatan lumayan. Penjenamaan blog penting agar mudah untuk dipromosikan dan dikenali.

Penjenamaan Blog Mudahkan Promosi

Tips Blog Dikenali Ramai

Dalam membina jenama, anda perlu eksperimentasi dengan pelbagai perkara. Perkara paling utama ialah diri anda. Bagaimanakah anda mahu dikenali? Ada banyak cara, dan antaranya adalah menerusi logo atau header blog. Pastikan anda dan blog punyai logo khusus yang boleh dijaja sana sini untuk dipromosikan. Logo tersebut mestilah mencerminkan diri dan blog anda.

Jenama Cerminkan Blog dan Diri Blogger

Anda perlu memastikan logo yang anda buat untuk blog adalah juga mewakilkan diri anda. Contohnya anda lihat logo blog personal terkenal Malaysia - Denaihati mahupun Ben Ashaari. Denaihati ada logo yang juga merupakan header blog tersebut. Logo atau header itu ditampilkan dalam banyak benda - t-shirt, watermarks gambar, banner dalam blog, header pada Facebook, malah digunakan sebagai profile dalam Facebook Page.

Samalah juga dengan blogger Ben Ashaari. Tema merah bata dijadikan satu warna promo atau warna jenama untuk blog Ben Ashaari. Ada kelab sendiri (Kelab Blogger Ben Ashaari) yang menampilkan logo yang ada tempelan benashaari.com, begitu juga pada t-shirt, dan dalam Facebook Ben Ashaari.

Konsisten Dengan Jenama

Penjenamaan perlu konsisten. Kerana dengan konsisten ini ia akan mudah dikenali. Kalau asyik-asyik tukar je, nanti orang mudah keliru yang akhirnya lupa. Penjenamaan perlu dilakukan merata dengan seragam. Seragam sebagai satu aspek penting supaya ia menjadi satu trademark.

Banyak lagi perkara mengenai penjenamaan ini yang boleh saya perkatakan. Namun, eloklah dahulu anda memikirkan mengenai logo - header - profile ini terlebih dahulu, kerana dari aspek inilah anda boleh memulakan langkah lain dalam penjenamaan ini.

Buat jenama anda sendiri dalam dunia blog, dan kekal dan jaga imej serta kredibiliti jenama anda; in Sha Allah, anda bukan sahaja akan dikenali dalam dunia blog Malaysia, malah lebih dari itu.

Selamat berjaya dengan penjenamaan blog.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Tips ini banyak membantu, tetapi saya masih mentah lagi dalam dunia blogging.. In sya Allah, 3 @ 4 tahun akan datang.. itu juga target saya..

    BalasPadam
  2. Ya, memang setuju sangat pasal penjenamaan blog ni. Blog saya ialah hasil kerjasama beberapa rakan. Kami brainstorming juga nak guna warna, konsep dan sebagainya untuk blog kami. Sebelum kami lancarkan blog, logo semua dah ada. Mungkin sebab kami dah terbiasa dengan blogger kpop yang lain

    BalasPadam
  3. fyna pun nak kena buat penjenamaan semula blog nih.

    BalasPadam
  4. yumida pun dlm proses memahami penjenamaan blog ni abg hh
    alhamdulillah..perkongsian yg sgt bermakna buat diri ini..membuatkan diri ini berfikir mengenai blog usang ni

    jemput baca & komen entry yumida ni abg hh:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

    pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)

    BalasPadam
  5. good tips. banyak lagi yang saya harus belajar tentang elmu blogging ni. terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  6. ya,branding sangat penting dlm promote blog, mungkin untuk blog yang ada tujuan komersil, kl blog biasa-biasa macam CM ni, tepek jelah mana2 gambar yg sesuai..hihi..

    BalasPadam
  7. kira trademark la ni... supaya orang senang nak ingat....

    BalasPadam
  8. banyak lagi yang perlu dipelajari..dengan tips ini membantu dalam memantapkan lagi dunia blogging..www.tepakku.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …