Pengurusan Masa Buat OHBlogger Malaysia
Saya sendiri sering terbabas bila mengendalikan soal masa ini. Secara amnya, semua orang ada 24 jam kan? Tiada siapa pun yang diberikan masa tambahan, mahupun dikurangkan masanya. Masa yang terasa pendek dan singkat bukan sebab kita kekurangan masa, tetapi disebabkan diri kita yang tidak pandai untuk urus masa dengan baik.Bila berkata soal berblog, urus masa perlu dipergunakan dengan bagus agar antara blog dengan kehidupan sentiasa seimbang. Ini termasuklah kepada blogger sepenuh masa dan juga separuh masa. Blogger sepenuh masa lagilah .... memang kena ada jadual khusus, atau setidaknya punyai buku catatan untuk memastikan antara aktiviti berkaitan blog dengan keluarga tidak dicampur aduk atau dielakkan daripada berlaku pertindihan.
Pengurusan masa penting agar nanti tidak sampai tahap anda berada di dalam dilemma. Yelah, kadangkala, ada blogger yang rezeki agak baik, diterima untuk hadir satu-satu event atau acara yang boleh memberikan pendapatan lumayan. Atau tidakpun menerima tawaran untuk buat satu entri atau posting yang dibayar. Dan pada masa yang sama, ada pula perkara lain berbangkit dengan hal keluarga. Penting, blogger mesti tahu mana yang perlu didahulukan dan diutamakan.
Dengan pengurusan masa yang cekap, seorang blogger Malaysia boleh berikan terbaik buat dua-dua aspek - kehidupan dan juga minat serta kerjaya seorang blogger.
Bukan apa, ada kes bila seorang blogger mengorbankan masa bersama keluarga semata kerana blog; yang akhirnya membuatkan dirinya menyesal sampai ke sudah. Jadi, saya tak mahulah perkara-perkara tak baik berlaku dalam kehidupan seorang manusia hanya kerana blog.
Dalam soal kerjaya sekalipun, keluarga itu mesti diutamakan. Yang lain boleh datang kemudian. Rezeki dari blog in Sha Allah, akan hadir lagi jika kita tahu apa tujuan hidup yang telah ditetapkan kepada kita.
Berikan priority yang sepatutnya - Agama, diri dan keluarga.
insyallah..sedang berusaha ke arah itu..masa berlari terlalu pantas tanpa kita sedarkan HH..
ReplyDeleteyup.. pengurusan masa yg berkesan akan memberikan impak yang positif kepada diri dan kerjaya..
ReplyDeleteMasa tidak akan tunggu, ia pasti berlalu.
Deletemasa itu emas :). Dulu boleh mengadap blog bila2 masa. Bila dah berkeluarga, kesihatan dan masa untuk keluarga antara keutamaan.
ReplyDeleteBetul tu. Terjejas kesihatan, yang rugi adalah diri sendiri.
Deletekadang-kadang masa saya jugak terjejas. oh masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan...
ReplyDeletewalaupun pembaca bukan blogger juga perlu pandai dalam bab pengurusan masa ni. kalau tak banyak benda sia-sia sahaja takde faedah
ReplyDeletePengurusan masa sangat penting untuk semua orang..www.tepakku.com
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.