As-Salam. Sesuatu yang tidak diduga bagi saya sebenarnya. Nampaknya ada 'orang luar' yang nampak kekuatan blog ini. Ini bukan pertama kali, tetapi merupakan antara 'insiden' yang saya sendiri tak percaya. Nak tahu? Saya diberikan bayaran hanya untuk gantikan satu micro-banner, dengan banner kepuyaan laman web lain.

Haa, dan bayaran yang saya terima adalah sebanyak USD20! Amacam? Apa perlu saya buat ialah keluarkan satu banner percuma yang diletakkan di dalam blog ini, dan gantikan dengan banner kecil milik laman web tersebut. Dan ia bukan banner jual produk atau apa-apa, tetapi satu micro banner untuk periksa kedudukan Google Pagerank blog atau laman web.

Sebelum ini, ada juga terima email daripada beberapa syarikat luar yang mahu jalinkan kerjasama - seperti Geniee, Adstract dan beberapa syarikat affiliate luar. Mereka tawarkan khidmat kerana mungkin nampak kekuatan blog ini - yang kadangkala saya pun rabun mengenainya.

Tetapi, segala kemungkinan di atas tidak akan berlaku andai tiada sokongan yang hebat daripada anda semua, selaku pengunjung dan juga pembaca blog ini. Hanya kerana andalah, orang luar mula belek-belek blog ini untuk mencari segala bentuk peluang yang boleh mereka manfaatkan.


We would like to have our PR checker icon replaced with existing one on your website. We can offer you monetary compensation for this favor. If you agree then you can generate code from website and add on your website or you can let us know and we will send you code. Thanks, Angelina 

Cebisan email mengenai perkara yang saya katakan di awal entri ini. Nak bayar sebab nak ganti banner je.

Email seperti di atas juga mungkin ditujukan kepada anda. Tak mustahil punyalah, memandangkan anda sebenarnya lebih baik daripada saya.



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

6 Komen

Tahniah...Usaha pasti akan ada ganjarannya.
Teruskan memberi yg terbaik HH!

Reply

banyak info dan benda boleh tahu disini

Reply

Alhamdulillah..setiap usaha yang ikhlas dan murni pasti akan membuahkan hasil..tahniah..www.tepakku.com

Reply

wah,,, hebat tuuu,, semoga rezeki bro hh sentiasa bertambah,, insya Allah :D

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.