Langkau ke kandungan utama

Apa Itu CPUV dalam Nuffnang?

Ada blogger bertanya kepada saya mengenai maksud dan erti CPUV, CPC dan CTR yang ada dalam setting atau dashboard akaun Nuffnang. Jujur saya cakap, bukanlah orangnya saya ni nak ulas dan cakap dengan betul dan tepat mengenai maksud-maksud jenis penarafan iklan dalam Nuffnang tu, kerana yang lebih tahu adalah kakitangan Nuffnang sendiri.

Tetapi, saya bukanlah seorang yang kejam bebenor, tak mahu kongsi apa yang saya tahu. Dah ada yang bertanya di Facebook Fanpage, maka menjadi satu tanggungjawab untuk saya bantu. Tak dapat banyak, sedikit in Sha Allah akan ada pencerahan, dan saya pasti ramai rakan blogger yang lebih tahu daripada saya akan komen dan berikan lebih lagi pencerahan .... :)

Ok. Pertama sekali nak terangkan CPUV yang nampaknya lebih menarik daripada yang lain. Untuk pengertian CPC dan CTR dalam Nuffnang, tunggu entri susulan atau boleh je carian dalam blog ini.

Apa Itu CPUV (Cost-Per-Unique-Visit) dalam Nuffnang?

CPUV (Click Per Unique Visitor)

Pengiklan akan beli sejumlah bilangan trafik daripada pengunjung unik (UV) blog anda. Kempen ini akan tamat apabila kuota atau jumlah trafik UV telah dicapai. Contohnya; pengiklan dari Sony akan bayar anda untuk setiap 1 UV dengan nilai RM0.10 dengan had maksima sebanyak 500 UV atau sebanyak RM50.00 bagi 500UV sepanjang kempen berjalan.

Ada juga yang pengiklan membayar mengikut tempoh masa, katakan selama 7 hari. Selama 7 hari iklan CPUV dari Sony (contohnya) akan kekal berada di dalam blog kita. Dan pihak iklan akan bayar sebanyak mana UV yang ada ketika kempen berjalan. Andaikata UV pada masa kempen berjalan adalah sebanyak 1000, dan pengiklan bayar setiap 1 UV itu dengan nilai RM0.20. maka dapatlah income dalam RM200.

Untuk iklan ini, jika peratusan dapat capai 100% CTR, maka anda akan dapat bonus-CTR. Katakan tadi pengiklan hanya mahukan 1000 UV je untuk iklan mereka dipaparkan, tetapi semasa iklan CPUV ini berlangsung nilai UV yang hadir dalam blog adalah lebih, maka Nuffnang akan berikan bonus ini. Bonus ini dibayar oleh Nuffnang dan bukan pengiklan.

Contoh CPUV

Harap anda faham maksud CPUV di atas. Mari lihat contoh di bawah ini.
Daripada contoh yang tak berapa best ini, anda lihat ada CPUV diberikan, memandangkan trafik tak begitu bagus, maka tak banyak income diperoleh. Ruangan CTR (Click-Through-Rate/Click-Through-Ratio) blog tersebut tak cecah pun 1%. Maka, nisbah income yang dapat hasil pembelian UV pun tak banyak, dan bonus pun tak dapat memandangkan tak capai 100% CTR.

Penting sekali apabila dapat tawaran CPUV ini daripada Nuffnang, anda akan sediakan langkah-langkah proaktif untuk tingkatkan trafik blog anda.

Selamat memahami dan mendapat income lumayan menerusi CPUV Nuffnang.

*p.s: Nak dapat income CPUV ni, pastikan trafik maintain dan blog anda menarik perhatian pengiklan (bukan Nuffnang).

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. macm mana nak bg pengiklan tertarik tu mr hasrul? amboi..sy ni mmg struggle nak study psl nuff ni..

    BalasPadam
  2. ooo..aru yumida tahu serba sedikit pasal cpuv ni
    alhamdulillah..nice sharing bro hh

    BalasPadam
  3. oo baru la sy faham sikit2.. tq sharing..

    BalasPadam
  4. rupanya betigu...makseh atas perkongsiannya...:)

    BalasPadam
  5. ..tq for sharing..xpnh tau pn sblm ni :P

    BalasPadam
  6. Saya pun x ambil tahu pulak pasal ini

    BalasPadam
  7. bab nak maintain traffic time dpt CPUV tu yang buat makcik letih weii..apapun terima kasih, penerangan yg jelas dan mdh difahami oleh tn HH.GUD JOB!:)

    BalasPadam
  8. Kalau dapat CPUV memang kena tingkatkan trafik bagi mendapat earning yang agak lumayan seperti yang dinyatakan dalam entri ini.

    Sedikit tip dari ciklaili.com - Kalau blog anda tak update setiap hari, pastikan ada beberapa 'entri yang meletop' untuk pastikan trafik sentiasa masuk.

    BalasPadam
  9. En hasrul.. bagaimana nak tahu berapa nilai per trafik setiap iklan cpuv tu? Atau itu urusan nuff dan pengiklan?

    BalasPadam
  10. pendek ceta kena naikan pelawat ke blog yer

    BalasPadam
  11. nice info...ada jugak saya dapat bonus dari nuffnang.........

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah.. sekarang dah faham dah sume tu.. Thanks a lot HH :)

    P/s: Hari2 bukak blog HH sebb nak dapat ilmu blogging nie :) Keep up the good work~

    BalasPadam
  13. gud info.. tips y berguna


    Entri Baru Update 3Saat Lalu : Duit Raya Besar

    BalasPadam
  14. Ok paham paham..thanks bro HH

    BalasPadam
  15. Nice tips. Tq for sharing

    BalasPadam
  16. Thanks for sharing dan pencerahan bro..=)

    http://shafizam.blogspot.com

    BalasPadam
  17. baru faham pasal CPUV ni. hee .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... dah faham bolehlah tingkatkan trafik bila ada CPUV ni ..

      Padam
  18. Terima kasih sebab bagi penjelasan.. baru faham..
    minggu ni saya ada dapat CPUV Waku Doki campaign (toyota). status masih on-going dan CTR 100% tapi ctr bonus +0 dan amount 0.01... ni macam pening sikit..

    BalasPadam
  19. Baru dapat cpuv..berusaha nk tingkatkan trafik..adehh.. btw tq bro!

    BalasPadam
  20. baru faham pasal CPUV ni... kita baru buka nufnang ada tengok yang CPUV tu.....

    BalasPadam
  21. ohh baru tahu . terima kasih info

    BalasPadam
  22. oh ok... baru faham. terima kasih. ;)

    BalasPadam
  23. Best juga bila dapat status CPUV di blo. Bolehlah dapai income walaupun tak banyak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.