Blog siap. Lengkap dah. Ada entri best, susunatur pun ok. Dah daftar Nuffnang, dan kod iklan dah letak, tapi income menerusi iklan Nuffnang tak gerak-gerak. Kenapa? Mesti ada sebab mengapa income menerusi iklan Nuffnang tidak berganjak sejak dari awal diletakkan dalam blog.

Ok. Saya nak kongsikan sedikit pengalaman lampau mengenai income menerusi Nuffnang ini. Mungkin ada blogger baru tak perasan atau terlupa beberapa perkara penting untuk membolehkan iklan Nuffnang menari-nari dalam blog dan seterusnya menjana pendapatan. Kalau bernasib baik, boleh dapat iklan berbentuk CPUV (Cost-per-Unique-Visit) yang sememangnya lumayan buat blogger baru.
Sebab pendapatan atau income Nuffnang tidak bertambah

Sebab Income Nuffnang Tak Gerak

Antara sebab iklan Nuffnang tidak menjana pendapatan yang diharapkan ada beberapa faktor.

Bentuk Saiz dan Kedudukan Iklan Nuffnang

Tidak meletakkan kesemua bentuk, saiz dan jenis iklan Nuffnang dalam blog. Anda perlu letakkan ketiga-tiga bentuk iklan Nuffnang dalam blog anda. Ada 3 saiz banner disediakan, dan ketiga-tiga mesti diletakkan di tempat atau lokasi yang telah disarankan oleh Nuffnang, iaitu dekat dengan header blog (728x90); biasanya diletakkan di bawah atau atas header blog. Iklan sidebar perlu di bahagian atas sekali, dan saiz kekotak (300x250) perlu berada di antara entri atau di bawah setiap entri blog.

Cerita Mengenai Nuffnang

Sebagai salah seorang blogger yang gunakan khidmat Nuffnang, penting untuk anda berkongsi dan 'berkomunikasi' dengan Nuffnang. Anda perlu cerita mengenai Nuffnang di dalam blog anda. Anda patut sedar, Nuffnang boleh kesan kehadiran setiap trafik berdasarkan cerita dan tajuk entri blog anda. Kongsikan aktiviti yang dijalankan oleh Nuffnang, seperti kontes, giveaway mahupun gathering yang mereka jalankan.

Sering Update Akaun

Tips yang selalu blogger lama berikan, kena login ke akaun Nuffnang dan kemaskini akaun Nuffnang. Sesekali ubah setting pembolehubah untuk soal selidik dalam Nuffnang itu. Anda mesti aktif dengan akaun Nuffnang supaya mereka sedar kehadiran anda.

Maintain Trafik

Anda tidak perlu nak tingkatkan trafik ...naik, naik dan naik. Lebih mudah anda maintain trafik yang masuk ke blog anda. Jika naik, jangan nampak naik mendadak. Trafik yang maintain menunjukkan blog anda konsisten. Nuffnang suka dengan blog yang punyai trafik blog yang konsisten sebab mudah bagi mereka untuk berikan bonus iklan seperti CPUV dan juga Advertorial.

Jangan Sombong Dengan Nuffnang

Nuffnang ini dikendalikan oleh manusia, jadi mesra-mesrakan diri anda sebagai blogger dengan warga kerja Nuffnang ini. Sertai aktiviti atau paling tidak, anda sentiasa lawati blog mereka dan tinggalkan komen anda. Ada kontes atau giveaway dianjurkan, tunjukkan sokongan anda. Tak masuk tak mengapa, tapi boleh komen atau kongsikan informasi tersebut di blog anda. Sering beri tiket atau bertanya pada mereka mana-mana bab dalam Nuffnang yang anda kurang faham.

Cukup dah sebab yang saya berikan untuk tahu mengapa dan kenapa income Nuffnang sesetengah blogger tak naik-naik atau tidak bergerak. Saya pasti ramai blogger yang dah dapat income mencanak dari Nuffnang akan setuju dengan entri ini.

Kepada yang merasakan income tak ganjak, cubalah tips dan panduan yang telah saya berikan ini. In Sha Allah, akan ada perubahan pada pendapatan Nuffnang anda.


44 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setuju...
    tq untuk info ni



    Entri Terbaru Di Update 3Saat Lalu : Mandi Sambil Menderma

    ReplyDelete
  2. ooo..nak kena jadi "mesra alam" la yerr..dengan nuff nie..huhu

    ReplyDelete
  3. saya la tu..xde anjakan langsung.sedih...

    ReplyDelete
  4. dah lama tak buka nuffnang sebab jarang online..sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sering online ... tapi jarang gak buka Nuffnang ni .. hahahaha

      Delete
  5. kena mesra2 dgn nuffnang ni..kalau x,dia merajuk nanti..

    ReplyDelete
  6. setuju sangat info ni..komunikasi ngn staff nuffnang sgt penting untuk dorg perasan kewujudan kita :)

    ReplyDelete
  7. setuju.betul sangat. ikut je cakap Tuan HH ni. Tak susah pon.terima kasih..:)

    ReplyDelete
  8. Seawal daftar dah dapat taraf gliterati. Memang dah banyak kali dapat blogbuster champaign tu, tapi tak tau nak buat video. Yang terbaru iklan Ambi Pure tu. Emm..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..salam ziarah!! Jemput ziarah blog saya ;)
    http://supplementforall.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. harap diperkenankan..

    http://mamayana10.blogspot.com/2013/08/income-nuffnang-blog-kita-bergerak2.html

    ReplyDelete
  11. tips yg bagus untuk diamalkan..

    ReplyDelete
  12. nice sharing...ada yg saya dah praktikkan tapi ada juga yang perllu diperbaiki kat blog saya...thanks HH.....good idea.....

    ReplyDelete
  13. baguih2 la tips ni ehehe sombong tak kemana kennn ;p

    ReplyDelete
  14. adalah skit..tapi skrg dah senyap pulak..huhu..mybe terlupa sesuatu kot..thanks sharing ye.

    ReplyDelete
  15. terbaik tips, tapi nuffnang saya memang tdk berganjak..hahah.. rm0.00 hihi

    ReplyDelete
  16. Thanks for the information HH...Setujuu...

    ReplyDelete
  17. Kalau selalu buka blog HH ni ada income x? =)

    ReplyDelete
  18. thanks untuk info, baru faham kenapa nuffang ni tak bergerak2 =)

    ReplyDelete
  19. ada anjakan tapi sedikit, akaun dikemaskini pun seminggu sekali sahaja.

    ReplyDelete
  20. income cpc skg dh xnaik tapi alhamdulillah walaupun trafik tak tinggi, dah dapat kempen cpuv dari nuffnang... ha, tip2 lain yg hh beri ni boleh dicuba jugak, ramah2 dgn nuffnang =)

    ReplyDelete
  21. Assalammualikum...HH,

    Terima kasih bro atas ilmu yg dicurahkan dan dicoetkan di sini. Insaallah akan mselim3 praktikkan.. aktif dengan dengan nuffnang, .Insaallah..HH adalah sifu yg x jemu mencurah ilmu utk tatapan blogger ... thank so much.

    mselim3

    ReplyDelete
  22. Setuju dengan apa yang dinyatakan dalam entri ni. Janganlah mudah putus asa jika belum terima apa2 dari Nuffnang. Belajar & terus mendalami ilmu dari blogger2 yang telah berjaya buat duit dengan blog :)

    ReplyDelete
  23. nuffnang ni..kena pandai main stratagi. ada masa trafik kena rendah, ada masa trafik kena tinggi..

    ReplyDelete
  24. sy pn sma..just bln lps agk plik ble tbe2 ad yg sudi 'derma' kt nuff sy..ganjak la sket..hu3
    tp x berkesemptn nk mesra alm hri2 dgn nuff..hu3

    ReplyDelete
  25. Oo..itu mcm..sd 1 kempen sy tu dr 2 bln lps 0.00 je..x jd me pun.pelik

    ReplyDelete
  26. Patutlah Nuffnang merajuk....;(

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah saya ikut tips dalam blog ni...dah dapat cpuv kempen...terima kasih banyak2..kalau ada info lain...share-share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tetapi apa yang berlaku dua tiga menjak ni adalah sbb teknikal Nuffnang.

      Delete
  28. nice sharing.. terima kasih sangat2.. patut lah ina tgk duit kat nuffnang ina ni tak naik2..

    ReplyDelete
  29. thanks tp saya dh dapt cpuv tp xjalan pun income??? ...#visit and follow my blog on shukranzahari.blogspot.com . ....Happy blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. CPUV berkaitan dengan trafik. Lagi tinggi trafik barulah jalan dan naik income tu. Trafik ni bukan maksud 1 hits dapat 20 sen .. tapi ikut kadar dia .. ada yang 1000 dapat 20sen ada yang 100 dapat RM1.20 ... :) kena faham tu bab tu ..

      Delete
  30. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  31. nice info.hope this will be a good sharing.

    ReplyDelete
  32. nuffnang last count earning may 2016.. sekarang dah stop count. kenapa ye? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan. Saya tak dapat nak jawab persoalan ni sbb saya dah lama tinggalkan Nuffnang ni. Jadi, saya kurang arif dan pasti mengenai perkembangannya ... mungkin boleh terus hantar tiket pertanyaan pada mereka.

      Delete
  33. Thank you...tips yg bagus👍🏻

    ReplyDelete
  34. Tips yang sangat bermanfaat! Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement