Program Affiliate Lazada Malaysia

Program Affiliate Lazada Malaysia - Dapat email daripada pihak Lazada beberapa hari yang lepas mengenai program affiliate yang baru sahaja diperkenalkan. Program ini masih baru, maka tak ramai yang menyertai program affiliate dari Lazada ini.

Saya sebenarnya nak war-warkan sejak email dari Lazada diterima lagi, tetapi kurang idea nak olah ayat yang sesuai, al maklumlah, Lazada ni asalnya dari German, maka faham-faham sahajalah. Oh ya, untuk pengetahuan Lazada Malaysia dan Zalora Malaysia adalah di bawah kendalian sebuah syarikat yang sama. Jadi, jangan pelik andai nampak setting kedua laman web ini nampak hampir serupa.

Program Affiliate Lazada Malaysia buat Blogger Malaysia

Ok. Berbalik soal affiliate dari Lazada ini. Pihak Lazada Malaysia menjemput dengan segala hormatnya mana-mana blogger yang mahu menjana pendapatan menerusi program mereka. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu daftar dengan percuma di pautan ini - Daftar Percuma Affiliate Lazada Malaysia (klik), isi butiran yang disediakan dan tunggu email konfirmasi yang akan diberikan.

Dalam email tersebut, anda boleh dapatkan info dan maklumat penting untuk anda menjana pendapatan menerusi Lazada Malaysia. Cukup mudah sebenarnya, anda hanya perlu letak banner seperti yang saya buat untuk mula menerima komisen yang disediakan. Komisen ini akan dibayar seandainya terdapat jualan yang dilakukan menerusi link yang telah mereka sediakan bagi setiap blogger seperti anda.

Nilai Komisen Ditawarkan Lazada Malaysia

Komisen yang disediakan adalah seperti berikut:
  • Dari 0 hingga 60 order / bulan: 0.6%
  • Antara 61 hingga 120 order / sebulan: 0.8%
  • Lebih daripada 120 order / sebulan: 1.0%

Hmm .. kira lumayan gak la memandangkan produk-produk yang dijual dalam Lazada merupakan produk-produk yang bernilai tinggi dan mudah jual, contohnya seperti tablet, iphone, telefon pintar, gajet-gajet menarik dan sebagainya.

Jenis Produk Lazada Malaysia


Tak rugi mana pun, anda dapat akses ke portal jualan Lazada dan pilih produk yang boleh dijual, dan iklankan dalam blog anda. Dapat jual, dapat komisen. Sekali jual produk harga RM2000, haaa macam iPhone terbaru ke, dah boleh dapat 0.6% x RM2000 =  RM12.00 .... tu baru satu .. kalau dua? kalau tiga?

Contoh Banner Affiliate Lazada Malaysia

Contoh banner Lazada yang boleh anda letak dalam blog anda:

Nak tambah pendapatan atau mungkin boleh diletakkan dalam blogshop anda sebagai salah satu tambah nilai? Daftar percuma sekarang di sini - Pendaftaran Affiliate Lazada Malaysia OHBlogger

Selamat mencuba.



Post a Comment

42 Comments

  1. bagus laaa... thank you for sharing.. boleh kite same2 generate income from blogging..

    **jemput singgah/follow blog www.diyanamarissa.com

    ReplyDelete
  2. kalo guna program nie nuffnang sure xdapat gliterati dah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jejas sama sekali status Glitterati dalam Nuffnang sbb ia tidak sama program macam Nuffnang. Ianya affiliate. Mana2 bentuk affiliate tidak jejas mana-mana platform pengiklanan termasuklah Adsense, Advertlets, Komli dan sebagainya.

      Status Glitterati Nuffnang hanya hilang JIKA letak iklan pesaingnya - Adverlets

      Delete
  3. Bagus jugak ni...terima kasih berkongsi..

    ReplyDelete
  4. Nampaknya menarik juga affiliate ini.

    ReplyDelete
  5. nak cuba jugak la..ada sesiapa yang dah cuba ke? cecite ce cite

    sila la singgah

    http://justvitashop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. menarik.....boleh try nie.......

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Boleh tahan jugak... Boleh cuba ni.

    Mai singgah

    http://permatagenerasi.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Hi
    I have recently joined Lazada affiliate program with my new website http://www.vouchercodes.com.my/lazada exclusive to Malaysia advertisers and customers. Next to see how it works for me.

    Thanks

    ReplyDelete
  10. macam best...tak rasa tamak ker byk jadi agen affiliate...tp saya suka ceriakan blog yg kusam cam blog sy...

    ReplyDelete
  11. kalau tak ada blog ada cara lain tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, cikSembang boleh gunakan FB, twitter malah instagram ... yang penting nak kena ada URL affiliate tu ..

      Delete
  12. Terima kasih sangat sangat.Boleh juga menambah pendapatan

    ReplyDelete
  13. Terima kasih sangat sangat.Boleh juga menambah pendapatan

    ReplyDelete
  14. Bagus! program affiliate memang semakin mendapat sambutan kini.

    ReplyDelete
  15. Tumpang Bertanya.. jika letak iklan Adsene dan Lazada Affiliate ni dalam satu blog, Adakah Adsense kita akan di BAN..
    Harap Otai2 dapat menolong.. Terima Kasih

    ReplyDelete
  16. Emm sayangnya..saya dah klik link pendaftaran affiliate lazada tu..tapi sedang dinaiktaraf..huhu..kena cuba lain kali lah nampaknya..

    ReplyDelete
  17. Mcm mana nk keluarkan duit tu.. sy ada balance yh dh confirm.lbih rm200..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow .. banyak juga tu ... ada isi tak kat bahagian financial? ada dokmen pengenalan kena upload untuk pengesahan.

      Delete
    2. Berhubung dengan affiliate manager Niena ... ada tulis rasanya kat akaun.

      Delete
  18. Macam tak boleh open je link tu tuan hh.
    Dah berapa kali try tapi tak leh juga..
    Sistem tak ok ke nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah update link tu. Ada berlaku sedikit kesilapan.

      Delete
  19. Nak join jugak la.. Macam menarik..

    ReplyDelete
  20. Salam.sy msh br dgn blog.sy dh dftr affliate ngn jdr.com dan advertorial.com.tp st xtau kt mn sy nk copy link tue.sy nk wat mcm kt blog awk tue.blh tlg share kn caranyer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah nanti saya akan tulis. Tapi sebelum tu, nak cepat, masuk atau login ke mana-mana affiliate tu, pergi ke bahagian Tutorial atau bahagian F.A.Q

      Selalunya kat sana sudah ada beritahu dengan lengkap dah.

      Delete
  21. bro hasrul hassan macam ner nak daftar tu... ekin dah buka takberapa pandai la... boleh ajar lebih detail lagi tak... email ekin di ash.rie8506@gmail.com

    ReplyDelete
  22. entah macam mana baru terniat nak cari affiliate,blog HH juga yang saya jumpa.Memang SEO HH ni terbaik punya.Banyak lagi kena godam ni,

    ReplyDelete
  23. tumpang tuntut ilmu di sini tuan sifu HH. :)

    ReplyDelete
  24. Akhirnya berjaya juga join lazada, punyalah lama tunggu result, dari taun lepas, TQ sebab dr sini sy tau pasal affialiate ;)

    ReplyDelete
  25. nak tanya, saya klik lazada affiliate. tp awal2 dah stuck. apa maksud company yg mereka nak utk sign up? saya blur pulak. sebab saya nak buat under individu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak nama blog je .. atau tinggalkan bahagian company tu.

      Delete
  26. kalau dah daftar kan...masa nak login dia bagi "cannot logging. account pending' tu apa maksudnya ye...saya budak baru belajar...tolong ajarkan..atau kena tunggu lazada bagi email semula baru boleh login..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu email daripada Lazada kata dah lulus jadi affiliate

      Delete
  27. Pihak Lazada tgh review blog la tu .. dia nak tgk samada sesuai ke tak ... :) bersabar dalam dua tiga hari ye.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com