Bantu Kongsi Tanda Sokong
As-Salam. Widget yang baik adalah widget yang dapat memberikan manfaat, bukan sahaja kepada pengunjung blog malah kepada pemilik blog. Ada blogger main redah je letak widget yang tidak memberi apa-apa signifikan kepada blog. Banyaknya sekadar cantik atau hiasan untuk blog semata.
Teringat kata-kata mantan boss - Prof. Dr Wan Hashim Wan Ibrahim mengenai jalanraya di Malaysia. "Jalanraya di Malaysia ni banyak hiasan je lebih daripada aspek keselamatan". Apa yang Prof katakan ialah mengenai aspek atau benda yang diletakkan di jalanraya di Malaysia, banyak benda lebih untuk hiasan sedangkan efek untuk keselamatan tidak terbukti seratus peratus. Tapi, itulah .. ini kata beliau 5 tahun sudah. Mungkin sekarang dah lain.
Ok. Daripada anda memasang widget yang tidak memberi impak positif baik kepada blog, anda serta pengunjung, apakata anda letakkan widget takwim waktu sholat terkini e-Solat yang disediakan oleh Jakim ini. Cantik dan boleh berikan manfaat tersendiri.
Mudah je nak letak dalam blog. Seperti perletakkan widget-widget yang lain juga.
Widget Takwim Sholat Terkini e-Solat Jakim
- Pertama sekali anda perlu ke laman sesawang e-Solat oleh Jakim (klik).
- Seperti paparan di atas, anda pilih negeri, pilih zon serta bentuk takwim yang anda mahukan. Klik cari pada langkah 3. Satu paparan dalam bentuk jadual akan keluar seperti yang dikehendaki.
- Untuk pasang widget takwim sholat, anda perlu klik butang html kod yang disediakan di bahagian bawah.
- Satu pop-up window akan keluar paparkan bentuk-bentuk widget yang disediakan. Ada 4 pilihan disediakan. 1 pilihan widget melintang, dan 3 pilihan widget menegak disediakan. Anda boleh lihat seperti contoh di bawah ini:
Berminat nak pasang pada blog anda? Dapatkan kod-kod html yang disediakan di sini - Widget Takwim Sholat Terkini e-Solat Jakim
Selamat mencuba.
Selamat mencuba.







As Salam HH...saya dah buat dah tapi copy code dari blog HH je sebab bila nak buat yang menegak tu tak menjadi la..dah 3 kali try masih error
08 March, 2013 11:37
Kena buat daripada laman web Jakim .. jgn copy code dari sini .. :P
08 March, 2013 12:42
cntik n bermanfaat widget ni tp dah ada yg denaihati punya..
p/s:jln raya malaysia byk sgt papan iklan. besar plak tuh.
08 March, 2013 13:10
Wah, makin cantik !
08 March, 2013 19:05
terima kasih atas perkongsian..saya da letak kt blog..
20 March, 2013 14:07
Cubalah, benda ini boleh dan sesuai untuk blog personal
23 March, 2013 13:33
in shaa Allah ..nanti nak letak kt blog..
23 March, 2013 13:33
Terima kasih.
23 March, 2013 13:33
Takpe HH, menjadi je.hehehe
23 March, 2013 13:38
Post a Comment