As-Salam. Kebanyakkan blogger banyak berkata soal Alexa dan Google Pagerank, serta penggunaan kata kunci berkesan untuk tampil di laman pertama enjin carian. Namun, tidak ramai yang bercerita atau membongkar kepentingan Page Authority dalam pendekatan SEO atau SERP.

Seperti mana anda, HH sendiri baru sahaja mengetahui fungsi Page Authority dalam menentukan entri dan blog berada di dalam kedudukan pertama enjin carian. Itupun setelah HH terbaca entri terbitan blogger Zulseffort mengenai Tolong Rankkan Keyword Ini. Dari situ, HH terjumpa perkataan Page Authority.

Sebelum ini, apa yang diketahui oleh HH hanyalah Technorati Authority, tetapi ia kini tidak begitu relevan terutama bagi blog berbahasa melayu, kerana pihak mereka sudah tidak lagi menyemak dan melakukan ranking kepada blog-blog yang bukan berbahasa Inggeris.

Kepentingan Page Authority Dalam SEO

Page Authority (PA) merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kekuatan sesebuah laman web atau blog, untuk ditempatkan di dalam enjin carian. Ia ada kaitan yang sangat rapat dengan Domain Authority. Page Authority ini dibina dan disediakan oleh Seomoz, yang bukan sahaja merangkumi pada alamat url blog atau laman web sahaja, tetapi termasuklah kepada alamat url pada setiap laman atau entri.

Contohnya, PA bagi www.hasrulhassan.com (1) adalah berbeza dengan www.hasrulhassan.com/2013/03/unifi-speed-test-tm-unifi-speedometer.html (2). Berbeza dengan Google Pagerank (PR) dan juga Alexa, seandainya dibuat penilaian bagi 1 dan 2, nilainya adalah tetap sama.

Pemahaman PA itu dijelaskan seperti ini:
Page Authority is provided by Seomoz, this metric is at url level - it meaning that each url (page/subpage) have own authority and its a part of domain authority. Both metrics using logarythmic value between 1 and 100, it meaning that more difficult to get value 30 from 20, like from 10 to 20. Higher value of page authority allow for single page get better ranking in search engines.

Secara amnya, untuk mendapatkan PA yang tinggi, apa yang perlu dibuat ialah memastikan kandungan blog anda adalah setara, atau sama. Dengan kata lain, kalau blog anda dok bercerita pasal ayam, maka semua entri-entri anda mestilah mengenai ayam. Dan terdapat pautan di antaranya.

Bukan itu sahaja, blog anda juga perlu ada pautan kepada sumber-sumber lain yang juga bercerita pasal ayam. Ia menjadikan blog anda boleh dipercayai untuk mendapatkan segala info dan maklumat mengenai ayam.

Semakin tinggi PA anda, maka semakin mudahlah laman web, blog atau entri anda disenaraiakn teratas dalam enjin carian. Bermakna semakin tinggi PA, semakin boleh dipercayai info dan maklumat boleh diberikan berdasarkan kata kunci tertentu yang mahu dicari oleh pencari info atau maklumat.

Contohnya tadi, sebuah blog bercerita pasal ayam. Apabila sesiapa sahaja taip kata kunci mengenai ayam, macam jenis ayam kampung, masakan ayam, teknik ternak ayam ... semuanya akan memaparkan paling tidak satu atau dua sumbernya adalah dari blog anda.

Ok. Harapnya anda faham serba sedikit mengenai apa dimaksudkan dengan Page Authority (PA) dan kepententingannya, terutama dalam SEO.

p.s: Mungkin pemahaman HH berbeza, nantikan komen-komen yang bakal diberikan, tentu ada ilmu dan info baru dari pembaca yang lain.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betul juga kata HH. PA ini adalah juga saya terapkan. Cthnya contest yg hangat skrg ni spt "peraduan keyword contest usahawan kecil....saya ada backlink entri ni ke entri saya yg lain, tapi tidak abaikan tajuk entri dgn usahawan keci. Saya lihat blogsyarih begitu hebat guna keyword usahawan kecil. Byk entri dia tertumpu pada usahawan kecil. Ini pasti menyokong entri contestnya.

    BalasPadam
  2. tuntut ilmu di sini.. thanks ya HH...

    BalasPadam
  3. nak kena ulangkali lagi pasal nih. thanks abg HH. info yang berguna. sangat berguna.

    BalasPadam
  4. Hmm .. banyak lagi ilmu blogging yang perlu dipelajari ... :)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum HH...jika n3 kita di laman pertama enjin carian adakah itu n3 SEO?

    BalasPadam
  6. Itu bermakna entri kita telah berjaya dalam SERP menerusi pendekatan cirian SEO.

    BalasPadam
  7. pening-pening... hehee~

    BalasPadam
  8. kena betul2 paham ni . pening2 . huhuu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement