As-Salam. Bagaimana bentuknya komen yang dikatakan Spam ini? Secara mudahnya, komen berbentuk Spam adalah komen yang tiada kena mengena dengan isi entri. Komen ditulis semata-mata untuk menarik minat orang atau pengunjung blog tersebut klik pada pautan yang diberikan. 

Komen Spam Untung Sebelah Pihak

Pautan itu mungkin berbentuk pengiklanan sebelah pihak di mana ianya tidak dipersetujui oleh pemilik blog. Ia lebih mendatangkan keuntungan pada pihak yang tinggalkan komen, dan tidak pada pemilik blog. 

Komen Spam Suka Serang Entri Trafik Tinggi

Selalunya, komen-komen ini ditinggalkan pada entri-entri yang mendapat trafik tinggi dan tersenarai di halaman utama enjin carian. Dengan menaip kata kunci tertentu, mereka akan spam ruangan komen pada entri trafik tinggi ini. Mereka memilih entri-entri ini sebagai jalan mudah ringkas meninggalkan komen untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan juga untuk meraih klik pada medium pengiklanan tertentu seperti Churp Churp atau SAYS.

Entri-entri ini pula berkemungkinan merupakan entri-entri yang sudah lama terbit tetapi masih lagi mempunyai daya tarikan untuk mendatangkan trafik pada blog. Dan bagi tuan punya blog pula, selalu terlepas pandang pada komen-komen sebegini yang ditinggalkan dalam entri-entri lama. Lalu, sangat mudah komen spam bolos dan tertinggal jejak.

Kedai Seks Spam Komen


Contohnya adalah seperti yang HH lampirkan ini, komen spam dari Kedai Seks. Dalam seminggu, pasti akan ada komen spam dari Kedai Seks dalam kotak komen. Nasib baik HH menggunakan sistem komen Disqus yang telah menetapkan sebarang perkataan seperti Seks disenarai-hitamkan serta merta, dan menetapkan sebarang komen dari alamat ip, alamat email serta id berkenaan terus sahaja dihumban ke dalam ruangan sampah ....huhuhuuu... kejam nih .. hehehehe.

Untuk komen standard blogspot, cirian seperti ini memang tidak ada. Apa yang boleh dilakukan oleh blogger blogspot hanyalah menapis setiap komen yang masuk secara manual (approve atau delete). Andai 1-5 komen sehari, mungkin boleh ... tetapi andai dah hampir 10-20 komen ...jenuh juga nak padam satu persatu, ye tak?

Cadangan HH, gunakan sistem komen luar yang dapat bantu blog anda tangkis serangan komen spam ini dengan lebih baik. Anda boleh gunakan sistem Disqus, IntenseDebate dan sebagainya untuk tanggani masalah ini.

Dalam blog media wordpress, ada banyak plugin yang dapat bantu, jadi mudah. Beza dengan blogspot yang hanya punyai minimal cirian keselamatan untuk tanggani masalah ini.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah, blog saya tak terima komen-komen seperti ini. Saya sentiasa awasi komen-komen yang saya terima. Akan sentiasa check spam box supaya tiada spam yang wujud dalam blog saya

    ReplyDelete
  2. Hahaha..selalu dapat komen promote berkaitan 18sx. Selalunya delete terus, tak perlu nak review pun komen2 tersebut. Hari tu try pasang Disqus kat blog sembang cyber. Tapi loading jadi makin berat. Takut bounce rate tinggi, terpaksalah tukar kembali kepada komen blogspot semula.

    ReplyDelete
  3. selalu serang blog sy...


    spam yg menyusahkan sy sendiri. last2 mcm bro ckp. tapis saja...

    ReplyDelete
  4. It's an remarkable article designed for all the internet visitors; they will obtain benefit from it I am sure.

    Also visit my web-site: Green coffee cleanse reviews

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Tips Lulus Temuduga

Advertisement


Lubuk Bundle

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement


Rahsia Kerja di Singapura