12 Mac 2013

18 Blog Paling Popular Malaysia 2013

As-Salam. Mungkin ada blogger yang tidak tahu mengenai 18 blog paling popular Malaysia yang telah dinobatkan baru-baru ini di Minggu Media Sosial 2013 atau lebih dikenali sebagai MSMW2013. Blog-blog yang telah diundi paling popular ini memang blog yang hebat-hebat belaka. Seharusnya rakan blogger mencontohi blog-blog ini untuk memantapkan blog masing-masing.

Blog-blog paling popular Malaysia ini telah dipilih berdasarkan undian dalam talian serta penilaian oleh pihak juri yang telah dilantik. Jadi, bukan mudah untuk terpilih di dalam senarai paling popular.

Dan lagi, menurut rakan blogger Denaihati, lebih kurang 170 ribu pemilih telah memilih 18 blog paling popular Malaysia 2013 ini; dengan sistem dipertingkatkan di mana undian ditolak jika diundi menerusi alamat ip yang sama.

MSMW2013 - Panduan Blogger - 18 Blog Paling Popular Malaysia 2013

18 Blog Paling Popular Malaysia 2013

  1. Favourite Auto Blog – ArenaKereta.com (PR2)
  2. Favourite Innovative Blog – Ariffshah.com (PR4)
  3. Favourite Business Blog – AbangEnsem.com (PR3)
  4. Favourite Celebrity Blog – ZarulUmbrella.com (PR3)
  5. Favourite Music& Entertainment Blog – SuaraPeople.com (PR2)
  6. Favourite CSR Blog – Kucing.my (PR2)
  7. Favourite Educational Blog – OhCikgu.com (PR2)
  8. Favourite Foodie Blog – PlacesAndFoods.com (PR3)
  9. Favourite Gossip Blog – BeautifulNara.com (PR4)
  10. Favourite Photography Blog – AzmanIshak.com (PR2)
  11. Favourite Gadgets Blog – Amanz.my (PR6)
  12. Favourite Political Blog – Stephendoss.blogspot.com (PR3)
  13. Favourite Shopping Blog – KZNabihah.com (PR2)
  14. Favourite Sports Blog – Legendnetball.com (P1)
  15. Favourite Travel Blog – FaizalFredley.com (P1)
  16. Favourite Lifestyle Blog – AkmaOmar.com (PR1)
  17. Favourite Micro Blog – HafizRahim.com (PR1)
  18. Most Creative Blog – Denaihati.com (PR4)
blog pendidikan paling popular malaysia 2013

Untuk info, penganjuran Minggu Media Sosial 2013 adalah merupakan penganjuran kali kedua, dan menjadi antara salah satu acara tahunan yang disokong oleh banyak pihak termasuklah daripada beberapa kementerian.

Jika anda mahu blog dicalonkan kelak, pastikan anda memantanpkan isi kandungan blog untuk disenaraikan berdasarkan kategori yang disediakan. Dan pastinya kategori baru akan diwujudkan untuk memberi peluang lebih ramai blogger Malaysia untuk turut serta dalam Social Media Awards ini.

MSMW2013 - Panduan Blogger - 18 Blog Paling Popular Malaysia 2013

Rebut peluang yang diberikan untuk mengiktiraf apa yang telah anda lakukan dalam dunia blog Malaysia. Jadikan ia sebagai salah satu target dan misi anda kelak, in Sha Allah. Tahun depan, pasti akan lebih ramai rakan blogger terlibat untuk mencapai kejayaan seperti 18 blog paling popular Malaysia 2013 ini.

Kredit Foto: Broframestone dan Earncent

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

31 Komen

tahniah..diorang memang hebat!!

legendnetball.com delete Mac 23, 2013

Tahniah kepada rakan2 blog dan terima kasih utk entry ini..

Sama-sama, semoga tambah maju jaya @3eecca4d16aab30a9ba6a98436e1eed5:disqus

assalamualaikum hh...tahniah2 buat mereka..;)

InshaAllah tahun depan kalau ada rezeki blog ini akan menang..

salam. terima kasih atas penyenaraian kat atas. satu penghormatan bila dibariskan dengan mereka yang lebih hebat dari saya. terima kasih juga untuk entri entri. selamat berkenalan. ada masa boleh kita ngeteh sama-sama.

Tahniah kepada semua pemenang :)

wahhhhh memang popular la diorang ni... tabik spring..

tahniah kepada para pemenang, menjadi sumber inspirasi buat kita...

Ya, tentu sekali akan ramai blogger Malaysia cuba menjadi seperti mereka

Popular satu hal, dan memang derang ni blogger-blogger yang hebat

Andai dicalonkan. Dan andai titan kasik peluang dalam kategori yang ada. hehhehe

ainim86 Suju delete Mac 23, 2013

Tahniah kepada semua yang menang anugerah. Kalian memang hebat dan kepada yang telah tercalon, anda juga adalah pemenang

best2...semua memg hebat blako

fairus mohamad noor delete Mac 23, 2013

tahniah kepada pemenang..lepas ni nak terjah blog mereka..wee

Rezeki tak ada tahun ni. Tak berjaya. Yang menang kategori sama dengan blog adalah seorang cikgu yang suka makan cendol ...

rozita abd rahman delete Mac 23, 2013

tahniah pada yang berjaya.. bila pulak HH nak dpt tu ye? ;)

jmcrfoundtn delete Mac 23, 2013

Thanks for sharing..:)

Catholicism

Tahniah pada @0d8e715a0a3050f584347c0d3ec1b9bf:disqus .... :) rezeki tahun ni bagus kan?

Boleh la sikit.. dah nak jadi rezeki.. TQ...

AkmaOmar

azman movies delete April 14, 2013

http://pjsenter.blogspot.com/

Owner Kznabihah delete Jun 06, 2013

mana tau tahun depan bro pulak menang ;)

er, kadang kala kandungan mantap tapi undi kurang .. mungkin kurang mantap dari segi aspek "media sosial" kerana kurang bersosial di internet

saya rasa favourite celebrity blog tu tak payah laa... sebab artis memang dh famous danbnyak dpt award pon... bg la can kt blogger2 biasa lain ni kann..hahaha... hasrulhassan pon oke ape... :)

Ohh mungkin anda tak perasan kot, saya memang berada dalam senarai .... cuma tak menang je .. hehehehe... :) pesaing saya adalah ohcikgu.

Jom LIKE Nuffnanger Malaysia. Boleh tingkatkan EARNINGS dan
jugak pageviews. Dengan komuniti Nuffnanger Malaysia, korang akan di groupkan
dengan beberapa blogger lain untuk memudahkan EARNINGS ditingkatkan. Untuk
maklumat lebih lanjut, jom like Nuffnanger Malaysia dulu

Realiti
dan Fiksyen




Nuffnanger
Malaysia

Mohd Islam delete Jun 29, 2013

Assalamualaikum,

1000 pengunjung menanti anda jom bertukar laman web di Produk Muslim WebAds Network

Terima kasih

I think this site http://addmefasts.com/ was good, you will gonna like this.This site give 200 coins for register and 200 coins for referels with 100 daily bonus.very good for new users.No bots all are from human.....


EmoticonEmoticon