As-Salam. Ramai yang mahukan template blogspot yang mesra SEO (Search Engine Optimization). Ada yang tak berapa tahu bagaimana nak mendapatkannya. Untuk info, template yang mesra SEO memang banyak. Anda perlu cari dan pilih yang sesuai dengan jiwa blog anda. Namun, template blogspot yang terbukti mesra SEO dan telah digunakan dengan sangat meluas oleh mereka yang cekap SEO adalah template Thesis.

HH sendiri menggunakan salah satu variasi template tersebut. Memang terbaik. Dengan sedikit penambahbaikan, dan sedikit perubahan, HH jadikan ia sebuah template yang mampu membariskan entri-entri dalam blog ini di muka pertama enjin carian.

Dua Variasi Template Mesra SEO Blogspot

Entri kali ini, HH tampilkan 2 variasi template ini untuk anda gunakan bagi blog blogspot. Pertama adalah variasi Thesis oleh Hack Tutors dan iThesis oleh NewBloggingTipz.

Template Thesis oleh Hack Tutors


Thesis Template - SEO Friendly Template by Hack Tutors

Template ini adalah template 2 kolum, dengan cirian yang membezakan adalah pada paparan utama. Saiz tulisan blog boleh dilaras, dan perletakkan FB Like untuk setiap tajuk entri yang telah siap terbina-dalam. Template ini juga memberikan ruang secukupnya untuk pengiklanan dalam blog.

Anda juga boleh memaksima kandungan tetapi pada masa yang sama meminimakan ruang dengan adanya 3 kolum footer yang disediakan. Malah, anda boleh membariskan 2 kategori menu berbeza iaitu sebelum dan selepas header template blog.

Untuk demo template ini: Thesis Demo by Hack Tutors
Muat turun template ini: Thesis Template Download by Hack Tutors


Template iThesis oleh NewBloggingTipz



Cirian paling ketara membezakan template iThesis ini dengan template Thesis lain ialah dari segi penampilan bucu bulat dalam penampilannya. Auto readmore telah tersedia pada paparan utama di samping 3 kolum footer yang disediakan untuk meletakkan widget tambahan jika perlu.

Untuk demo template ini: iThesis Demo by NewBloggingTipz
Untuk muat-turun template ini: iThesis Template Download by NewBloggingTipz

Anda boleh mencuba kedua-dua template ini. Diingatkan supaya anda backup dulu template asal blog anda sebelum memilih template baru. Anda boleh merujuk blog-blog yang menyediakan muat turun tersebut jika terdapat sebarang kemusykilan.

Selamat mencuba.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mr. HH, macam tahu-tahu je saya sedang mencari-cari template mesra seo. terima kasih sudi buat entri ini. Amat berguna bagi blogger baru macam saya ni

    BalasPadam
  2. thanks for info bro...menarik.....

    BalasPadam
  3. betul tu, saya pun dah cuba dan guna thesis template ni..memang mesra seo..hehe..

    BalasPadam
  4. saya juga dah menggunakan salah satu template di atas tetapi telah diubahsuai oleh tangan gatal saya sendiri. Jom tengok template saya sebelum dan sesudah di'rosakkan'

    BalasPadam
  5. saya guna template blogger je HH..dulu guna juga macam2 template. last2 balik kpd yg asal je

    BalasPadam
  6. Tapi pilihanku tetap TFBv2 and tak sabar menunggu TFBv3 dari forblogger

    BalasPadam
  7. Sehingga kini rasanya aku pun sama mcm mrie Rnie...TFBv2 tetap mnjadi pilihan...:)

    BalasPadam
  8. ya betul tfbv2 memang superb ohsem

    BalasPadam
  9. blog yang mesra seo memang bagus..cuma tunggu kandungan blog yang mesra pembaca sahaja lagi..

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement