As-Salam. Kasihan pada blogger kecil molek yang memang terkenal di kalangan blogger remaja ni. Mana tidaknya, domain lyssasecret.com telah tidak boleh diakses. Apa yang telah berlaku kepada blog Lyssa Faizureen ini?

Menurut rakan blogger ini - Mamat Anak Sorang ... masalah timbul disebabkan domain yang dimiliki telah tamat tempoh sah di dunia maya ini. Ini menyebabkan blog itu tidak redirect ke hosting dengan nama domain blog tersebut. Atau dengan kata lain, domain lyssasecret.com kini terkapai tanpa tuan punya di dunia maya.




Blog Lyssa Faizureen (LyssaSecret) Berkubur?

Untuk info, sekiranya anda menggunakan nama domain sendiri, anda perlu buat pembayaran renew daftar nama domain anda setahun sekali. Pendaftaran perlu dilakukan dengan pengendali atau pendaftar nama domain blog anda.

Jika anda terlewat atau terlepas buat bayaran, kemungkinan besar anda akan kehilangan nama domain blog anda kepada orang lain. Jadinya, mungkin nanti apabila anda klik lyssasecret.com akan membawa kepada satu laman web lain yang bukan dimiliki oleh Lyssa Faizureen.

Ini adalah tanggungjawab anda sebagai seorang pemilik blog dengan nama domain sendiri, iaitu mesti melakukan renew fee setiap tahun jika mahu terus menggunakan nama domain sediaada.


Dalam kes Lyssa ini, apa yang berlaku ialah nama domain yang dipunyai olehnya didaftarkan oleh pihak ketiga dan bukan oleh Lyssa sendiri. Pihak ketiga itu pula tidak alert mengenai perkara ini walhal setiap kali sampai saat masa nama domain anda nak expired, akan ada satu email pemberitahuan dihantar kepada yang mendaftarkan nama domain tersebut. Dan pembayaran perlu dilakukan kepada syarikat yang mendaftarkan nama domain tersebut.
Agak malang bagi Lyssa kerana dia sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Apapun, masalah boleh diselesaikan. HH yakin syarikat yang mendaftarkan Lyssasecret.com iaitu NetKL Network boleh lakukan sesuatu.

blog lyssa faizureen berkubur

Blog Lyssa Faizureen (LyssaSeceret) mungkin akan berkubur jika tidak lakukan renew domain fee dengan segera. Walaubagaimanapun, harapan blog ini hidup tetap ada memandangkan nama domain ini dilindungi untuk satu tempoh tertentu (protected domain name), maka ianya mungkin tidak akan diambil atau dibeli oleh orang lain atau syarikat pendaftar lain.

Daripada whois terbaru yang HH dapat, nampaknya blog ini sudah didaftarkan kembali, iaitu tamat tempoh pada Februari tahun 2014. Kemungkinan proses untuk update DNS sedang dilakukan. Anda boleh baca mengenai permasalahan ini di entri ini - Blog Blogspot Domain Sendiri Tak Boleh Akses.
 
Kepada Lyssa, semoga bersabar dan tenang hadapi masalah ini.

Update: Blog Lyssa Faizureen kini boleh diakses melalui alamat blog yang baru. Nak tahu? Anda boleh rujuk post terkini di sini: http://ow.ly/i497M

p.s: Ketahui bagaimana seorang lelaki berjaya mendapat gadis idamannya dalam masa 3 bulan! Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda!

30 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. patut sebelum ni nak refer tutorial x dapat.. hope dapat diselamatkan..

    BalasPadam
  2. Patutla.. baru ingat nak iklan dekat blog dia.. haha

    BalasPadam
  3. huhu.. so cemana dgn blog lyssa. kesian.

    BalasPadam
  4. semoga dapat diselamatkan...

    BalasPadam
  5. semoga blog adik Lyssa dpt diaktifkan semula..

    BalasPadam
  6. kesiannya....memg kene daftar sendiri la nampaknya..

    BalasPadam
  7. kena buat sendiri lah

    BalasPadam
  8. kesiannya blog dah terkenal tu...katanya dah berpindah ke blogspot balik kan

    BalasPadam
  9. Payah juga ye HH..

    BalasPadam
  10. Siannye...
    Blog tu panduan saya cantikkan blog, huhu

    BalasPadam
  11. Hmm blog-blog baru selalu rujuk blog Lyssa tu

    BalasPadam
  12. sekarang semua dah kembali normal, saya dah buat entri mengenainya

    BalasPadam
  13. Hmm .. tak mengapa, pengalaman sebegini perlu untuk menjadi seorang blogger sebenar

    BalasPadam
  14. Hmm .. seorang blogger seharusnya tahu selok belok dunia blog ini.

    BalasPadam
  15. sekarang dah ok balik dah ... @google-c369de68dd7cde833d155677804c18e1:disqus ...tersenyum tu si Lyssa

    BalasPadam
  16. Dah ok dah .. alhamdulillah .. ada rakan blogger yang bantu

    BalasPadam
  17. Dah ok dah @google-336ed13d783e1f56234cbe644b73a60e:disqus ...

    BalasPadam
  18. iya ke..kasihan, mybe kita tak boleh elakkan ..inikan maya

    BalasPadam
  19. kesiannya kat lyssa...

    BalasPadam
  20. Abih tuh..kalo blog saya nih mcm mane la pulok...http://ummuaisyahismail.blogspot.com/ ...

    BalasPadam
  21. Saya sedang lihat blog anda, apa yang saya nampak ia permasalahan koding popup welcome mesej tu .. disarankan buang kod html berkenaan dalam blog / widget tu.

    BalasPadam
  22. Saya dah hantar email cara penyelesaian ikut alamat email yang diberikan di sini. Harap maklum.

    BalasPadam
  23. Pernah terjadi juga pada sy bila berdomain yg sy dpt free dr join GA. Walhalnya, tak perlu join2 GA pun dah bleh dpt domain free tu. Padahnya, banyak GA dan segmen yg sy join, tak boleh view jadi mcm kat atas tu la. Jenuh 1 krja plak nk perbetulkan semua entri yg sy dah buat. Tak sampai sebulan pun...guna domain free tu... Memang sakit ht sgt. Sampai serik dh nk guna domain tu even ditawarkan dgn harga yg murah. Biarlah berdomain yg asal je dulu wat ms ni. Ada masyuk nanti, insha allah berdomain berbayar pula. Maaf, meluah rasa plak kat sini. hehe... Entri tentang tu ada dalam ni http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/02/malware-atau-hackers-penyebabnya.html

    BalasPadam
  24. Thanks bagi link Mamat yg mmg glamer tu, sy dh masukkan dlm komuniti group sy spy jd pedoman spjg hidup buat blogger terutamanya sy yg dh terkena. haha thanks sifu ^_^

    BalasPadam
  25. Masih bisa kok, harus di tambah www. didepan lamat situsnya. Itu cuma masalah pengaturan redirect saja..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement