As-Salam. Antara ciri-ciri sebuah blog yang peka SEO atau blog yang mesra SEO (Search Engine Optimization) ialah mempunyai penerangan ringkas iaitu deskripsi bagi setiap pautan yang ada di dalam blog termasuklah juga di dalam entri.
Deskripsi ini akan keluar sebagai satu kotak apabila cursor tetikus kita berada di pautan tersebut, seperti contoh di bawah:
Ia adalah sebagai meningkatkan lagi kemungkinan ia diambil sebagai kata kunci atau keyword bagi bot enjin carian. Dengan adanya deskripsi itu, ia akan menguatkan lagi kata kunci tersebut, dan memberikan isyarat kepada bot-bot enjin carian bahawa inilah entri yang kaya info berkaitan dengan kata kunci yang dicari.
Namun, bukan semua pautan anda boleh lakukan atau meletakkan deskripsi, terutama jika anda menggunakan javascript luar, atau widget bebas yang menyukarkan anda untuk meletakkan deskripsi.
Cara paling biasa untuk anda meletakkan atau menambah deskripsi pada sesuatu pautan termasuklah gambar ialah dengan cara ini:
Meletakkan Deskripsi pada Gambar dalam Entri Blog
<img src="link gambar anda" title="tajuk gambar atau kata kunci anda" alt="kata kunci kedua anda"/> atau cara paling mudah ialah dengan klik kanan tetikus anda pada gambar tersebut, dan akan keluar satu kekotak begini:
Lengkapkan kedua-duanya dengan kata kunci untuk gambar tersebut. Untuk lebih baik, pastikan nama gambar (namagambar.jpg atau namagambar.png) mempunyai kata kunci serupa dengan image properties di atas.
Meletakkan Deskripsi pada Pautan di dalam Blog
<a href="pautan anda.html" alt="kata kunci pautan" title="tajuk pautan">
Memang agak memenatkan sedikt, dan juga rumit bagi sesetengah blogger baru, namun hasilnya nanti sangat baik untuk meningkatkan trafik blog menerusi enjin carian.
Selamat mencuba.







ni untuk wordpress kan, blogspot tak de cam tu
25 October, 2012 01:30
Tak .. ini adalah untuk blogspot .. HH guna blogspot .... blog ini guna blogspot
25 October, 2012 01:30
yana dh try .. TQ
25 October, 2012 01:30
Cuba ... jangan tak cuba .. tak cuba takkan tahu kesannya ... :) terima kasih yer
25 October, 2012 01:30
dah lama tulis blog tapi tak applykan plk tips ini. Akan cuba apply lps ni.
19 December, 2012 19:23
Hmm jangan baca je tapi tak buat .. rugi ooo ilmu dah ada tapi tak praktik
19 December, 2012 19:28
Sama-sama @f62286c9396378ed694a50d313a79c09:disqus
19 December, 2012 19:28
Sama-sama
19 December, 2012 19:28
wah..baru tahu, terima kasih ;)
19 December, 2012 19:28
terima kasih tuan
19 December, 2012 19:28
Selalu buat macam tu tiap kali masukkan gambar dalam artikel. Dan ianya berkesan sebab ianya merupakan salah 1 organic traffic yang akan masuk ke blog kita.
27 December, 2012 17:17
@f50d29be2b2f48340a198c15d32b3955:disqus blogspot dah ada function tu sejak beberapa bulan yang lalu. saya salah seorang blogger blogspot yang mempraktikkan teknik tersebut. dan teknik tersebut adalah merupakan salah 1 sumber trafik ke blog saya dan ianya berkesan dalam meningkatkan jumlah kemasukkan trafik ke blog.
27 December, 2012 17:19
Post a Comment