As-Salam. Apabila kita menulis entri di dalam blog, perlu ada rasa waspada, hati-hati dan prihatin akan apa yang kita tulis. Bukan sebarang tulisan yang boleh kita paparkan untuk tatapan dan bacaan khalayak, apatah lagi kepada seluruh dunia. Silap tulis, merana ... benda dah tertulis, sudah boleh jadi bukti untuk hukum apa yang telah kita keluarkan di blog.

Ada mata yang memerhatikan blogger Malaysia. Bukan seperti dahulu, bila blogger hanya dipandang sebelah mata. Kini, pendapat-pendapat blogger diambil serius .... walaupun hanya sebuah cerita picisan yang berlaku di pasar malam (contohnya). Jangan jadi seperti HH satu ketika dahulu, apabila menerima email berkaitan beberapa gambar, yang sebenarnya adalah gambar sulit yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Hmm nasib baik ada amaran dan diberikan nasihat untuk mengeluarkan entri tersebut, kalau tidak ... ke lokaplah jawabnya.

Entri-entri perlu bersifat awam, tidak perlu nak menyebut nama seseorang atau kumpulan - jika entri itu nampak sensitif. Luahkan pendapat secara natural, jangan biar ia nampak berat sebelah walaupun anda ada pendirian kepada siapa anda berpihak.

Entri yang perlukan perhatian dan tindakan, sebolehnya diberikan contoh dan langkah untuk perbaiki. Andai kita bersikap hentam dan kutuk sahaja, tanpa ada cadangan membina, sampai bilapun sesuatu perkara takkan selesai. Dan pastikan anda bersikap terbuka mengenainya.

Ya, memang ada mata memerhatikan setiap penulisan blogger Malaysia di alam maya. Tulis siang pandang-pandang, tulis malam .... errkk buka lampu ... :P


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Komen anda:

Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.