As-Salam. Uishhh .... jangan sangka buat duit online menerusi blog adalah semudah A-B-C .... !! Ia tidak semudah itu. Ia sebenarnya memerlukan banyak usaha yang melibatkan masa, tenaga serta idea. Ia bukan perkara yang anda lakukan seperti menjual ikan di pasar .... pagi beli ikan di pasar borong, tengahari jual di kedai anda, dan petang leh kira untung..... oh tidak....bukan macam tu ye kawan.
Buat Blog Untuk Sumber Pendapatan Sampingan
Jika anda buat blog dengan niat untuk mendapatkan sumber pendapatan sampingan, seharusnya anda tahu ... perkara yang paling utama ialah untuk menjadikan blog anda itu dikunjungi ramai. Bukan setakat seorang, dua, sepuluh atau seratus.... tetapi ribuan.
Apabila anda dah pasti, dah dapat, dah betul-betul yakin bahawa blog anda itu dah punyai pengunjung yang ramai, maka barulah anda boleh fikirkan balik soal niat untuk berblog bagi menjana pendapatan sampingan.
Nih .... terus buat, terus fikir dah boleh buat duit .... hmmm ..... aishhh mana leh gitu. Blogger seperti Redmummy pun ambik masa lebih kurang 3 tahun lebih untuk membolehkan blognya menjana ribuan ringgit sebulan (yang tidak tetap).
Fikir buat blog untuk duit ... boleh je, tapi fikir dulu langkah-langkahnya .... jangan main redah je.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.