Rujukan dan Contoh Soalan Exam Online PTD 201

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 | Muat Turun Percuma Untuk Blogger

As-Salam.
Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal akan menjadikan blogger-blogger di Malaysia lebih bertanggungjawab dengan apa yang mereka terbitkan, paparkan, dan komen menerusi blog. Itulah pendapat sesetengah blogger berkaitan akta ini.

Anda mungkin tak berapa 'alert' tapi ketahui bahawa mulai 1 Jun 2012, blogger serta penyedia khidmat informasi dalam talian mahupun pemilik peranti akan dipertanggungjawabkan seandainya melanggar Akta Keterangan (Pindaan) 2012 ini.


Menurut blog Amanz:

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Untuk memahami apakah yang ada dalam Akta tersebut; anda boleh muat turun akta: Muat Turun Akta Keterangan (Pindaan) 2012

Untuk bacaan dan komen mengenainya, boleh singgah ke blog Amanz: KLIK SINI.


4G LTE PortaWiFi by Celcom



9 Komentar untuk "Akta Keterangan (Pindaan) 2012 | Muat Turun Percuma Untuk Blogger"

Bagus juga..
At least blogger akan lebih berhati-hati dalam penulisan dan penjayaan sebuah blog.

bagus ni HH ..amat bagus pindaan ni.. :D

semua orang akan berhati-hati lepas ini..

PokCik amat menyokong akta ini. Lepas ini semua blogger akan lebih bertanggungjawab dan berdedikasi

:)

Saya kurang bersetuju, macam kena 'control' oleh pemerintah sahaja. haha

untuk orang yang bercakap sedap mulut tanpa bukti mungkin akan rasa tak selesa..bagi saya, akta ni bagus..jadi kan orang lebih bertanggungjawab..takde la ibarat..dah berak tepi jalan, tapi taknak ngaku.

rasa berdebar la pulak...entah....

ada kebaikan dan keburukan dia rasanya..

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Panduan Tips Blogging Terbaik!

LIKE HASRULHASSAN.COM!

Hubungi Saya
 
Blogger Template By Catatan Info Contoh Soalan Exam PTD 2014 Copyright © 2014 HASRULHASSAN.COM™ All Rights Reserved