Cubalah petua tips dapat anak guna buah kurma dan susu kambing ini. Ada pasangan yang kepingin dapat anak, bila mereka terlalu hendakkan anak, maka berbagai cara dan kaedah dilakukan. Dalam Islam, kita diasuh untuk tidak putus asa, sentiasa ikhtiar dan berusaha dalam mendapatkan sesuatu. Ikhtiar adalah petunjuk bahawa kita tidak pernah lupa bahawa Allah s.w.t Maha Kuasa.

Saya nak kongsikan satu tips atau petua untuk mendapatkan anak, insyaAllah buat mereka yang sedang usaha, boleh lakukan ikhtiar ini.
Tips Dapat Anak Makan Kurma dan Susu Kambing

Tips Dapat Anak Menggunakan Buah Kurma dan Susu Kambing

Petua ini diambil dari rancangan Tanyalah Ustaz,

Ambil segengam buah tamar atau kurma, segengam suami, segengam isteri. Kemudian dicampurkan dengan susu kambing dan anda kisar sehingga hancur. Susu kambing boleh jadi susu segar atau susu kambing yang biasa boleh didapati di pasaraya. Minumlah sekali seorang satu gelas di waktu pagi. Jika boleh, baca ayat berikut:

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..." (Surah Maryam ayat 4-5) 

Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap pagi buat pasangan suami isteri. Pantangnya pula ialah jangan makan atau minum benda berasid contohnya limau, benda-benda yang masam, dan makanan seperti tomyam perlulah dielakkan. Makanan-makanan ini akan membuatkan sel telur sukar melekat pada rahim.

InsyaAllah, menurut ustaz yang memberikan petua ini, dalam masa setahun akan dapat hasilnya.

Cubalah petua dan tips ini, dua-dua adalah makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Jika amal, in Sha Allah, dapat berkat dan pahala. Tak rugi, yang penting kita usaha menerusi amal yang baik dan kita ingat bahawa Allah pemberi rezeki Maha Hebat. Apapun boleh terjadi.

p.s: Adik saya dah bertahun kahwin, akhirnya dikurniakan rezeki dapat anak kembar, in Sha Allah, anda juga boleh.


17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. moga sapa yg mengamalkannya akan berjaya dpt anak... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, siapa yang berusaha nak dapatkan anak boleh cuba cara ni.

      Padam
  2. perkongsian petua yg sungguh menarik...

    BalasPadam
  3. oo..nnt klu da kawen kene elak kan mknn berasid le ye..;)

    BalasPadam
  4. Terima Kasih HH..petua yang saya cari...saya nak mencuba...ikhtiar...saya & suami teringin nak anak...tapi belum ada rezeki lagi...doakan kami ye...^__^

    BalasPadam
  5. elok ikut petua camni! yang penting kita ikhtiar..

    BalasPadam
  6. @CIK MAY Bukan tak boleh, tapi buat pasangan yang mencari petua untuk dapatkan anak, kena amalkan petua pantang tu

    BalasPadam
  7. @Makwe Kintan"Ya Allah Ya Tuhanku, Moga kau berikan rezeki yang baik dari sisiMu untuk pasangan ini"

    BalasPadam
  8. Dari Ustaz Hamizi
    pernah berkursus dgn dia dulu
    byk petua2 dari ustaz ni

    BalasPadam
  9. hmm... bagus tips ni.. tp saya dah ada :-) saya biasa minum madu..

    BalasPadam
  10. as salam, mintak kebenaran utk copy content ni tempek kat blog saya ye.. tq :) http://ttcjurnal.blogspot.com

    BalasPadam
  11. akhirnya sy jumpa juga petua ni...terlalu inginkan anak...sy dan suami akan cuba tanpa putus asa..doakan utk kami...

    BalasPadam
  12. trimass...sy ada ikut program tanyala ustaz time tu tp telupa surah apa..

    BalasPadam
  13. alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui, kan !
    nice sharing

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement