Langkau ke kandungan utama

Awek Cun, Body Mantap Selalu Jadi Mangsa

Lelaki memang gatal. Menerima hakikat, awek cun, body mantap memang selalu akan jadi mangsa lelaki gatal. Mana-mana bahagian dunia ni, semua lelaki yang ada naluri seorang lelaki mesti akan lihat pada awek cun, yang ada body mantap. Wanita tak kira status, dah berkahwin, janda, mahupun anak dara akan jadi mangsa lelaki gatal.

Lelaki ni, kalau citer bab perempuan cun melecun, awek yang body lawa, uhh laju je ... bukak internet, nampak je awek bibir merah, dahi licin, mata bulat ... semua nak di'add' jadi kenalan ... itu kalau dalam laman sosiallah. Erkkkk .... seperti saya, seorang lelaki ... pinar mata ooo tengok gadis cantik molek. Tapi, pesan bini selalu ingat ... kerana itulah saya selalu jaga-jaga dan hati-hati ... dah tahu kesan dan akibat.
Awek Cun, Body Mantap Selalu Jadi Mangsa

Awek Cun, Body Mantap Selalu Jadi Mangsa

Ya, lumrah dah. Sapa2 pun dah tak heran. Kadangkala ada isteri yang dah tahu perangai si suami yang dok gatal style malu-malu kucing kurap ni, dah tak ambik port sangat .... erkkk namun hati dalam sapa tau maaa .... tak gitu cik akak dan cik adik?

Gadis cantik .... itu hiasan dunia. Tuhan berikan mereka kelebihan berwajah cantik, ada potongan badan yang menawan, ada lentik dan liuk yang menghairahkan ... itu semua bukan untuk tatapan sesapa sahaja. Itu adalah buat si suami yang pandai menjaga, yang tahu menjadi pemimpin. Ia merupakan hadiah buat lelaki yang kuat iman, lelaki yang jaga sholat ... lelaki yang tahu azab api neraka. Bukan untuk lelaki sebarang-sebarang.

Lelaki, nak tengok sekali pandang .... ok. Dua kali, fikir.... tiga kali insaflah dan istifar. Saya tahu, lelaki memang suka tengok dan belek awek cun, putih melepak .... saya pun lelaki, bukan tak pernah buat perkara yang begini. Ada buat .. cuma bila dah teringat ni, naklah juga berkongsi rasa, supaya diingati dan mengingati. Ada saham yang dah tersedia.

Buat diri kita semua. Jagalah aset yang kita ada. Gadis cantik, hargailah diri anda. Jangan mudah dan murah ....jual mahallah sikit ehh. Dan lelaki, amboiii .... pantang korang yer .... jangan buat alasan si gadis nak buat show free ... apa ingat mata korang tu nanti tak leh jadi saksi depan Tuhan?

Marilah sama ingat. Tegur dan nasihat diri, pada masa yang sama, jangan dibiarkan yang lain lalai dan leka.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. peringatan untuk diri saya sendiri.. hehe

    BalasPadam
  2. Bukan perempuan je kene jaga eset, wanita sekarang pun suka usha laki yang tampak esetnya. Apa perasaan, cik abang sado bila perempuan usha awak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. hehhee.. ok abang2 sado kena beri perhatian ehh

      Padam
  3. Tetiba Encik abg bertukar dari gebu kepada kempis..hati2lah..kekadang ada udang sebalik mee...dah umur masuk 45 tahun tetiba nak kurus tak pasal2..cik kak semua hati2 lah ye...sebab selama hidup bersama, puas suruh jaga kesihatan tetiba dapat "nur" terus nak kurus...hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. tetiba beli ebook cara nak kurus .. keh keh keh ...

      Padam
  4. asalam HH, ada tak baca soalan KUIZ yang Etuza buat tu aktiviti di blog Etuza..ada tau soalan menunjukkan ilmu HH dalam berblog dekat soalan tu..hehhee..kalau minat try klik..ya

    BalasPadam
  5. alamak body sasa memang pun awek cun nak tu, bertuah badan digilai wanita tu HH tapi ingat ya jangan salahkan kesasaan anda, bersyukur apa-apa yang anda ada..pelihara la jangan bagi orang tengok..kan.Hukum tetap hukum..inshaAllah selamat kita

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…