Masjid Terbesar di Dunia. Ya, saya pasti ramai yang akan terpacul di bibir akan Masjidil Haram sebagai masjid yang terbesar di dunia. Betullah tu ... :). Kalau ditanya kepada semua yang beragama Islam, sure akan tahu punya, dan tak mustahil orang yang bukan Islam pun leh menjawab dengan jawapan yang sama.

5 Masjid Terbesar di Dunia

Masjidil Haram, Mekah.

Secara kasarnya, Masjidil Haram ini boleh menampung sehingga sejuta muslimin dan muslimat pada satu-satu masa. Masjid ini dibina pada tahun 638, dengan keluasan yang semakin besar. Keluasan yang pernah direkodkan ialah 4,314,000 kaki persegi. Ia merupakan masjid tertua di dunia, dan merupakan kiblat seluruh umat Islam. Sebelum ini, kiblat umat Islam ialah mengadap ke Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin.

Antara pemimpin negara yang pernah memasuki ke dalam Kaabah adalah mantan perdana menteri - Tun Mahathir Mohamad [Baca Sini]. Saya juga pernah buat posting mengenai keadaan di dalam Kaabah [Baca Sini], namun ada yang menyangkal ia adalah bahagian dalaman Kaabah.

Masjid Imam Riza Shine

Masjid kedua terbesar pula adalah Masjid Imam Riza Shine yang terletak di Mashhad, Iran. Ia mempunyai keluasan 6,443,890 kaki persegi. Sebenarnya, keluasan ini melibatkan beberapa bangunan lain dalam kompleks yang serba guna ini. Ia dianggarkan boleh menampung sehingga 700 ribu jemaah dalam satu-satu masa.

Manakala Masjid Al Nabawi (Masjid Nabi) merupakan masjid yang diiktiraf sebagai masjid ketiga terbesar di dunia dengan kapasiti untuk menampung sehingga 650 ribu jemaah. Ia mempunyai keluasan 4,311,000 kaki persegi dan dibina pada tahun 622. Ia merupakan antara masjid paling penting dan suci bagi umat Islam.

Masjid Al-Nabawi
Masjid Taj-ul di Bhopal, India juga tersenarai sebagai antara masjid terbesar di dunia. Ia mempunyai keluasan 4,300,000 kaki persegi dan boleh menempatkan sejumlah 175 ribu jemaah pada satu-satu masa. Dibina semasa keagungan Sultan Shah Jahan pada tahun 1901.

Masjid Taj-ul, Bhopal, India.
Di Pakistan, Masjid Badshah merupakan masjid terbesar dengan keluasan 321,488 kaki persegi dan boleh menampung sehingga 100,000 orang. Masjid ini terletak di daerah Punjab, Pakistan. Ia merupakan antara mercu tanda penting di Lahore, dan telah dibina pada tahun 1673.

Masjid Badshah/Badshahi, Pakistan.

Sumber: Wikipedia

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

bila la dapat melawat semua masjid nie

entry terbaru~ sesuai dibaca oleh kita semua

http://qasehmansya.blogspot.com/2011/04/kenapa-semasa-azan-kita-tak-boleh.html

Reply

Mama berharap sangat suatu hari nanti Mama dapat jejak kan kaki ke Masjidil Haram .... Amin!! ^_^

Reply

tak dapat bayangkan perasaan bila solat di sana

Reply

subhanallah, mmg bsr2 masjid2 ni. yg penting pengisian dalam masjid. kt msia ni byk masjid cantik tp 'kosong'.

Reply

Subhanallah. Bila lah agaknya dapat jejak kaki ke masjid yang besar dan indah tu..

Reply

subhanallah.. moga2 suatu hari nanti dapat jejak ke salah satu masjid tu..

Reply

Semuanya masjid ni ada kehebatan tersendiri.

Reply

Ada yang pernah sampai ke negara ni. Tapi tak berkesempatan nak ke masjid ni. Insyallah ada rezeki sampai.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.