Masjid Terbesar di Dunia. Ya, saya pasti ramai yang akan terpacul di bibir akan Masjidil Haram sebagai masjid yang terbesar di dunia. Betullah tu ... :). Kalau ditanya kepada semua yang beragama Islam, sure akan tahu punya, dan tak mustahil orang yang bukan Islam pun leh menjawab dengan jawapan yang sama.

5 Masjid Terbesar di Dunia

Masjidil Haram, Mekah.

Secara kasarnya, Masjidil Haram ini boleh menampung sehingga sejuta muslimin dan muslimat pada satu-satu masa. Masjid ini dibina pada tahun 638, dengan keluasan yang semakin besar. Keluasan yang pernah direkodkan ialah 4,314,000 kaki persegi. Ia merupakan masjid tertua di dunia, dan merupakan kiblat seluruh umat Islam. Sebelum ini, kiblat umat Islam ialah mengadap ke Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin.

Antara pemimpin negara yang pernah memasuki ke dalam Kaabah adalah mantan perdana menteri - Tun Mahathir Mohamad [Baca Sini]. Saya juga pernah buat posting mengenai keadaan di dalam Kaabah [Baca Sini], namun ada yang menyangkal ia adalah bahagian dalaman Kaabah.

Masjid Imam Riza Shine

Masjid kedua terbesar pula adalah Masjid Imam Riza Shine yang terletak di Mashhad, Iran. Ia mempunyai keluasan 6,443,890 kaki persegi. Sebenarnya, keluasan ini melibatkan beberapa bangunan lain dalam kompleks yang serba guna ini. Ia dianggarkan boleh menampung sehingga 700 ribu jemaah dalam satu-satu masa.

Manakala Masjid Al Nabawi (Masjid Nabi) merupakan masjid yang diiktiraf sebagai masjid ketiga terbesar di dunia dengan kapasiti untuk menampung sehingga 650 ribu jemaah. Ia mempunyai keluasan 4,311,000 kaki persegi dan dibina pada tahun 622. Ia merupakan antara masjid paling penting dan suci bagi umat Islam.

Masjid Al-Nabawi
Masjid Taj-ul di Bhopal, India juga tersenarai sebagai antara masjid terbesar di dunia. Ia mempunyai keluasan 4,300,000 kaki persegi dan boleh menempatkan sejumlah 175 ribu jemaah pada satu-satu masa. Dibina semasa keagungan Sultan Shah Jahan pada tahun 1901.

Masjid Taj-ul, Bhopal, India.
Di Pakistan, Masjid Badshah merupakan masjid terbesar dengan keluasan 321,488 kaki persegi dan boleh menampung sehingga 100,000 orang. Masjid ini terletak di daerah Punjab, Pakistan. Ia merupakan antara mercu tanda penting di Lahore, dan telah dibina pada tahun 1673.

Masjid Badshah/Badshahi, Pakistan.

Sumber: Wikipedia

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bila la dapat melawat semua masjid nie

    entry terbaru~ sesuai dibaca oleh kita semua

    http://qasehmansya.blogspot.com/2011/04/kenapa-semasa-azan-kita-tak-boleh.html

    BalasPadam
  2. Mama berharap sangat suatu hari nanti Mama dapat jejak kan kaki ke Masjidil Haram .... Amin!! ^_^

    BalasPadam
  3. tak dapat bayangkan perasaan bila solat di sana

    BalasPadam
  4. subhanallah, mmg bsr2 masjid2 ni. yg penting pengisian dalam masjid. kt msia ni byk masjid cantik tp 'kosong'.

    BalasPadam
  5. Subhanallah. Bila lah agaknya dapat jejak kaki ke masjid yang besar dan indah tu..

    BalasPadam
  6. subhanallah.. moga2 suatu hari nanti dapat jejak ke salah satu masjid tu..

    BalasPadam
  7. Semuanya masjid ni ada kehebatan tersendiri.

    BalasPadam
  8. Ada yang pernah sampai ke negara ni. Tapi tak berkesempatan nak ke masjid ni. Insyallah ada rezeki sampai.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement