Langkau ke kandungan utama

Hebatnya Sang Semut

Kisah semut lagi - kisah sebelumnya klik sini. Hai kenapa la semut yang saya pilih yer? Hmm sebabnya semut ni hebat ... cer cer cer citer ... :) Hmmm mari kita tengok kisah semut dalam Al Quran. Betapa hebat haiwan kecil ini sehinggakan Allah menamakan satu surah dengan An Naml iaitu semut. Ia merupakan surah ke 27 dengan mengandungi 93 ayat.

Hebatnya Sang Semut


Kisah semut dalam surah itu:

Allah berfirman yang bermaksud:
(Maralah angkatan itu) hingga apabila merekasampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”. (Surah An-Naml, Ayat 18)

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”. (Surah An-Naml, Ayat 19)

Mengapa Semut Patut Dikagumi?

Saya kagum dengan semut sebab banyak; antaranya:
  • Semut jalan lurus ... kalau dibengkokkan ... ia tetap kembali ke jalan yang lurus tadi.
  • Semut akan berhenti dan 'menyapa' kawan-kawannya dan kemudian meneruskan perjalanan, macam berjabat tangan la plak.
  • Semut boleh bawa benda dari satu tempat ke satu tempat dengan dua kali saiznya, dan dalam jarak yang agak jauh.
  • Semut tak berebut sesama semut, makanan diangkut bersama-sama.
  • Semut hidup dalam komuniti dengan setiap semut ada tugas tertentu.
  • Semut boleh hidup hampir dalam apa jua keadaan.
  • Semut tak ganggu orang selagi orang tak ganggu dia.
  • Semut sangat tertib, kemas, dan penuh berkeyakinan.
  • Semut tak mudah putus asa, selalu nampak semut cari jalan sampai dapat nak bebaskan diri dari kepungan.
  • Semut akan mati bila diberikan terlalu banyak 'nikmat' atau gula.
  • Semut ingat kawan, dia tak tinggalkan kawan kat belakang, selalu angkut 'mayat' kawan dia ke kawasan selamat.
Hmm anda kagum tak dengan semut? Jangan bunuh semut ... nanti berdosa. :)

Komen

  1. betol tu bro. mmg sgt kagum dgn 'lifestyle' diorang. kita ptt mencontohi semut. bagus pemerhatian bro!

    BalasPadam
  2. rsa insaf simbul dalam diri. memang sangat-sangat kagum dengan semut. depa tak lupakan kawan-kawan. sesuai dibuat contoh dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

    BalasPadam
  3. kan HH??? semut ni banyak peribadi yang leh kita contohi...kerjasama!! tol x? xde lar pentingkan diri sendiri..saya suka gak semut..tp xsuka semut gatal..sbb bila dia gigit jer terus jadi gatal...erkk...

    **no backlink sbb update lappy tecik!!

    BalasPadam
  4. dah follow dah jom follow balik ok

    BalasPadam
  5. terassa berslah lak sebab suka sembur racun serenggan kat semut...:(

    BalasPadam
  6. sha mmg suka tgk semut .
    selalu duduk je merenung semut2 2 buat kerja .
    ade 2 siap bagi gula dekat semut2 tu .

    mm nyamuk kalau kita bunuh berdosa tak ?
    dah lama nak tau bnda 2

    BalasPadam
  7. salam...

    (lagu wonderpets) apa yg penting?? kerjaaasamaa!! :-)

    begitulah semut...

    BalasPadam
  8. masa kecik2 sukak main laga semut..skang dah insaf dah..:(

    BalasPadam
  9. kat rumah tak der semut, apatah lagi sarangnya.....

    BalasPadam
  10. Assalam. Waktu berjalan kaki biasa terserempak barisan semut , sempat juga melompat atau langkah.

    BalasPadam
  11. kat rumah aku melampau banyak semut bro. Terpaksa di bunuh. Susah nak kawal. Sampai dalam bekas air kosong kalau lupa di tutup penuh semut. Tu yang aku heran air kosong pun banyak semut. bayangkan kalau air bergula. Lagilah banyak.

    BalasPadam
  12. Kesimpulannya, hidup lah macam kehidupan semut..bahagia sentiasa dan sentiada menuju jalan yang lurus..hehe..thanks kongsikan artikel menarik ni..hehe

    BalasPadam
  13. assalam. menarik... cerita selain dari semut ada tak? seronok juga dgr cite yang unik... tq bro.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.