Klik Sini Untuk Tempahan
Salah satu kriteria utama untuk jadi blogger yang berjaya ialah dengan menjadi seorang blogger yang pantas. Apabila pantas, dengan kelebihan yang ada pada capaian internet seperti INI, mudahlah nak tempatkan entri di halaman pertama enjin carian. Dengan syarat, blog dan entri ada elemen-elemen dan resepi SEO (Search Engine Optimization).

Perlu Jadi Blogger Pantas

Masalah paling banyak nampak ialah apabila blogger itu berada di luar kawasan keselesaannya - selalu tu di rumah atau di pejabat. Apabila tak berada di kawasan seperti ini, maka sukarlah nak cari bahan, lengkapkan entri dan terbitkan di blog. Lalu, kelebihan menjadi blogger pantas tak dapat dicapai.
Blogger perlu pantas cari fakta dan kongsikan informasi

Blogger yang pantas bukan sahaja perlu cari bahan dan selidik fakta, tetapi juga perlu mencari waktu yang sesuai untuk terbitkan sesebuah entri. Adakala, tajuk entri dah cukup berkuasa menarik pengunjung tetapi disebabkan masa terbitan itu yang tak berapa ngam dengan masa pencari info dan masa pengunjung nak berlepak-lepakkan di blog, maka sekali lagi blog akan kehilangan trafik.
Masalah jadi blogger pantas

Bila berada di rumah, plan internet seperti INI, mungkin boleh bantu blogger di rumah, mahupun di pejabat menjadi blogger pantas. Buat draft di rumah, kumpul segala bahan dan fakta, dan bila tengok masa ngam untuk terbitkan entri bagi menarik trafik, terus sahaja tekan publish. Maka, trafik boleh dijana dengan sepatutnya.

Jadilah blogger pantas, sentiasa siap sedia dengan cerita dan berita yang menarik.

Tips ini khusus untuk blogger yang banyak kongsikan informasi atau cerita semasa. Ini adalah key factor untuk dapat ribuan, malah puluh ribuan trafik ke blog .. pantas ... sepantas yang boleh.


16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tip terbaik bro...tp sari dua ni rasa nak baling ke dinding je BB ni..slow

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...bro HH,

    Terima kasih atas tips yang diberikan...

    mselim3

    ReplyDelete
  3. Betul. Tapi nak pantas kena jaga tulisan jugak. Hehe

    ReplyDelete
  4. segalanya kena pantas
    line tenet, post ! trafik ! idea !
    yeahh

    ReplyDelete
  5. Assalam Tuan HH. Panduan terbaik. Terima kasih kongsi tips.

    ReplyDelete
  6. selalunya idea banyak dan line internet pantas senang-senang jer boleh publish entry.....

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas panduan yang diberikan.. memang terbaekkk!!

    ReplyDelete
  8. iman still merangkak2 lagi pasal ni.

    ReplyDelete
  9. tak terkejarlah kepantasan ini...

    ReplyDelete
  10. jangan sesiakan henpon mahal. ini juga boleh menjadikan kita jadi blogger pantas.

    ReplyDelete
  11. Sentiasa bersiap sedia. macam polis dan askar. Tepat pada masanya terus berperang...

    ReplyDelete
  12. Yup..betul tu bro.lagi pantas lagi menarik traffic..tapi macam bro kata lah..isi kena menarik lah..kalau tak sia-sia gak jadi blogger pantas..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement