Friday, January 21, 2011

Beg Udara Pada Kenderaan WAJIB pada 2012


RANTAU PANJANG: Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.

Katanya, kementerian berkenaan akan memastikan kenderaan yang diperbuat di negara ini termasuk kereta nasional memasang alat keselamatan berkenaan sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya mulai tahun depan.

Kong berkata kenderaan import mungkin tidak menghadapi masalah kerana kebanyakannya telah dipasang alat keselamatan berkenaan sebelum dijual di negara ini.

Beliau berharap dengan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan itu kerajaan dapat mengurangkan kadar kemalangan maut terutama yang membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan.

Katanya, hasil kajian Institut Penyelidikan dan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kebanyakan kes kemalangan maut adalah membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan yang tidak menggunakan alat keselamatan, termasuk beg udara dan tali pinggang keledar. - BERNAMA

Jangan Lupa Jadi Isteri Bila Dah Bergelar Ibu

Isteri saya dan Zikri. Foto: Lensahasrul
Salam semua.
Kejap je dah seminggu ehh ... esok lusa bermula minggu baru ... bermula cerita seminggu yang baru. So apa cerita korang semua dalam minggu ni? Berbaur suka duka? Atau ceria sentiasa? 
Ok .. nak tanya ni .... ramai ke sang isteri yang duduk baca entri di Bangku Kosong ni ehh? Sukar saya nak tahu. Yelah ... buka ada teropong atau web cam canggih yang dapat usyar. Tapi saya andaikan ajer ... yang saya pasti .. ramaiiiiii yang belum kawin ... yang tunggu masa nak kawin yang selalu lepak kat sini. So terima kasih.

Kali ini saya nak bawakan entri untuk para isteri. Sekadar panduan dan renungan je. Ia merupakan artikel daripada Dato. Dr. Hj Fadzilah Kamsah (DFK). Dan bagi para suami, anda juga boleh share knowledge ini buat isteri anda yang tak ada blog dan tak pandai nak baca blog .. ehhh ada ke? hehehee...

Di awal perkahwinan, baik lelaki mahupun perempuan .... semua masih nampak indah. Masih geli geleman dan memalu. Naik setahun ke setahun ... dan apabila punyai anak ... sedikit demi sedikit ada perkara yang kita tolak ke tepi skit demi sedikit.

Apa yang diinginkan oleh lelaki bila berkahwin? Kebanyakan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Menurut DFK; Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Manisnya Blog Ni

Salam semua.
Uhh blog ni ada siap menu cupcakes la .. waaaa ... cam best je ni. Siapa tuan empunya nyer? Ohhh patutlah manis2 belaka menu yang ada ... sebab tuan punya blog pun manis gak ...

Tak percaya? Leh terjah blog ini: A Gurlz Like Me (ohhbukan like sayalah ~:P)

Thursday, January 20, 2011

Beza Kehidupan Blogger Lelaki - Blogger Perempuan

As-Salam. Suka nak banding antara lelaki dan perempuan .... selain obvious kelainan dari segi fizikal; terdapat juga perbezaan dalam lain-lain hal. Kali ini HH nak highlight sikit perbezaan ini. Mungkin ramai yang dah baca entri seperti ini sebelum ini, tapi mungkin tidak pernah membacanya di sini. 

Kepada mereka yang belum tahu, inilah masa nak tahu dan nak ambil perasan. Kerana ianya memang berlaku hampir setiap hari. Benar atau tidak, anda sendiri yang tentukan. :) Tapi rasanya nanti akan ada juga yang mengaku kebenarannya ... jom tengok apa yang saya katakan perbezaan itu.

Observation untuk perbandingan antara lelaki dengan wanita semasa pergi rehat waktu lunch.

Kehidupan Biasa Blogger Lelaki

  1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
  2. Sampai kedai makan, masuk
  3. Ambik Pinggan
  4. Letak nasi
  5. Letak lauk
  6. Ke kaunter, bayar nasi dan air sekali
  7. Makan
  8. Habis makan
  9. Kalau perokok .. dia akan merokok dulu
  10. Balik ke opis atau
  11. Terus ke surau
Sekarang kita tinjau lak apa yang perempuan buat dalam situasi yang sama.


Kehidupan Biasa Blogger Perempuan

  1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
  2. Perhatikan orang waktu jalan
  3. Sempat mengumpat dulu
  4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
  5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri
  6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
  7. Ramai orang, cari kedai lain .. tak kuasa nak beratur lama-lama
  8. Jumpa kedai .... masuk sambil betulkan tudung atau rambut
  9. Survey lauk, tengok selera macam mana
  10. Ambik pinggan yang letak tengah-tengah
  11. Belek-belek pinggan. Nak tahu bersih atau tak bersih .. kalau tak ... cari pinggan lain atau kedai lain
  12. Dah puas ati, ambik nasi
  13. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
  14. Tak sah kalau tak ceduk 2 ... 3 kali
  15. Buang balik nasi yang dah ceduk sebab tetiba teringat nak diet
  16. Godek2 sikit nasi dalam pinggan ... takut jumpa benda yang tak sepatutnya
  17. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
  18. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
  19. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling apa orang lain ambik
  20. Ambil lauk sambil bergosip dengan kawan
  21. Pusing lagi tempat lauk ... cari sayur pulak
  22. Ke kaunter bayaran
  23. Tgk2 nasi dlm pinggan
  24. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
  25. Sampai depan kaunter "berapa?"
  26. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
  27. Keluarkan duit
  28. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
  29. Bayar..... berdiri sambil masukkan duit baki
  30. Tinjau-tinjau tempat duduk.
  31. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
  32. Cari tempat duduk lain
  33. Dah jumpa..... duduk sambil betulkan baju dan tudung atau rambut
  34. Alamak.... air tak order lagi
  35. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung atau baju
  36. Order air
  37. Bangun
  38. Ambik sudu
  39. Duduk
  40. Bangun
  41. Ambik Tisu
  42. Duduk
  43. Air sampai
  44. Belek dompet (Step tadi)
  45. Bayar
  46. Minum air dulu .. pastu baru mula makan
  47. Tengok-tengok orang sambil makan
  48. Makan separuh..kenyang...sebab dah minum air
  49. Letak sudu, letak garpu
  50. Pinggan tolak tepi
  51. Borak2 kater makanan tak sedap
  52. Ngumpat2..tgk orang
  53. Pukul 2, naik opis..
  54. Ambik beg makeup, g surau .....
Heh ... ada yang HH ubah dan tambah buang ... :) kalau nak detail sangat nanti marah lak kaum Hawa. Tapi betulke realitinya macam ni? Hurmmm .... ada ramai wanita baca blog ni .. apa pendapat korang? Lelaki ... tentu sekali akan cakap ... "Ehh betullah!".

Oppss marah kak? Janganlah marah yer .. sekadar seronok-seronok je. :) Maaf ye kalau rasa tersinggung. Kesimpulannya .. perempuan lebih detail dan cerewet.

Land of Nine Kings


Salam semua.
Oho .. anda lack of info about our beloved Sultans? Kalau nak tambah pengetahuan mengenai sultan-sultan di Malaysia, anda boleh bersantai dan tambah ilmu mengenainya di sini. KLIK SINI.

Ia sebauh blog untuk memekarkan rasa hormat kita kepada institusi beraja di negara ini disamping memberikan kita info ringkas mengenainya. Kita bertuah mempunyai sultan dan raja yang berjiwa rakyat. Ambil kisah tentang permasalahan yang rakyat jelata hadapi.

Beluncas Menyerang .... Hmm Kena Pergi Tembak Ni !!

Pokok Berembang dimakan ulat beluncas. Foto: Berita Harian Online
Salam rakan-rakan bloggers.
Erkkk ... saya tahu tempat ni. Yeaaaa tengok dah betul2 .. dekat2 sini je. Hmm mesti pergi usyar ni ... dengan bawak kamera beso tu ... snap apa yang patut. Lagipun dah naik kabus dah lens kamera saya tu ... kena keluar jugak esok! Tak dapat ambik gambar kelapa dihempas ke jalan .. dapat gambar beluncas serang pokok berembang pun jadik ler ...

Tapi pasti ... kena berjaga2 .. tak mahu nanti esok malam tido mengaru2 .. dah la malam jumaat lak tu .. ishhh ... mesti pergi ... saya mesti pergi 'tembak' ulat beluncas ni .... agak2 ramai tak orang nanti ehh?
NIBONG TEBAL: Penduduk Kampung Teluk Ipil di sini, hidup dalam kebimbangan berikutan serangan ulat bulu dikenali 'ulat beluncas' yang berkubu di atas dua pokok berembang di tepi Sungai Kerian sejak sebulan lalu.

Butiran gambar: PENDUDUK meninjau pokok berembang yang menjadi punca ulat menyerang Kampung Teluk Ipil, Nibong Tebal. Gambar kecil ulat beluncas sepanjang antara tiga hingga lima sentimeter.

Selain penghuni empat rumah berhampiran pokok itu, orang ramai yang lalu lalang di bawah pokok berkenaan turut menjadi mangsa apabila mereka mengalami gatal badan akibat terkena tahi dan bulu ulat berkenaan yang berterbangan.

Penunggang motosikal dari Teluk Ipil yang menghala Tanjung Berembang dan sebaliknya perlu melalui laluan yang terletak di bawah pokok berembang itu.

Kanak-kanak yang terkena ulat bulu itu juga mengalami bintik-bintik di badan dan ini dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan mereka.


Wednesday, January 19, 2011

Parking for Drive-Thru Service Only

Gambar 1. Foto: weird websites
Adehh .. tu tengok gambar #1 ... ukhhh alohhh .... gilo ... telefon kecemasan lagi 174km ... kalau betul dalam kecemasan macam kereta rosak ke di tengah lebuhraya yang jarang2 orang lalu ni ... buat naya je la kena menapak .... lagi2 kalau tak ada coverage telefon bimbit. Hmmm .... kalau orang dulu .. time zaman tak ada telefon bimbit .. gamaknya .. memang betullah kot ... kena bermandi peluh jantan betina sebelum dapat telefon minta bantuan. Sib baik kat PLUS ... jarak antara telefon kecemasan kurang dari 2 km bagi sehala.

Gambar #2
Gambar #2 - Aduhh .. jika anak saya tahu bahasa inggeris sure mati saya nak explain ni. Adehhh sapa la yang buat sign gini ni? Aduh.... jika anak saya faham .. mungkin dia agak gelak tak hingat dunia ... dan mesti dia cakap .. bodoh ke apa manager bar nih?

Gambar #3
Huh ... apa kes gambar #3 ni ... sah2 la tak akan ada yang parking ... kalau dah drive thru nyer tempat. Apa daaa ... saya fikir2 ... sign ni ada kot kat Malaysia ni .. hmm nak ingat balik ... rasa cam ada .. tapi bila fikir .. takkanlah kot kan?


Gambar #4
Sia-sialah saya belajar bagai nak rak masa nak ambik lesen memandu. Dah hafal dah .... kalau kuar soalan macam ni ... apa saya nak jawab? Mana satu yang betul? Keliru dibuatnya ... ini boleh mengundang marah bahaya.

Gambar #5
Sekali tengok gambar #5 ni macam tak ada apa2 yang pelik pun ... tapi ... cuma tengok sign bawah tu ... aduhai ... 'Now Hiring Losers' ... hehehe.. nampaknya benarlah kot bisik2 kata restoran makanan segera ni untuk mereka yang tercicir dalam pelajaran dan tak boleh dapat kerja kat mana2 tempat selain di restoren makanan segera..... ish ... apa daa...

Sumber gambar: weird websites

Jeritlah Kat Sini Kalau Mengidam Sangat


Ehhh ada topik hangat rupanya. Alkisah penipuan shoutbox atau kotak jerit2. Hmm .. bak kata Ben Ashaari ... ini kes lama, cuma berlaku sekali lagi. Semua gara-gara penggunaan software tertentu untuk blogwalking. Memanglah tak patut, sebab ia menipu trafik. Bila ia kerja menipu ... semua orang tak suka.
Saya dan Zikri. Foto: Lensahasrul
So, andai ada tertanya-tanya mengapalah blog Bangku Kosong ni tak ada shoutbox ... jadi ini mungkin salah satu sebabnya. Lagipun ... bagi saya ... saya lebih suka orang komen dalam entri. Tapi kalau saya berblogwalking dan terjumpa ... saya guna gak shoutbox ni ... huhuhuhu .... sebab saya suka je nama saya keluar kat blog orang lain .. yehaaa ..... yehaaaa... uhh giler glamor kau!!

Apapun, terpulang pada diri sendiri untuk guna shoutbox ni, terserah. Ia bagus juga untuk lepak2. Tetapi yang tak bagusnya ialah orang guna software tertentu untuk blogwalking dan menipu trafik guna shoutbox ... ini yang tak patut. BAnyak dah orang komen pasal ni ... so saya tak perlulah nak komen lelebih. Lagipun saya tak tahu detail pasal software ni sebab saya tak guna shoutbox.

Ehhhh .. nak jerit jugak ke? Gerammmm? So tinggalkan komen anda di bawah ni nanti yer .. kira jerit jugaklah tu. Jangan segan2 ... jeritlah sekuat hati .... takde der orang nak marah ... apalagi saya. :)

**p.s: EHh saya tak suruh korang buat shoutbox tau .... :) ia tidak mendatangkan mudarat secara langsung... ia hanya satu isu pasal guna software bukan shoutbox! 

The Beauty in Ugly Milik Edy


Salam semua.
Dah breakfast? Saya bleum lagi nih .. sebelum masukkan benda dalam perut, saya online dulu .. hehehe.. memang kemaruk .... kata wife saya:

"Eiii tak leh idup kot kalau tak berada depan komputer"

Uhh.. janganlah marah I, My Darling Linda. Bagilah chance ye tak, saya kan minat dengan benda ni ... betull .. saya tak flirting ngan sesapa .. uhh aloh. :)

Wife saya yang tersayang sempat masakkan breakfast pagi ni, nasi goreng gitu-gitu. Lunch pun dia dah siapkan...nampaknya hari nih .... saya relaks la skit. Cuma nak kena basuh kain .... sidai kain ... jemur kain dan angkat kain .. semuanya berkaitan kain.

Dushhh .... uhh siapa The Beauty In Ugly ni? Saya ke? Ohh tidak i The Beautiest in Ugliest ... erkk ada ke ehh gini? Hahaha... hmmm empunya blog ni adalah juga antara terawal yang singgah kat Bangku Kosong dan beri respon dan komen dalam entri Bangku Kosong.

Saya difahamkan ... sedara Edy ni dah semakin diminati ramai. :) Dah la ensem pastu kalau visit blog dia .. so pleasant ... tak serabut cam blog saya ni. Tak caya? JOm tengok kat SINI.

**p.s: Walau apapun .... the beauty in my heart always my wife ... :)

Dak Pipi Merah Terkedu dengan Entri Saya


Salam semua bloggers yang datang awal pagi.
Empunya blog ini adalah orang yang antara pertama memberikan komen dalam blog Bangku Kosong. Ye .. orang pertama .... tak ke special tu? Dialah yang paling berani memberi respon ... terhadap satu entri saya yang memang di awal2nya paling tinggi ratingnya. Dia meninggalkan komen di entri berikut: [Sejarah Tamadun Dunia Satu Penipuan Terbesar].

Memang terbukti dia sangat berani dalam mengutarakan pendapatnya walaupun hanya berkata:
"awak,,,seriously sgt sensitif,,,sy terkedu membaca nya,,,tiba2 rasa diam sebentar "  
Ternyata ... entri berkenaan yang ada 675 pageviews (setakat entri ini ditulis) .... hanya menerima beberapa komen dan dia adalah terawal yang komen. 
Benar. Anda mungkin terkedu macam dia ... dan macam saya apabila saya mula2 membaca artikel berkenaan. Jom follow blog dia .... sebab blog dia blog yang jujur dan berani. KLIK SINI untuk terjah.

Dialah blogger Dak Pipi Merah-Mimey !

Blogger ini Kini Single


Salam semua.
Di kebeningan pagi ini, jenguklah saya ke satu blog ni ... adehhh ... sedih la pulak bila baca. Lagi kisah cinta terputus di tengah jalan. Hmm nak wat camner kan? Gitulah adat bila bercinta. Mungkin ini dah suratan yang harus diterima.

Langit tak selalunya cerah; pasti kadangkala hujan turun mencurah-curah. Siapa yang sangka? Kalau kita tak tegur jiwa, kita akan mudah patah hati dan tutup pintu hati untuk cinta. Hanya berendam air mata - bukan penyelesaian kepada masalah cinta.

Blogger ini kini single!

Foto: Syaza Kelyza

Namanya Nursyaza Kelyza, berumur 20an dan sedang mengikuti pengajian dalam bidang Administrative Science peringkat ijazah di UiTM Bandaraya Melaka. Tengok ... nama pun unik tu .... cantik orangnya.

Ok amcam? Jom baca dan support hatinya yang sedang dalam luka ... KLIK SINI.

**p.s: Saya tumpang sedih dengan kekecewaannya .. sebab saya pun pernah bercinta dan kecewa. Anda?

Sekadar Menulis Apa yang Ku Rasa


Salam semua.
Selalunya kalau kita buat blog, kita akan tulis ibarat macam diari .... semua perkara seharian kita buat kita akan cerita. Blog begini kebanyakannya blog keluarga ... ada gambar anak, gambar suami atau isteri ... gambar-gambar percutian dan kehidupan seharian seisi keluarga.

Ada pula blog yang suka cerita kisah cinta, suka duka dalam percintaan ... dari kisah pahit dan pedih ... hingga ke kisah gumbira suka terlonjat2. 

Ada pula blog yang benar-benar kisah kehidupan dalam kampus ... sumer benda yang blogger ni buat dalam kampus .. pegi kuliah, balik kuliah, jauh tangga kat kuliah .... gi makan .. gi keluar ngan kawan2 ... semua ada dalam blognya.

Ada lak blogger yang suka fesyennn .. cerita fesyen dari A sampai Z .... pastu patah balik .. Z ke A. Habis detail semuanya .. siapa pakai cenggini .. sapa tak pakai itu ... lalalala .. dan macam2 lah.

Tapi ...... hampir semua blog ..... tak kiralah dia tu blogger dari IPT ke .. dak sekolah ke, blog fesyen ke ... blog cinta ke ... blog artikel ke ... semuanya ditulis berdasarkan apa yang dia rasa ... malah mesti akan ada satu atau dua atau tiga .. empat atau lima entries yang berkaitan dengan apa yang si blogger tu rasa.

Seperti orang lain ... blog ini juga ditulis atas apa yang empunya blog ini rasa .... mcm apa yang diwarkan "Sekadar Menulis Apa Yang Ku Rasa" ...... KLIK sini untuk lihat blog ini.

Tuesday, January 18, 2011

UFO Muncul di Menara Kuala Lumpur

Foto: Kosmo

Salam semua.
Uhh ... UFO di Menara Kuala Lumpur. Betul ke? Atau ia semata-mata kilasan awan? Gambar di atas dirakamkan Selasa lalu ... dan diberitakan di dalam Kosmo.

KUALA LUMPUR - Seorang penyelia kanan sebuah projek pembinaan di sini terkejut apabila mendakwa terlihat satu objek pelik yang dirakamnya melalui telefon bimbit melintasi ruang udara Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.

Abdul Jalil Ibrahim, 50, berkata, pada kejadian pukul 7.46 pagi Selasa lalu, dia sedang merakam pemandangan awan dari tingkat 51 sebuah bangunan yang sedang dibina di sebelah sebuah hotel di Jalan Ampang di sini menggunakan telefon bimbit milik kawannya.

"Pada mulanya saya tidak menyedari ada objek pelik seakan-akan UFO (Objek Terbang Yang Tidak Dikenali) di dalam rakaman ini tetapi selepas empat hari, rakan setugas saya beritahu ada benda pelik pada gambar yang saya rakam dengan telefon bimbitnya.

"Apabila diteliti, saya terkejut melihat sebuah objek pelik berbentuk piring dan bujur berwarna hitam di ruang udara Menara KL," ceritanya lagi ketika ditemui Kosmo! semalam.

Bagaimanapun Abdul Jalil berkata, dia tidak dapat mengesahkan apa sebenarnya objek berkenaan walaupun jarak tapak binaan dengan Menara KL hanya sejauh satu kilometer.

Original - Tak Buka Plastik Lagi ....

Foto: lensahasrul
Salam semua.
Adehh ... saya nak pi jalan-jalan ni .. pi makan luar ... :) ehmmm bukan makan luar tu bang .... nih makan makan la ... dengan famili anak beranak .... bersama tetamu khas kami sekeluarga ... sepupu wife saya yang sedang berkursus kat area Jawi. 

So, sambil saya gi cari tempat makan ... layan la dulu citer ni ehh .... 

Original - Tak Buka Plastik Lagi

Alkisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin mengikut pilihan sendiri.. Lalu dinyatakan hasratnya kepada orang tuanya.. kemudian berkatalah orang tuanya... sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri.. carilah yang sopan santun dan ORIGINAL.

Hatta sebulan mencari bertemulah dia dengan seorang jejaka yang sopan santun tapi keORIGINALannya belum lagi diketahui... setelah selesai upacara akad nikah maka malam pertama pun dilalui bersama.

Pada malam pertama si suami memakai kondom kononnya untuk merancang keluarga. Keesokan harinya.. si isteri pun memberitahu kepada orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul ORIGINAL..

Kemudian orang tuanya pun bertanya: "Macam mana engkau tahu laki engkau tu ORIGINAL?"

Anaknya dengan selamba campur megah berkata: "Betul abah...! ORIGINAL...! Plastik pun tak bukak lagi...!"

Blog Niaga Sapa Best?


Salam semua.
Hmm sapa ada blog niaga? Kalau anda seorang usahawan ... dan ada blog niaga ... meh la kongsikan dengan saya. Nanti saya mai singgah ehh. Sesapa yang sudi .. sila tinggalkan link kat ruangan komen ehh.

Tapi ... saya kalau boleh tak mo la blog niaga yang promote skim cepat kaya, MLM atau ntah apa2 ... cuma pure blog niaga ... dan kalau boleh ada tanda niaga (daftar dengan SSM).

Ok yer .. jangan lupa.... tinggalkan link blog niaga anda. Saya tahu ramai blogger yang ada bisnes online ni ... dan ada blog sendiri untuk urusan jual-beli dan promote produk2 tu. So .. meh tinggalkan link anda.

Fakta Menarik | Binatang Apakah Tak Pernah Duduk atau Baring Seumur Hidup?

Foto: NewsScience
As-Salam ...
Dah sudah makan? Dah masuk ofis balik dah? Dah check status kat Facebook tak? Ehemmm ... ok .. sebelum wat kerja .. meh tambah ilmu skilas ....  nih beberapa fakta yang nak saya kongsikan ... manalah tau kot2 nanti berguna untuk masa depan ....  leh citer kat anak2 ... gelpren .. boipren dan jiran sebelah umah ... ala buat2 sembang .... 

Ok ..  Beberapa fakta menarik:
  • Siput babi merayap pada kadar 0.0313 meter sejam.
  • Angin yang dihembuskan dari mulut semasa batuk mempunyai kelajuan 24 kilometer sejam.
  • Lebih banyak kuman dipindahkan dari seorang ke seorang yang lain melalui berjabat tangan berbanding dengan bercium mulut ke mulut.
  • Antartika diliputi 98 peratus ais dan dua peratus batu tandus. Secara puratanya, ketebalan ais di situ adalah 2,160 meter. Jika semua ais itu cair serentak, ia akan menyebabkan paras air laut meningkat yang akan mengakibatkan banyak negara di dunia hilang dari peta.
  • Lelaki boleh menghasilkan seribu sel sperma setiap saat. Ini bermakna sebanyak 86 juta sel sperma akan dihasilkan dalam sehari.
  • Jarak antara bumi dengan matahari ialah 150 juta kilometer. Jika anda memandu kereta dengan kelajuan purata 96 kilometer sejam, ia akan mengambil masa 177 tahun untuk sampai.
  • Otak manusia boleh menyimpan data sebanyak 7 juta megabait setiap hari.
  • Penglihatan kucing pada waktu malam adalah enam kali lebih baik dari penglihatan manusia.
  • Zirafah hanya tidur selama 20 minit dalam tempoh 24 jam dan ia tidak pernah duduk atau baring seumur hidup. Manakala beruang koala menghabiskan masa 22 jam sehari untuk tidur. 

Kisah Suami Isteri

Foto: Lensahasrul

Salam semua ... 
Dah siap masak ke? Hmm saya buat masak2 simple je hari ni. Saya dah sediakan ayam panggang dah ... dua peha besar ayam ... dengan rempah ratus main campak2 je .. hehehe... ntah rasa camner nanti. Tunggu masa lunch je nih .. lepas ambil anak sulong saya balik dari sekolah ... baru leh tahu. Sedap atau tak .. bergantung pada lidah anak2 saya nanti ....

Ok .. sambil jenguk2 benda bertenggek kat dapur tu .. meh layan cerita mahkamah ntah apa2 ni. Huhuh... sambil rehatkan minda yang kusut masai serta melegakan hidung yang dok tersumbat tu.

Ini kisah berlaku di hadapan Tok Kadi.

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Lepas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .

Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin ?"

Jawab kadi.."Hak kamu le.."

Jantan tu kata lak.."Hah... sama le kes ni pun..."

Ok dah ... :) aha .. tu apa yang hangit tu .. gi cepat .. larikkkkkkkk !!!!!
3 Perkara Jangan dalam Blog untuk BE Nuffnang

3 Perkara Jangan dalam Blog untuk BE Nuffnang

Buat blogger baru tentu ramai yang gunakan platform pengiklanan Nuffnang ni. Dan salah satu ciri istimewa yang ada di dalam Nuffnang ialah ada income BE. BE ialah buffered earnings. BE ini lebih lumayan kerana kadar dia lebih sedikit dari iklan biasa Nuffnang.

Ok. Bagi yang betul-betul baru di dalam dunia blog Malaysia, Nuffnang adalah merupakan medium pengiklanan di dalam internet khas buat blog. Jadi kalau nak menjana pendapatan dan nak ada iklan berada dalam blog anda, daftarlah dengan mana-mana syarikat pengiklanan seperti Nuffnang ni. Ada beberapa lagi syarikat pengiklanan internet yang membolehkan anda menjana pendapatan menerusi blog.

Nak tahu berapa banyak yang ada? Boleh gunakan kotak search atau carian blog ini ... cuba cari .. hoho.

Anda juga menjana pendapatan menerusi pengiklanan terus, atau menerusi affiliate. Itu adalah beberapa kaedah, atau nak lagi masyuk .. anda buatlah blog niaga anda sendiri tapi pastikan anda daftar perniagaan anda dahulu agar blog niaga anda diyakini dan dapat mengelakkan dari dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa - SSM.

3 Perkara Jangan Buat - BE Nuffnang

Ok. Jika anda seorang Nuffnanger, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.

  1. Jangan letak video bukan milik anda - seperti dari YouTube, YahooVideo dan sebagainya.
  2. Jangan letak gambar bukan hak anda.
  3. Jangan letak artikel bukan tulisan anda.


3 Perkara itu telah dibuktikan akan membuatkan pihak pengiklan yang melanggan Nuffnang tidak mahu meletakkan iklan mereka di blog anda. Mereka fikir blog anda tidak original dan bukan penulisan yang telus. Ohh .. ini khas buat blog yang mahukan buffered earnings ataupun pendapatan terumpuk. Pendapatan BE ini lebih menguntungkan dan nilainya lebih tinggi. So, jika inginkan BE ... pastikan 3 perkara di atas tidak ada dalam blog anda!


Ok ... tu saja dapat saya kongsikan. Tapi kalau letak gak benda2 yang dinyatakan tu, tak jadi masalah untuk iklan Nuffnang menari2 cuma ia akan bernilai rendah dan hanya iklan campaign biasa saja.

Dia Senyum Padaku

Pemilik blog ini - Foto: Facebook

Salam semua bloggers.
Baru je lepas hantar Amri ke sekolah. Hari yang biasa .. tiada yang luar biasa (hendaknya sampai ke malam). Wife saya lak berkurus ... ehh berkursus ke Ipoh, so hari ini hidangan tengahari adalah tanggungjawab saya. Maybe saya akan masak ayam panggang. :) Simple dan tak pening kepala.

EHhh sapa awek kat atas tu ehh? Aha .. namanya Nadia Mansor. Dia adalah pemilik blog ini:


Blogger Penang ni. :) Dia ni peminat seorang blogger cun ni ... ehemm nak tahu siapa dia? Aha .. leh terjah blog dia ... G.R.E.E.N.Y.G.O.R.G.E.O.U.S <--  jenuh nak taip satu2 ni ...

Nota Ringkas Buat Mereka Yang Bergelar Boyfriend

Haseena Humaira dan Mama Linda. Foto: Lensahasrul
Salam kepada bapak2 yang ada anak dara.
Anda ada anak dara? Syak anak dara anda ada boyfriend? Hmmm ...  tentu kita tak mahu anak dara kita dijadikan satu 'barang' yang boleh diambil sesuka hati. Apa kata ikuti petua ini, khas buat bapak2 kepada anak-anak dara. 

Buatkan nota seperti yang akan saya berikan ini sebagai salah satu cara untuk memastikan keselamatan anda dan anak dara anda .... :) Gerenti bf anak anda akan memastikan anak anda selamat dan sejahtera lahir dan batin.

Nota ini telah disediakan oleh seorang bapa kepada boyfriend anaknya .... merangkumi beberapa peraturan yang mesti diikuti oleh boyfriend anaknya. Meh baca.

Nota Ringkas buat Boyfriend anak aku.


Monday, January 17, 2011

Nasihat Berguna dari Cikgu Suraya

Puan Suraya dan suami. Foto: Facebook Pn Suraya
Salam semua.
Saya ada seorang kawan. Dia kini seorang cikgu sekolah. Dulu, dia pemain hoki yang disegani kat sekolah menengah. Dia memang kaki kuat ..... tangan kuat .. badan pun kuat ... itu sebab skang ni dia jadi cikgu yang sangat kuat .. dan menjawat jawatan sebagai Cikgu Disiplin. Uhh takuttt ... hehehe

Puan Suraya ..  kawan sekolah kami (saya dan isteri) yang recently muncul dalam hidup kami setelah lebih 10 tahun terpisah. Baru jumpa beberapa tahun dulu ... dan dah bersua muka buat kali pertama selepas 'berpisah' apabila tamat sekolah menengah.

Seronok jumpa dan kini kami bersama berkongsi kesah keluarga dalam facebook. Dan dia juga tempat rujuk kalau ada apa2 pasal displin sekolah .. pasal silabus .... sebab dia cikgu dan dia lebih tahu dari kami. :)

Oh ya ... saya nak kongsikan satu artikel yang ditulis semula oleh Puan Surata ni, buat kita sebagai pedoman dan renungan. Terima kasih yer Puan Suraya ... moga ilmu ini diberkati. .. terasa nak nyanyi lagu sekolah la plak... hahahaha...

Artkel bertajuk: Berubah-Ubah Niat



Mestilah I Shaved .. U Ingat I Pengotor Ke?

Hiasan semata. Foto: Lensahasrul
Salam semua yang melepak sambil hirup kopi o.
Adehh .. gelak hampir pengsan saya baca email yang saya terima dari kawan atas kawan atas kawan atas kawan ni .. atau dengan kata lain ... ini kisah benar saya terima dari forwrded email kawan saya. Aduhh ... dah dah .. malas nak tulis pepanjang .. korang baca sendiri la ... adehhhh .....

Kisah benar ni berlaku kat office aku semalam. Ada org bahagian elektrikal datang nak buat maintenance. So, sebelum dia off kan main suis dia inform semua orang supaya save apa2 kerja yg dibuat kat komputer. Semua org dia tanya untuk memastikan semuanya dah save. Bila sampai kat satu amoi ni brother tu tanya la ...

"miss, u punya dah save ke?".

Nak tau apa amoi tu jawab,

"MESTI LA I 'SHAVE', U INGAT I PENGOTOR KE".

Mendengar jawapan tu satu office gelak besar.

Apa Kes Nih? Perihal Ikan di Laut


Salam semua.
Sekali imbas macam tak ada apa2 yang menarik yang saya nak bawakan. Cuba tengok gambar di atas ... apa yang menariknya tentang gambar ini? Tengok dengan teliti ... pastu pastikan anda gunakan mata .. jangan gunakan kaki lak nak tgk .. surelah tak nampak .. hahahaa.

Ok .. dah leh agak tak apa kes nih? Hmmm ... blum lagi?

Saya dapat gambar ini, 3 keping semuanya bermula dengan gambar di atas tu. Apa sebenarnya saya nak highlight ni? Gambar ikan? Hmm mula2 tu saya pun tak berapa nak tahu .. tapi lepas tengok gambar susulan dia yang lain, barulah saya tahu ini kes apa ...

Jom tengok kesudahan gambar ini.


Liku-liku Kehidupan di New Galaxy ...


Salam semua yang mai lepak sini.
Oppss buat apa tu? Kalau tak ada kerja .. leh la ikut saya. Jom la ... saya nak bawak pi jumpa blogger-blogger ni ... jom la.

Blogger ni blogger jejaka .... ai tak kenal maka tak cinta. Jom la usyar derang lak. Takkan nak usyar blog anak dara je .. heeee ...(saya la tuh!) .. dah dah ... mereka pun best per .. leh wat blog.

Jom terjah dua blog ini kepunyaan jejaka-jejaka ini:

Lompat Si Katak Lompat ...


Salam semua.
Uhh apa tu? Itulah katak yang dah kena tangkap. Sian si katak .... bila cakap pasal katak, ada 2 perkara terlintas di kepala otak saya.
  • Umpan untuk mancing ikan haruan
  • Lagu lompat si katak lompat
Anda berani pegang katak? Saya ... tngk jenis. Kalau katak tu macam dalam gambar kat atas tu .. uhh tak berani la .. beso .. katak puru tu. Tu kalau pegang .. ngembang jadi besar. Saya kalau pegang katak pun ... katak minyak yang dibuat umpan untuk memancing haruan... haaa yang tu saya berani. Siap boleh pergi cari dan tangkap lagi. Ohh tidakk.. saya bukan penangkap katak.

Tapi apa halnya saya buat entri pasal katak nih? Ehmmmm ok ... camni .. dah tengok gambar di atas tu tak? Ok ... lepas ni .. tengok gambar seterusnya ni plak yer... agak2 nak bagi seram2 atau dramatik... tutup mata dulu... nanti klik seterusnya yer ...


Tidak Serasi Dengan Pilihan Keluarga

Bersama Gadis Bidayuh. Foto: Lensahasrul
As-Salam. Adehhh ... memang hari ini tak ada idea la nak wat entri apa. Uhh takkan Monday Blues kot? Biar betul. Heh ... apa pun saya berjaya gak cari artikel yang saya fikir akan menggamit pembaca blog ini. Ini kisah nyata ...  dan benar, bukan tipu-tipu ... malah saya fikir masih banyak berlaku kisah yang serupa. 

Saya ingin kongsikan satu pengalaman seorang wanita ini. Dia telah pun bertunang dengan seorang jejaka pilihan keluarga. Meh baca kisanya dan kalau sudi beri komen anda.

Tidak Serasi Pilihan Keluarga

"Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa. Saling berkait ibarat mencubit paha kanan, terasa paha kiri. Sebab itulah sebelum mendirikan rumah tangga, pasangan harus mengenali antara satu sama lain demi mencari keserasian. Minggu ini berkongsi dilema seorang gadis yang merasakan jodoh yang cuba diatur keluarga tidak serasi dengan dirinya. Semoga kekusutannya dapat dileraikan.

Saya berusia lewat 20-an. Bulan Mac yang lalu, keluarga ingin menjodohkan saya dengan seorang lelaki, biarlah dinamakan A sahaja. Dia telah datang bertandang ke rumah dan saya berjumpanya buat kali pertama. Dapat saya rasakan A lelaki yang baik memandangkan dia juga berasal dari keluarga yang baik. Jadi saya bersetuju untuk berkawan dahulu dengannya.

Namun masalah timbul bila keluarganya beranggapan, saya bersetuju untuk dijodohkan dengan anaknya. Apabila pihak keluarganya menyatakan hasrat untuk datang meminang, keluarga saya pula tidak dapat menghalang memandangkan mereka malu kerana keluarga A sangat disegani dari segi agamanya. Saya pula terpaksa, semua ini berlaku dalam tempoh satu minggu sahaja dari perkenalan kami dan terus bertunang.

Dalam tempoh pertunangan ini, hanya dua kali saya kami keluar bersama, itu pun dengan ditemani orang ketiga. Dari perhubunganini, dapat saya simpulkan kami tidak sesuai dan tidak serasi dari banyak segi. Saya tidak dapat menerima dirinya seadanya, bukan saja sebagai kawan, tunang malah sebagai bakal suami juga.

Kami banyak berhubung melalui e-mel sahaja tetapi semakin banyak yang saya tahu tentang dirinya, semakin banyak perkara yang tidak serasi antara kami terutama dari segi pendapat dan segi pemikiran.

Saya bingung puan. Bagaimana saya mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak boleh saya cintai. Saya takut tidak dapat berbakti untuk dirinya seikhlas hati. Bermacam-macam saya cuba termasuk cuba memujuk hati sendiri agar boleh menerimanya. Akan tetapi semakin saya cuba mencari keserasian, semasa kami berhubung melalui e-mel masih tiada kesesuaiannya.

Saya menjadi semakin malas untuk berhubung dengannya meski pun dia tunang saya.

Pada masa yang sama, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki, dinamakan B sejak empat tahun lalu melalui seorang kawan.

Kami berkawan biasa sahaja pada mulanya sehinggalah saya bertunang dan dia melahirkan rasa terkejutnya kerana sebenarnya dia menyimpan perasaan kepada saya. Cuma dia tidak menyangka yang saya akan bertunang dalam tempoh terdekat. Saya juga sebenarnya menyimpan perasaan kepadanya. Tetapi semua sudah terlambat. Perkara ini membuatkan saya semakin bingung.

Pihak keluarga semakin mendesak saya untuk berkahwin dengan A sedangkan dalam hati saya memilih B. Tetapi saya nyatakan di sini, bahawa saya tidak akan dapat mencintai A sepenuh hati meskipun B tidak wujud.

Semakin keluarga mendesak, semakin saya tidak menyukai A. Saya belum membuat solat istikharah kerana saya tidak mahu berkahwin dengannya. Bukankah solat istikharah ini untuk membuat pilihan? Saya telah memilih B tetapi keluarga tidak memahami.

Tolonglah saya Puan? Bagaimana untuk membuat keluarga memahami yang cinta itu tidak boleh dipaksa. Saya takut saya berdosa nanti andai saya terpaksa berkahwin dengan A dan saya tidak dapat mencintai dia dan masih teringatkan B.

Keluarga juga mengetahui tentang persahabatan saya dengan B tetapi mereka tidak bersetuju kerana pada pendapat mereka, B ini tidak setaraf sedangkan mereka belum pernah bertemu dengan B.

Mereka cuma mengandaikan begitu kerana mendesak saya berkahwin dengan A yang pada perkiraan mereka sangat baik dari segi akhlak dan agamanya. Memang saya tidak nafikan, agama itu penting tetapi bagaimana pula dengan perasaan saya? B juga bukan seorang yang jahat, cuma bukan dari keluarga ustaz seperti A.

Tolonglah Puan, ayah amat berkeras mahukan saya berkahwin dengan A. Ibu telah meninggal dunia lima tahun lalu dan saya tiada tempat untuk mengadu. Perlukah saya menurut permintaan keluarga dan mengorbankan perasaan sendiri?

Atau saya perlu berterus terang dengan keluarga walaupun saya akan dimarahi dan ditentang oleh ayah saya? Berdosakah saya puan andai saya tetap dengan pilihan saya?"

Dipetik dari: Mingguan Wanita

彼女は&私の家を


Salam ...
Erkk unik tajuk ni .. sebab sepatah benda pun saya tak faham. Gambar empunya blog dengan tulisa atas tu pun penuh misteri gitu.

Uhh tolong tolong .. siapa nih? JOm terjah blog ini: Klik Sini

Sapa tahu maksud perkataan dia nih yer?  彼女は&私の家を
Tinggalkan Universiti Untuk Menjadi Pembantu Rumah

Tinggalkan Universiti Untuk Menjadi Pembantu Rumah

Antika Sarno. Foto: Utusan Online
Salam.
Anda ada pembantu rumah? Anda tahu tak latar belakang pembantu rumah anda? Bukan semua pembantu rumah baik .. dan bukan semua pembantu rumah itu bermasalah. Namun, banyak kisah yang tidak sedap didengar yang selalu diwarkan oleh media negara ini.

Saya bukanlah pro pembantu rumah, cuma kita harus ingat, mereka mencari rezeki di negara kita. Dan selayaknya mereka itu dilayan dengan kebaikan budi bicara kita. Ya, benar .. memang ada pembantu rumah yang tak mengenang budi dan sebagainya. Tetapi, janganlah kita bertukar menjadi orang yang bad semata-mata kerana mereka. Kadangkala tindakan negatif mereka bersebab. Jadi fikirkan yang terbaik.

Kebanyakkan pembantu rumah yang datang ke negara ini - secara amnya ingin mencari rezeki dan kebanyakkan dari mereka datang dari keluarga yang susah. Alangkah mulianya anda membantu mereka mendapatkan pekerjaan di negara kita. Saya? Saya tak mampu ... jadi kepada mereka yang mampu tu ... harap jangan jadikan mereka sebagai hamba... mereka juga manusia, ciptaan Tuhan.

Kisah pembantu rrumah ini salah satu kisah yang mana - mereka hadir menjadi pembantu rumah atas desakan kemiskinan, hingga mengorbankan masa depan dan pelajaran.

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Sepatutnya gadis manis ini ke universiti, namun kerana kemiskinan, dia terpaksa menjadi pembantu rumah.

Itu kisah duka yang disimpan rapi selama hampir tujuh tahun sebelum Antika Sarno, 29, bersedia berkongsi cerita.

Hakikatnya, wajahnya yang sentiasa ceria, tidak langsung menggambarkan betapa berat beban yang sedang ditanggung.

Antika, seorang anak kampung miskin, terpaksa meninggalkan negara atas dasar tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Menariknya tentang Antika ialah melihat kepada gaya percakapannya.

U Follow I Follow Back - Tanpa Syarat


Salam semua.
Yeahh ... saya malas nak wat entri hari ini! Boleh gitu? Heh ... ok, saya nak menjadi follower blog korang, boleh tak? Tapi kena jadi follower blog ini dulu. Follow blog Bangku Kosong di:

Mudah, anda klik jadi follower, dan saya akan follow blog anda balik, simple. Tak perlu entri, tak perlu letak badge atau apa2. Anda juga tak perlu letak blog ini dalam bloglist anda sebab serius ... tak best langsung! hehehe....

So, entri ini khas buat mereka nak menambah follower, dan saya bakal jadi follower blog korang ...bukan follower ajaran sesat yer. Tawaran ini sah selama sejam mulai 11.15-12.15 tghari ini sahaja. Lepas tu ..... tinggalkan komen kat tempat lain ... uhhh kejam je bunyik cam halau orang pun ada. :)


Ok amacam? ada berani ajak saya jadi follower blog anda tak? Jika berani ... sila tinggalkan id follower serta link ke blog anda di ruangan komen. Cepat... saya cadang nak BW pepetang nanti ... sambil klik2 jadi follower blog orang.

Jangan lupa .. jadi follower blog ini, tinggalkan id follower anda (follower ke berapa) dan link blog anda yang best tu. Jangan hampakan saya.

Hanya dari 11.15-12.15 tengahari sahaja! Lepas tu ... saya tak layan dah.

Jodoh Yang Tak Disangka

Bedah Redah? Siapa tu? Foto: Lensahasrul
As-Salam. Apa khabar hari ini? Hari ini hari isnin ....  biasanya orang akan cakap .. "Monday Blues", jadi adakah anda dalam keadaan blues? Ohhh teringat zaman lampau .... 'Blues Untuk Aku', segmen komik dalam ssebuah majalah lawak. Adehh .... ok, untuk menceriakan pagi anda yang dalam keadaan blues.... mari layan cerita ini, sebuah kisah benar lagi penuh romantis: 

Cerita ini telah diceritakan oleh seorang wanita bernama Bedah Redah.
"Saya merupakan seorang kakitangan kerajaan. bila hari jemaat saja saya suka balik rumah.. pasal masa rehat yang panjang. Tapi hari jumaat tu hujan turun dengan lebatnya... So, saya tumpang officemate saya sampai depan rumah. Rumah saya ni berbukit sikit. Sebelum turun ... akak tu janji nak ambil saya pukul 2.30 petang. Hujan kat luar masih lagi lebat... jam hampir ke 2.30 petang.. saya mandi dan sembahyang... . lepas tu bersiap siap tunggu akak tadi datang ambil saya. Jam dah kul 2.35 saya dah risau.. mana akak ni. Tak sampai sampai lagi... office masuk kul 2.45 ptg.

Tunggu punya tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba ! Kereta Proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah saya. Hujan punyerlah lebat... so saya ambil surat kabo lipat tebal tebal takut tudung saya basah... lepas kunci pintu.. saya terus berlari turun... pasal rumah saya berbukit.. saya kena berlari hati hati. Sampai saja kat kereta... saya tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan duduk kat tempat sebelah pemandu. Tapi, kenapa akak tu tak jalan. saya toleh kat sebelah... lah... rupanya orang lain !! Merah padam muka saya tau!

Saya tengok orang tu ... orang tu tengok saya. Mulut orang tu siap ternganga lagi. Ish... siapa ni?! bagaimana saya boleh silap ni... habis tu.. kat luar hujan lebat.. takkan saya nak keluar.. saya dengan muka macam kerang busuk berkata,"Err.. bang boleh tulung hantar kat UTM tak?" Abang tu pun... tak jawap apa-apa agaknya pasal masih tergamam lagi.. terus angguk. Sepanjang perjalanan saya diam... abang tu pun diam... masing masing masih gabra lagi.. saya lagi lah gabra. Entah keter sapa saja saya main redah. Saya malu.. bengang.. rasa muka saya dah di tepek-tepek dengan taik... saya berdoa semoga saya pengsan masa tu.. tapi sayang.. saya tak pengsan pun. Bila sampai kat destinasi... saya pun turun... lepas ucap terima kasih.

Sampai kat opis saya tunggu kakak yang sepatutnya ambil saya. Bila kakak tu sampai dia tanya saya, "Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?" Maka saya citalah peristiwa yang sadis tu... . Ya Allah.. kakak tu punyerlah gelak gila kat saya... Ishhh!!! Sungguh memalukan. Tapi itu cerita 3 tahun lepas... sekarang ni. Abang yang saya tumpang tu.. dah jadi suami saya. He..he..he..

Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami saya pun kata masa tu dia ingat saya nak rompak dia... . he..he.he.he. saya pun tanya , kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah saya... Then.. dia kata dia nak ambil beg duit kat seat belakang, tu pasal dia berenti. Tapi tau tau saya pulak yang masuk. He..he..he.. sampai sekarang ni.. dia masih ejek saya lagi pasal perisitwa kurang tu... Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe saya tak jumpa lagi suami saya yang sowang ini? ihiks!!"

Kesimpulan: Jodoh ada di mana-mana, bila ia dah ditentukan maka ia bakal terjadi jugak, walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Sunday, January 16, 2011

Nasi Ayam Linda tapi Bukan Linda Onn

Dah makan tengahari? Saya dan famili baru sudah makan nasi ayam - masakan tip top dari wife saya, kira masakan signature dari wife saya, tak leh dapat kat tempat lain. Nasi Ayam Linda is the best. Ohh bukan saya je cakap ... sesapa yang dah rasa terutama kawan-kawan dan kenalan kami semua kata SEDAPPPPP!

Nasi Ayam Linda tapi Bukan Linda Onn


Kesedapan itu sampai buat saya dan wife berangan gak nak bukak kedai nasi ayam cam Linda Onn bila tiba masanya... tapi buat masa sekrang .. biarlah kami anak beranak makan sepuasnya. Memang marvelous. Rahsianya adalah ..... oppss dah nama rahsia .... so tak leh bagitahu. Nanti marah lak wife saya... lalalala.

Bukan senang sebenarnya nak dapatkan masakan best ni. Sebelum adanya Nasi Ayam tu .. saya kena beli dulu bahan-bahan nak buat, antaranya ayam, salad, timun, tomato dan rempah ratus. Gambar di atas tu ... gambar orang tengah beratur.... dan saya kat depan sekali ... tapi sebab malas nak tunggu ... saya masukkan dalam troli dulu dan dapatkan barangan lain.

Antara yang saya beli adalah bawang besar, sebab dah habis. Tengok harga yang saya beli tu ... dulu ... RM1.50 sekilo .. naik dua kali ganda. Agaknya mogok di India tu tak habis lagi kot. Hmmm ...

Pastu tengok bawangnya ... besar2 kau. Dulu comel2 gak. Oh ya... memang la bawang besar kena besar tapi ini memang kira saiz gedabak la .. lebih besar dari saya selalu beli tu. No wonderlah harga pun mahal. Tapi itulah .. rasa cam satu kebetulan pun ada .. bila harga murah ... bawang2 besar ni saiznya cam oklah .. seguni pun leh dapat dalam RM5-8.00 tapi bila saiz dah besar ... harga pun melambung.... uhh silap2 kalau biasa beli 10 bijik harga lama .. mau terkejut jika beli kuantiti sama bila nak bayar kat kaunter. Jadi, jangan beli ikut kuantiti .. beli ikut berat .... :)

Nampak cam tak ramai orang ..... tapi semua orang pakat beli dalam kuantiti yang besar. Siap saya nampak ada yang beli minyak sampai 2 tong! Uhh .... ayam sampai 20 ekor ... mak aihhh ... stok ke? Hmmm tapi itu telahan saya dari pandangan .. tak pulak saya bertanya .... cuma saya sempat kata begini pada seorang kakak tu semasa beli bawang:

"Hmm bawang cam ni punya besar... sebijik kena belah 4 .... jimatttt ...!"
"A'ah ... selabu bawang ni ... boleh buat 2 masakan ....." itu kata kakak tu.

Berani Betul

Foto: Mobile Blog

Salam semua.
Kita semua tahu dan sedar bahawa kes kecurian kenderaan di Malaysia adalah tinggi. Hmmm nak dikatakan si pencuri ni licik ... mungkin juga tapi kebanyakkan dari kita sebenarnya cuai. Tak percaya? Tu saya tunjukkan bukti.

Motorsikal di atas diletakkan di tepi jalan, dengan kunci ada di motor dan enjin motorsikal dah sedia dihidupkan, manakala tuan punya motorsikal ini ... pergi ke kedai serbaneka 24 jam yang berada di seberang longkang.

NIh .. kalau kena curik ni .. sah2 susah nak kejar dah. Di samping ia berada di sebalik palang .. dan longkang ... tentu malanglah nasib si empunya motorsikal ini. Saya bagai tak faham.... bila motorsikal kena curi ... kecoh dan marah2. Tapi hakikatnya, si pemilik sendiri tak ambil kisah mengenai keselamatan harta bendanya. Jadi bagaimana?

Kita tak tahu bila malang akan datang. Jadi jangan undang sesuatu yang tak sepatutnya berlaku. Kita perlu sentiasa waspada, jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Jadi kepada pemilik kenderaan, jangan ambil mudah. Sebab kelak, yang merana dan rugi adalah diri kita sendiri.

Saya Sebagai Bekas Penyelidik

Bekas penyelidik bersama Profesor Ahmad Farhan. Mungkin ada yang tahu .. dan ada yang tak tahu. Saya sebenarnya merupakan bekas Penyelidik Kejuruteraan Awam di Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal. Saya telah berkhidmat dengan USM sebagai penyelidik selama lebih dari 6 tahun.

Bidang penyelidikan saya adalah merangkumi penyelidikan mengenai Trafik dan Lebuhraya (Highway and Traffic); sesuatu yang wayyyyy jauh dari apa yang saya pelajari semasa di IPT. Tapi, saya bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk menceburkan diri dalam bidang yang lain dari yang saya pelajari. Terima kasih saya kepada orang yang bertanggungjawab menjadikan saya sebagai penyelidik - Profesor Ahmad Farhan .. yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Miros atau Malaysian Institute of Road Safety Research.
Bekerja dengan Prof Ahmad Farhan Miros Malaysia

Bersama mantan bos, Prof. Ahmad Farhan. Foto: Lensahasrul

Dan bermula dengan beliau, saya menambah ilmu saya dalam bidang kejuruteraan lalulintas dan lebuhraya daripada Profesor Wan Hashim yang kini bertugas sebagai Dekan dan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan di UNIMAS, Sarawak. Malah, dia juga seorang sahabat dan rakan saya yang baik... malah terbaikkk ... :)

Sepanjang masa bersama mereka dalam bidang penyelidikan menjadikan saya berfikiran lebih kritis mengenai sesuatu, apatah lagi bila bercakap soal jalan .. soal trafik .... soal keselamatan jalanraya. Dari pengetahuan yang sdikit, saya melihat jalan dan lampu isyarat dengan cara yang berbeza. Saya juga dapat menghargai nilai jalanraya di Malaysia ... sistem trafik yang ada .... soal keselamatan jalanraya .. soal berfikir untuk mendapatakn fakta .. mencari penyelesaian dan sebagainya.

Bercakap mengenai keselamatan jalanraya, Miros adalah salah satu badan atau organisasi yang menjalankan kajian mengenainya.

Established on 3rd January 2007, MIROS functions as a one-stop centre for the generation and dissemination of road safety information through the print media and a concerted training programme. MIROS carries out studies and evaluates current procedures on road safety to generate information that will form the core of its evidence-based intervention programmes to enhance road safety.

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai kajian terkini yang dilakukan oleh Miros ... anda boleh KLIK SINI untuk mengetahuinya. Terbaru, Miros dengan kerjasama JPJ sedang menjalankan kajian Vehicel Kilometer Travlled (VKT).

Vehicle Kilometer Travelled (VKT) is the total kilometers travelled by motor vehicles on the road systems during a given period of time. VKT is an indicator commonly used to measure the road safety performance in a particular country and as an indicator for international traffic safety comparison. The parameter provides additional information about the crash risk in terms of exposure for certain group of road users. For instance, drivers who travel longer distance may have more crashes than those who make shorter trips.

The VKT survey has been conducted in Malaysia since 2003. The results of the previous VKT survey (2007) show that the average passenger car travelled were 20,499 km while VKT for motorcycles were 15,879 km in 2007. Figure 1 shows Malaysia’s rank in the world. In relating to road safety performance, fatality index (death/ billion VKT) in year 2009 was 17. 27. It means that there were 17 deaths per every billion kilometer travelled.
Sumber: Miros

Kajian ini sedang dilakukan melibatkan 24,000 responden seluruh Malaysia. Poskad kajian telahpun diedarkan pada bulan Januari 2011 kepada responden terpilih. untuk info lebih lanjut: Klik Sini

6 Tips Kembali Bercinta

Percintaan perlu berakhir dengan sebuah perkahwinan? Foto: Lensahasrul

As-Salam,
Andai tahun 2010 yang baru sahaja berlalu memberikan banyak pengalaman pahit dalam percintaan, inilah masa anda untuk membuat satu perubahan agar pengalaman itu tidak berulang.

Semua orang mengimpikan sebuah pengakhiran yang baik dalam sebuah percintaan, tetapi jika ada perkara yang membelenggu perasaan cinta itu, mungkin perhubungan itu tidak akan ke mana. Jadi, jangan biarkan permasalahan emosi anda menyekat diri anda dan pasangan percintaan anda mengakhirkan satu perhubungan. Tidak sia-siakah masa anda selama ini hanya untuk cinta?

Anda perlu lakukan sesuatu supaya pengalaman percintaan anda tidak terkandas. Lalu memastikan bahawa anda telah bersedia untuk bercinta ... walaupun setelah dikecewakan. Kecewa memang pahit dan pedih tetapi anda tidak seharusnya rasa dibelenggu oleh kekecewaan lampau.

Tidakkah anda mahukan satu pengakhiran yang baik - sebuah perkahwinan yang kekal hingga ke akhir hayat? Andai anda pernah merasa kecewa, anda patut baca tips yang saya berikan ini. Dan jika anda berfikir untuk kembali menyemarakkan rasa cinta dalam diri, tips ini juga dapat membantu.

6 Tips Untuk Kembali Bercinta


Jumpa Mee Kari kat Sini


Salam ...
Ishh ngeri lak tengok header blog ni... nak terjun mana tu cik kak? Ishhh ... jangan jangan .. layan dulu la mee kari tu ngan saya! Yer .. saya suka mee kari .. uhh terliur jap. Apa nih? Kisah kari je nih .. hahahaha.. apa nak buat .. saya memang kaki kari. Walaupun lahir kat Perak yang terkenal dengan tempoyak dan masakan berasaskan tempoyak .. tapi saya lebih terliur dengan masakan orang utara ni .. masakan kari ... yippeiiii .. sapa suka kari? Uhh ramai peminat rupanya kari ni.

Ok .. sapa suka mee kari? Hmm saya dulu semasa saya kerja dengan Abg Hadi (pemilik restoran kat Ipoh .. dulu gerai), saya selalula makan mee kari kat kedai sebelah. Kedai tu kedai cina melaka .. kira keturunan nyonya la ... fuhhh mee kari dia memang maveles la ... malah Wahid Senario pun suka .... oh ya, saja nak kabo ... Wahid benti kerja ngan Abg Hadi ... saya la masuk ganti ... hehehe... kira saya tukar tempat ngan Wahid la.

Mee kari ni kalau nak sedap .... hmm apa ehh .. kena letak benda2 yang macam bebola ikan, tauhu kering, tauhu basah ....kerang ... skit perasa udang kalau tak salah. Saya tak master lagi dalam bab mee kari ni. Sebabnya susah kot ... ntahla.

Foto: Langkahku Hilang
Dan blog ini ada MEE KARI. Ye .. mee kari dalam blog.. saya jumpa .. tengok je cam terembes je asid amilase dalam mulut ni. Adehhh ..... jom terjah blog ini dan cari mee kari yang saya cakap ni. Klik sini .... untuk cari mee kari.

Saturday, January 15, 2011

Kisah Kuat Melantak dan Tak Sembahyang

Ini bukan Samat!. Foto: Lensahasrul
Salam semua yang baru mendirikan perkahwinan.
Ini ada kisah yang nak dikongsi bersama anda - pasangan baru kahwin. Yang tak kawin pun bleh baca, sekdar humor di petang hari. Ia kisah mengenai Samat (bukan nama sebenar), yang tinggal nunnn jauh kat sana. So jom layan...

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul betul menghabiskan borehhh... Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur..esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu. Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. 

"Samat, mari kita main dam haji... " katanya kepada Samat.
"Boleh juga... " kata Samat tanpa mensyaki sesuatu. 

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat. Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi.

" Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... .agak-agaklaa... " katanya tersenyum.
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati... tapi tak apa.

Mereka bermain set kedua... Bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap... (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini... )... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... Apa lagi... . 

"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke... ? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena... .

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum ada seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan.

Blognya Nampak Islamik Tetapi Buat Saya Migrain


As-Salam,
Aduhh kenapa ada yang begini ehh? Saya jadi keliru kejap. Mana taknya .. sekali pantas saya menerjah blog ini, nampak Islamik .. mana taknya .. guna widget bercirikan Islam. Itu satu .. pastu ada gambar presiden Iran .. hmm syiah ke dia? Pastu makin dilihat satu persatu ... saya jadi semacam je.

Jarang perilaku begini saya lihat. Model seluar dalamkah dia nih? .... ohh kalau perempuan ..mungkin saya akan relaks dan buat bodo .... tu stereotaip saya .... tapi ini lelaki ... berposing dalam bilik air! Ada gambar memakai seluar dalam sahaja. 

Tajuk blog cukup menarik .. "Indah Cuma Seketika" ..... boleh menarik minat orang lain singgah ... followers blog ini juga boleh dikatakan ramai .... peminat dia ke? Mushkil dan banyak persoalan saya .... ada gambar lelaki - sangat banyak dari kebiasan blog seorang lelaki normal seperti saya. Dan posingnyer .. uhhh memang tak sesuai ditonton oleh mereka yang dibawah umur.

Aduhhh .. sekali migran kepala saya. Ada yang buat gini .... tercalar rasanya. Tapi itu hak dia (mungkin) ... dan hak dia bersuara itu mengguris hati saya sebagai seorang blogger, lelaki dan muslim. 

Apa yang nak diperjuangkan? Hak sebagai GAY? 

Saya terpanggil menulis entri ini kerana membaca entri berikut: [Tolong Jangan Menjadi Follower Blog Saya], yang ditulis oleh saudara Mazidul.

**p.s: Saya tak galakkan orang terjah blog ini .... kerana itulah saya tak berikan link. Jika kepingin lihat, singgah blog Mazidul. Terima kasih.

Friday, January 14, 2011

Blog Untuk Si Penipu yang Makan Duit Haram


Salam semua.
Ohh nyata ... banyak sekali penipuan yang dilakukan oleh penipu2 dalam dunia siber ni. Ada yang tipu sebab nak jatuhkan orang atau celebriti tertentu. Ada lak yang menipu sebab nak lariskan jualan dalam blog niaga. Ada juga yang menipu sebab nak ambik duit dari orang. Banyak kes menipu2 ni ... dalam dunia nyata ada ... dan dalam dunia siber pun ada .. malah berlambak dan menjadi2. Mentang2lah siber dianggap dunia tanpa sempadan ... maka dilenyek tak hingat dunia .. ingat semua orang bodoh kot guna internet ni.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan sebuah blog yang mengumpul dan memberikan maklumat kepada pengguna mengenai isu penipuan membabitkan pelaburan, syarikat jualan langsung, peniagaan online dan pemasaran pelbagai aras (MLM).

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pengguna boleh menyemak maklumat di dalam blog http://forumsemak.blogspot.com/ yang memaparkan pelbagai jenis penipuan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab membabitkan jutaan ringgit sehingga serendah RM20.

"Pelbagai jenis aduan penipuan yang kita terima selama ini kita kumpulkan dan paparkan di dalam blog ini seperti penipuan melalui SMS (sistem pesanan ringkas) serta online, gores dan menang, pinjaman melalui koperasi, MLM dan banyak lagi.

"Kami harap blog ini dapat beri kesedaran dan maklumat kepada orang ramai supaya tidak tertipu, sebelum buat komitmen atau menerima sebarang tawaran semak dulu contoh-contoh penipuan dalam blog ini," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran blog itu di sini.

Nadzim berkata, pihaknya yang menerima 20 hingga 30 aduan sebulan daripada orang awam yang tertipu turut menasihatkan pengguna supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang semakin licik itu.

"Mungkin disebabkan tawaran tinggi dan sesetengahnya disertakan dengan tandatangan atau gambar menteri, jadi orang mudah percaya dengan penipu-penipu yang semakin bijak ini," katanya.

Baguslah kalau dah ada yang berusaha ke arah ini. Tidak lagi bergantung kepada individu mencungkil cara keji yang dilakukan oleh ramai penipu. Saya bukan apa. Saya kadang2 marah juga bila orang suka menipu orang ni ... demi nak bagi makan anak bini (saya pun pernah gak menipu dan tertipu...). Saya faham ramai yang ingin berjaya .. ingin dapat duit banyak .. ingin kaya, tetapi gunalah cara yang baik. Mana lebih baik.... dapat duit jutaan atau dapat duit skit tapi penuh berkat.

Saya tak nak lah jadikan blog ini seperti blog AididMuaddib. Sebanya saya tak layak dan tak sehebat dia. Saya tak reti sebab saya pun dulu pernah terbabit dalam MLM dan saya juga pernah join skim piramid. Ya .. saya berani berkata sebab saya pernah di situ (berada dalam skim). Dan saya juga antara ramai merasa tertipu tapi tidaklah sampai saya nak memaki hamun. Saya redha .. ini satu ujian yang perlu saya lalui dalam hidup ...


Maaf kalau saya menyinggung perasaan. Saya pun macam anda juga ... tak suka kena singgung dan diberi kata2 sinis .. tapi benda betul tetap betul .. biarlah seboleh mana pun kita cuba tegakkan benang yang basah .. ia tetap kulai layu juga....  jangan sampai kita akan susah hati suatu hari nanti ... jangan sampai kita terfikir .. "aku dah ada income banyak .. ribu-ribu .. tapi hidup tak aman ... " hmm agaknya itulah kes yang jadi pada seorang celebriti ni yang kononnya berjaya dalam bisnes dia ... tapi takkanlah dia tak tahu yang pakai gelang tu HARAM buat orang lelaki?