Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Anak Bongsu Saya - Haseena Humaira

Ini anak saya yang bongsu - namanya Haseena Humaira. Skrang ni baru 9 bulan (agak2). Maira lahir pada bulan 29.01.2010 kat Hospital Taiping jam 3.30 pagi. Saya saja je buat entri ni sebab saya nak kongsi telatah Maira ni - kalau anda pengunjung blog lensahasrul; mesti dah sedia maklum gambar ni. So, tak ada nak tulis, tapi agak2 nak tanya ... silalah tinggalkan kat ruangan komen yer.


7 Tips Simple Untuk Menjadi Student Berjaya

Alkisahnya skrang ni .. musim berperiksa... atau examination kata seorang kawan lama. Saya pun dok blogwalking pun banyak nyer tulis entri yang ada kaitan dengan exam. Tak kiralah sipi2 ..suam2 kuku .mesti cakap pasal periksa. Banyak gak yang kasik tip untuk jawab peksa dan cara nak berjaya dalam peperiksaan - cara yang baik.

Saya laaaaaaaammaaaaaaaa dah tak beperiksa ....last sekali exam masa nak ambik lesen jual insuran. Dan nak tahu tak? peksa selepas zaman student LEBIH SENANG dari peksa masa zaman student, gamaknya sebab matang skit kot otak ni menerima maklumat, dulu jenis degil2 skit. Pastu peksa time dah tua2 ni, soalan2 pun senang2 je .. sebab agaknya orang buat soalan tahu... yang nak ambik peksa ni bukannya menelaah (perkataan paling suka masa zaman sekolah) buku-buku pun. Macam ambik lesen memandu, siap dah ada soalan spot ..buat je ..tak tahu rujuk kat belakang - macam belajar Add Math dulu.
Tips Simple Untuk Menjadi Student Berjaya Pernah menipu masa peksa? Saya? Perna…

Episod Sedih Saya (updated)

Bila saya baca pasal kanser, hati saya sedih. Anda tak sedih? Takut pun ada sebenarnya; yelah ... kalau ikut pengetahuan cetek saya, sel kanser tu ada je dalam badan ni, cuma aktif dengan tak aktif je. Risau juga. Anda tak risau ke?
Kenapa tajuk entri saya episod sedih? hmmm... sebab ia ada kaitan dengan kanser dan kematian, dengan orang2 yang saya kenal dalam hidup - kenal maksudnya, sama2 men kejar2, sama2 belajar, sama2 duk jamban yang sama.... gitulah.


Giving Hope - Nabilah

------------------------- Ini adalah servis komuniti oleh blog hasrulhassan --------------------------------------------------
Hi! I’m Nabilah,


When I was 8 years old, one day the doctor said I had cancer – Acute Myeloid Leukemia (ALL). Ever since then, I spent most of my time in the hospital. I missed playing with my sisters, little brother, neighbours and my school friends. Anyway, I would get very weak when I start to play with them.


I travelled to the hospital very frequently. My father would drive my mother and me to the Kuala Lumpur General Hospital very early in the morning so that I would able to make it for the registration to see the doctor. Being early would also allow him to drive down to Masjid Tanah, Melaka just in time for work.


Testing Bahasa Portugese

Este Blog é apenas um hobby, uma compilação de idéias e pensamentos, bem como um resumo do que eu acho interessante quando navego pelo mundo virtual. I do not pretend professionalising it and even to seek greater disclosure or be the source of reports, interviews and advertising materials, whether paid or not. Não tenho a pretensão de profissionalizá-lo e nem mesmo de buscar maiores divulgações ou ser fonte de reportagens, entrevistas e matérias publicitárias, pagas ou não.

Satu Pagi di Stesen Keretapi Parit Buntar

Dah penat baca entri, mari kita sendal gusi dengan lawak jenaka. 
Satu Pagi di Stesen Keretapi Parit Buntar (PB dinamakan untuk kesan khas)
Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter. Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa?? Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??

Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takdelah keretapi lalu sekarang kan... ? Terima kasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye...

**p.s: Moral kisah ni - Jangan lintas jalan keretapi tanpa bertanya @ jangan lintas ... bahaya!

Lelaki Haram Pakai Cincin

As-Salam.
Apa? Lelaki haram pakai cincin? Betul ke? Hmm ... tak lama lagi banyak nikah kawin, tentunya ada majlis akad nikah dan antara agenda utama adalah acara 'membatalkan' air wudhuk. Ia adalah acara yang selalu dilakukan selepas saja selesai akad dan nikah disempurnakan oleh tok kadi/ayah kepada si perempuan yang dinikahi oleh si lelaki teruna.
Ada orang buat sarung gelang, tapi rasanya tak pernah dibuat sarung gelang kaki atau lekatkan anting2 di telinga. Dan yang paling masyhur adalah menyarungkan cincin sebab ia mudah, senang dan boleh dilakukan dengan cepat. Tapi itu sarung di jari manis perempuan. Bagaimana dengan lelaki? Ada yang buat juga sarung cincin jugak ... nak sarung gelang dengan anting-anting - sah2 dah haram. Mau kena tempik dengan imam dan tok kadi nanti!
Tapi tahukah kita semua bahawa pemakaian cincin untuk lelaki adalah sebenarnya HARAM? Ya ia haram JIKA: Cincin itu cincin emas (setengah pendapat - makruh untuk cincin suasa)Cincin itu cincin berlianCincin …

Ultra Galaxy: The Movie - Best Ever !

Alkisahnya, hari ini saya dan anak-anak berpeluang menonton filem DVD - citer favourite saya dan anak-anak saya - Ultraman. Kali ini dengan citer terbaru UltraGalaxy-The Movie 2009. Saya tak pasti samada sinema kita ada buat tayangan filem ini, tapi saya pasti ramai peminat cerita dan filem ultraman akan teruja dengan filem ini.
Apa yang menarik mengenai filem ini ialah kemunculan rakyat Ultra; lebih banyak Ultraman muncul, dari bapak, mak, king semua semualah. The best ever bagi saya. Mana taknya, kalau cd biasa leh tengok sekor2 je ultraman beraksi, tapi kali ini, lebih banyak dan paling menarik adalah sejarah ultraman pun turut diceritakan dalam filem ini. Hero ultra - dari manusia sampai ke ultraman diperkenalkan - sejak dari awal ultraman. Dan saya fikir ujud juga Iblis dan Dajjal dalam filem ini - anda tengok, anda akan tahu apa maksud saya :)



Proton Saga New Facelift 2010

Proton Saga kebanggaan Malaysia ... setelah mengalami tranformasi bentuk dan enjin; kini Proton Saga (bukan merah saga lagi!) menjalani satu lagi makeup make over... new facelift untuk tahun 2010. Hebahan ini boleh dilihat menerusi laman web paultan.org - ada banyak gambar beresolusi tinggi di situ untuk anda lebih syiok tengok. Saya paparkan untuk anda sebagai satu ole2 buat semua penggemar dan pecinta (pencinta?) Proton Saga.
Lihat gambar-gambar yang telah saya sediakan ini. Anda dapat kenal pasti apa penambahanya? Kalau sebagai pengguna biasa mungkin tak perasan sangat tapi bagi penggemar automotif, mungkin boleh spot sedikit perbezaan. Untuk lebih penerangan ttg aspek tersebut, sila rujuk pakar - paultan.org. :)


8 Kaedah Seorang Muslim Tangani Stress

Kaedah seorang Muslim tangani stress. Alkisahnya, saya telahpun buat beberapa entri mengenai stress, cara dan tips untuk kawal dan kurangkan stress atau tekanan. Tapi itu entri sosial ... yelah, makan pisang, tgk dvd, senaman .. itu semua cara 'fizikal' tapi entri kali ini, saya ingin memetik dari beberapa bacaan saya tentang cara nak hadapi stress dan memastikan stress itu dapat dikawal. 
Oh ya.... sebelum tu, anda harus tahu, stress tidak boleh hilang! Dalam hidup kita, pasti akan melalui kehidupan yang stress dan penuh tekanan, cuma yang bezakannya ialah cara kita menanganinya dengan bijak agar kita tak diakhiri dengan benda yang tidak elok - contohnya bakar diri, cederakan diri sendiri atau terjun dari bangunan.
8 Kaedah Seorang Muslim Tanggani Stress Jadi, saya sertakan sedikit untuk panduan kita bersama, cara nak handle stress ini melalui kaedah kerohanian; khasnya buat seorang muslim.
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita m…

Apakah Nama Makanan Ini?

Di suatu petang; setelah saya pulang dari Pasar Malam Parit Buntar, saya telah membeli benda untuk makan sebagai supper atau pencuci mulut. Saya letakkan di atas meja makan, seketika kemudian, datang Zikri dengan senyuman manisnya berkata - "Abah, nak makan". Jadi dengan rasa riang sebab Zikri nak makan, saya pun hidangkan benda di atas.


Anugerah dari Marhaen Kacak

Alkisahnya; blog hasrulhassan baru mendapat satu lagi anugerah pemberian ikhlas daripada Marhaen Kacak. Entri mengenainya boleh dibaca di sini [Award untuk Marhaen Kacak - Terharunya]. Sesaja letak sebagai bukti bukan saya suka2 nak letak award ni. Sepintas; terima kasih  kepada Marhaen Kacak kerana menyedari kewujudan blog ini dan memberi perhatian terhadap isi kandungan yang dijaja dalam blog ini. Terima kasih sekali lagi.
Oh ya; kepada yang selalu singgah, ya... saya dah sekali lagi tukar layout. Masuk ni dah kali ke 4 saya tukar sejak menjadikan blog hasrulhassan suatu blog bicara - sebelum ini ia dikenali sebagai sebuah photo blog (yang kini diletakkan di lensahasrul.blogspot.com). Saya harap lepas ni tak tukar dah ... ... hmm .. kenapa yer?



Fakta Menarik | Mata Bayi yang Comel

As-Salam.
Seronok bila dapat bermain dengan anak-anak kecil dan bayi yang comel. Pandangan mata mereka sangat bersih dan hening. Tak nampak kelam. Semuanya penuh sinar. Tetapi tahukah anda bahawa bagaimana perkembangan mata pada si comel ini.

Pada saat lahir, bayi hanya melihat dunia dengan warna hitam, putih serta gradasi warna abu-abu (kira mcam warna abu rokok la). Bayi kecil yang baru lahir hanya boleh melihat dengan jelas pada jarak 8-12 inci atau 20-30cm saja; jadi jangan harap la anda nak tunjuk benda2 yang melebihi jarak tersebut. Itu sebab hubungan anak dan ibu sangat akrab kerana mereka sentiasa berada dalam jarak dekat. Apabila usia si comel 8-12 minggu, mata mereka mulai boleh mengikuti orang ataupun objek yang bergerak, dan kalau kita tengok si comel akan gerakkan kepalanya untuk melihat objek bergerak tersebut; walaupun saat itu dia sudah boleh menggerakkan matanya. Pada usia 2-4 bulan, so comel dah boleh menggerakkan matanya dengan tidak menggerakkan badan atau kepalanya…

18SX: Namawee Bersunat?

Anda pernah dengar nama NAMAWEE? Nama sebenar dia adalah Wee Meng Chee (Chinese: 黄明志; pinyin: Huáng​ Míng Zhì​​​​). Lahir pada 1983 di Muar, Johor. Namawee merupakan warga Malaysia berbangsa Cina Hainan. 
Namawee mula menjadi terkenal kerana kontroversi menyanyikan lagu Negaraku dengan cara dia sendiri. Ia meluas apabila ramai melihat Namawee upload video clip tersebut di YouTube. Dia dilabel sebagai menghina Malaysia dengan cara nyanyiannya. Selain lagu Negaraku .. ada banyak lagi klip video dan lagu yang digubah oleh Namawee yang menjadi kontroversi seperti Kawanku yang secara terus mengkritik kaum Cina dan Melayu menerusi lagu tersebut.

Award dari Hafidzah Hafidz

http://hafidzahhafidz.blogspot.com/


Terima kasihlah kepada pemilik blog ini yang sudi menganugerahkan award ... weihh WORLD AWARD tu .. ... syuhh syuhhh Mawi ... gi jejauh. Ingat hang je tau world2 ni .. saya pun bleh gak world2.. hehehe. Tak sangka lak leh dapat award ni sbb tak biasa (memalu kucing parsi)... sib baik la tak dalam bentuk yang tegap dan legap... lau tak tahu nak letak mana dalam umah..almari dah penuh dah.

Sapa dia ... macam mana rupa dia .. nih saya kasik tgk rupa sebenar Hafidzah Hafidz .... jeng jeng .... ehemm .... boleh jenguk blog dia untuk ketahui lebih lagi ttg dia; kat situ ada link ke facebook dia jugak. Terima kasihhhhhh yer .....



Spesifikasi Enjin Proton Waja P390 - Mivec 4B**

Alkisahnya, Proton baru P390 bakal menggunakan enjin Mitsubishi dari keluarga MIVEC 4B memang sesuatu yang tak disangka. Enjin ini merupakan enjin berkuasa dan menjadi pilihan bagi penggemar2 kereta tanahair - lebih2 lagi kalau nak tinggkat power kereta yang sedia ada - sah2 kereta Proton cth Wira dan Waja. Dari membiarkan pengguna menambah sendiri atau tukar enjin pada kereta2 Proton, maka Proton pun buat keputusan baik terus pasang je enjin ni kat kereta Waja barunya - yang ramai dok kutuk sbb bukan tempatan - haha .. tapi sendiri tak perasan yang diri itu pun tak tempatan ... :P (macam saya jugaklah kot).
Sekilas seperti gambar di atas - gambaran yang bakal anda nampak bila buka boot enjin kereta P390 nanti. Variasi enjin ini dicipta dan merupakan inovasi hasil kerjasama Mitsubishi, Hyundai and Daimler Chrysler dibawah lesen atau kumpulan Global Engine Manufacturing Alliance (GEMA). Ia merupakan enjin 'double overhead chain driven camshafts' dengan empat injap setiap sili…

Proton P390a Sedia Untuk Ditempah (Foto Updated)

Terhangat kini - Proton Waja Baru atau kod nama dia Proton P390 akan dibuka untuk tempahan! Seperti 2 postings saya terdahulu, jelas dan nampak bahawa Proton bakal mengeluarkan kereta untuk menggantikan Waja dan penampilan terbaru ini lebih sinonim dengan penampilan Mitsubishi Lancer terkini.
Gambar-gambar terbaru dan review dari laman web terkemuka PAULTAN.ORG telah mendedahkannya. Menurut Paultan.org; kereta P390 ini akan dikelaskan sebaris atas dari Proton Persona. Sungguh bertuah pihak Paultan.org dapat preview pertama dan melakukan test drive.


Menurut laman web tersebut; kereta ini akan melakukan ‘soft launched’ hari ini! (14 Oktober 2010) dan sedia untuk tempahan. Ia akan dijual dalam 3 variasi - 1.8 liter manual, a 1.8 liter CVT and a 2.0 liter CVT. Semuanya menggunakan enjin Mitsubishi dari keluarga 4B, dengan 1.8 liter menggunakan 4B10 dan 2.0 liter menggunakan 4B11.
Jadi mengapa dan kenapa Proton tidak menggunakan enjin sendiri dan rekabentuk sendiri untuk kereta Proton Wa…

Repost : Bila Sengaja Mengundang Padah!

Anda mengundang padah jika lakukan perkara seperti di atas. Mengapa harus menggadaikan nyawa yang diberi percuma oleh Tuhan? Sayang sekali, ramai antara kita masih lagi dungu dalam hal keselamatan jalanraya. Saya sendiri pernah alami satu peristiwa kehilangan seorang kenalan, juga rakan yang dilanggar disebabkan oleh kes langgar lampu isyarat merah. Kes yang menggemparkan seluruh warga Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia ini pada saya bersifat peribadi kerana saya berada di lokasi - dan alangkah berat hati saya - dengan penuh syahdu terpaksa memaklumkan berita kehilangan kepada semua rakan taulan dan sanak saudara beliau.
Dengan sebab musabab itu, pihak kampus terus melancarkan kempen Keselamatan Jalan Raya dengan menitikberatkan - Patuhi Lampu Isyarat. Saya sendiri terbabit secara langsung (tidak langsung kot!) dalam menjayakan program tersebut.
Saya masih lagi tidak faham mengapa rakyat Malaysia menjadi degil, panas baran dan tidak bertimbang-rasa bila berada di atas jalanr…

Alkisah Sedapnya Mangga

Saya saja buat entry ni sebagai nak promote blog lensa saya - LENSA HASRUL. Haha .. uhh tamak haloba sampai banyak betul buat blog! Saya saja buat blog khas untuk minat dan hobi saya dalam fotografi di tempat lain. Di situ banyak foto dan gambar berbanding di sini yang banyak merapu.

[Senda Gusi] Surat dari Anak Pak Arab

As-Salam.
Uhh saja rileks2kan minda lepas baca entry berat dan menyedihkan. Saya fikir anda juga perlu rileks... meh baca lawak ni. Agak-agak la kaya tu kan ... uhh hebat hebat....hehehehe....
Email dari seorang anak Pak Arab yang dok belajar kat Berlin dalam jurusan kedoktoran. Ringkas tapi penuh makna .. hehehee ..

Surat Dari Anak Pak Arab

Jumpa Kawan Lama - Miskhaini Sekon

Hari ini, saya bertemu dengan kawan lama - Miskhaini Sekon - satu sekolah dengan saya dari form 1-3 di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI). Saya jumpa dengan bantuan rakan saya - saudara Zadil Hayat menerusi Facebook. Alhamdulillah, lama saya mencari akhirnya dapat 'bertemu'. Terima kasih.
Photo di atas adalah foto kenangan di zaman sekolah semasa form 3.
**p.s: Satu-satunya kawan lelaki dari sekolah yang cari aku lepas SPM ... walaupun dia sekolah takat form 3.

Lagi Photo Proton Waja Lancer @ Inspira Tersebar!

Alkisah lagi gambar Proton Waja edisi terbaru dispot oleh spy2 yang semestinya ada merata-rata, lebih2 lagi untuk sesuatu yang pastinya sensasi. Saya dapat gambar ini dari satu laman web yang gambarnya dikongsi di satu forum - lowyat.net. Seperti yang digembar-gemburkan, Waja baru ini mengikut rekabentuk (setidaknya luaran) kereta Mitsubishi Lancer.
Bukan setakat itu, Waja versi Lancer ini semakin panas apabila beberapa keping Waja baru dari kilang Proton di Shah Alam juga turut tersebar. Gambar itu menunjukkan bumper depan dan bumper belakang serta sedikit interior kereta Proton Waja baru itu. Difahamkan ia dikenali sebagai Proton Inspira dan akan dikeluarkan dalam 2 versi iaitu 1.8 dan 2.0 liter. Sebelum saya paparkan gambar panas Proton Waja Lancer atau Proton Inspira ini; lihat dulu gambar Mitsubishi Lancer ini yang perghh memang cun meletup kababommm ....  harapnya jangan edisi kali ini hanya lebih kepada rupa atau facelift tetapi bergaya dari segi kualiti pengendaliannya. Denga…

Bila Pembantu Rumah Lari ....

Alkisahnya ada sorang kawan saya bernasib kurang baik, dapat pembantu rumah yang ntah apa-apa. Tak patut betullah pembantu rumah warga indon ni - bukan nak perbesarkan isu tapi ... ishh .. korang semua tahu apa yang pembantu rumah tu buat?
Begini, kawan saya ni dan isteri satu hari tu sibuk dengan meeting di sekolah, so mereka berdua jalankan tanggungjawablah kepada anak bangsa - bagi pastikan yang anak bangsa kita ini lahir bermutu kelak. Meeting punya meeting ambik masa lama - sampailah ke petang.

[Answer] Family Quiz #151 Level 4

Ini adalah jawapan bagi set kuiz #151 level 4 ... macam mana? Sama tak jawapan dengan anda? Apakah itu hipertensi (hypertension)? Tekanan darah tinggi yang berterusanAda berapa hari dalam 14 minggu enam hari? 104 hariAda berapa digitkah dalam sistem binari? DuaBerapa harikah kentang akan habis digunakan jika digunakan 12.5 kg sehari dripada 4 setengah tan kentang? 36 hariApakah simbol kimia untuk Potassium? KApakah kegunaan kiropraktor? Membetulkan tulang belakang untuk melegakan kesakitanPatagonia terletak di benua mana? Amerika Selatan