Alhamdulillah, saya dah dapat kesempatan untuk mencuba sendiri set produk penjagaan wajah dari Deeja Cosmetic ini. Ia adalah produk untuk membersih dan menyegarkan kulit wajah. Selain itu, ia juga didapati berkesan untuk membantu pemulihan kulit wajah daripada masalah kusam, jeragat, jerawat, kulit kering, lebam bawah mata, parut wajah dan juga tona kulit tak sekata.
Review - Set 5 Dalam Satu Deeja Cosmetic
Wajah saya ada masalah kekusaman dan kulit kering. Biasalah kulit lelaki ni memang selalu ada masalah macam ni. Alhamdulillah, wajah saya bebas dari jerawat, tapi ... jeragat memang ada. Mungkin sebab saya ni selalu keluar memancing tengah panas kot.Saya memang mahukan kulit wajah yang bersih daripada masalah jeragat dan kekusaman. Nak-nak lagi sejak dua menjak ni, sudah ada kesan kehitaman di bawah mata. Masalah kulit wajah kekeringan pun masih ada terutama di sekitar bawah mulut yang sering buat saya tidak selesa bila berdepan dengan orang lain.
Set 5 dalam satu Deeja Cosmetic yang saya perolehi ini mengandungi lima perkara ... err ... entiti .. err kandungan, iaitu ...
- Sabun pembersih wajah
- Toner nano
- Krim siang
- Krim malam
- Krim nano
Kalau anda follow instagram saya, tentu dah lihat beberapa gambar yang saya kongsikan mengenai produk ini, termasuklah gambar saya sedang menggunakan produk ini.
Pengalaman Menggunakan Deeja Cosmetic
Ok. Saya nak tambah sedikit info mengenai set produk penjagaan wajah 'Deeja Cosmetic - 5 dalam satu' ini.Bila anda mendapatkan set produk ini, dalam setiap kotak akan ada info padat mengenai kandungan dan bahan semulajadi yang digunakan dalam setiap produk Deeja Cosmetic. Kalau anda jenis orang yang prihatin, dan jenis skeptikal tentang kandungan produk, risalah ini memang membantu. Jadi, tak adalah dok pakai secara semborono je. Nak pakai mesti tahu apa yang dipakai .. barulah bijak .. ye tak?
Untuk cara penggunaan setiap produk, ada dinyatakan pada luar kotak. Pastikan anda baca betul-betul arahan dan peringatan yang dinyatakan. Jangan ambil mudah ye .. Deeja Cosmetic bukan produk ajaib yang anda boleh pakai main taram je ... dan terus cantik jelita. Jadi, sila rajinkan diri untuk baca arahan dan juga label. Ada sebab kenapa setiap produk ada arahan dan label tersendiri.
Produk paling saya suka dalam set Deeja Cosmetic ini ialah sabun pembersih muka dan juga krim malam.
Guna Waktu Siang
Sabun pembersih muka Deeja Cosmetic ni berwarna oren ... ehh ehh ... sebab bahan utamanya ialah lobak merah (carrot). Lobak ini digunakan sebab ia ada serat untuk sental segala kotoran pada kulit wajah. Pun begitu, anda tak terasa kasar pun bila guna sabun ni. Sabun ni juga berbau wangi sebab ia gunakan air Mawar. Air Mawar memang terkenal sebagai bahan untuk menaikkan seri wajah. Lepas tu, ada bahan susu ditambah. Ia adalah untuk melembutkan kulit wajah. Memang syok pakai .. disebabkan ia adalah untuk wajah, dan ia bersaiz comel, maka tidak tergamaklah saya nak pakai untuk sabun satu badan .. huhu. Nama pun sabun pembersih muka .. ye tak?Lepas pakai sabun pembersih muka, dah hilangkan kekotoran pada wajah ... masa untuk merawat. Toner Nano adalah untuk memberikan kelembapan pada wajah, dan juga membolehkan pori-pori kulit muka mengecil. Bila pori kulit mengecil, tu yang membuatkan rasa gebu semacam tu. Kandungan utamanya ialah air Mawar dan Aloe Vera.
Dah rawat, kulit wajah perlu dilindungi. Maka, gunakan bahan atau produk ketiga iaitu Krim Siang. Krim Siang adalah untuk melindungi kulit wajah daripada anasir yang boleh merosakkan. Ia ada kandungan SPF 50 yang tinggi. Kalau macam saya, memang sesuailah dipakai ... sebab kulit wajah saya mudah jadi gelap bila terdedah dengan panas dan sinar matahari. Bukan gelap biasa-biasa .... ni gelap sampai ada kata saya ni orang India .. haaa jangan buat memain.
Guna Waktu Malam
Orait ... 3 produk atau bahan tadi adalah untuk waktu siang. Waktu malam, kena gantikan Krim Siang dengan Krim Malam. Ia adalah dua produk dengan bahan berlainan. Untuk malam, kena pakai Krim Malam dan juga Krim Nano. Krim Siang yang ada SPF 50 tu sila simpan elok-elok. Nak tido .. buat apa nak pakai krim yang ada SPF ye tak? Malam ... matahari dah diganti dengan bulan .. hoho.Krim Malam nampak macam greasy .. err ... bila disapu pada kulit wajah .. macam ada rasa kesat-kesat sikit ... tapi bau dia sangat menyenangkan. Ia mengandungi gliserin (patutlah), AHA dan juga Vitamin E. Bahan-bahan ni adalah untuk menyediakan wajah untuk lebih tampak awet muda. Nak sentiasa rasa muda dengan wajah yang benar-benar nampak muda, Krim Malam ini memang wajib guna.
Satu lagi krim ialah Krim Nano. Ia untuk haluskan kulit. Diperbuat daripada kunyit dan minyak Jojoba. Ia dipakai waktu malam, selepas pakai Krim Malam, gunakan Krim Nano sebagai lapisan kedua.
Cara Pakai/Penggunaan Set Deeja Cosmetic
Secara amnya, nak pakai set penjagaan wajah 5 dalam satu Deeja Cosmetic:- Siang - Cuci muka dengan Sabun Pembersih Muka, pakai Toner Nano, Krim Siang
- Malam - Cuci muka dengan Sabun Pembersih Muka, pakai Toner Nano, pakai Krim Malam atau Krim Nano (jika rasa sensitif, guna Krim Malam dan Krim Nano pada minggu kedua)
Memang berbaloi pakai produk ni, sebab anda akan dapat set lengkap penjagaan wajah siang dan malam. Jadi, bila beli set penjagaan wajah Deeja Cosmetic ini, anda akan dapat 5 produk dalam satu kotak (5 dalam satu) dengan satu harga. Tak perlu susah-susah dah. Beli, bawak balik rumah, dan terus guna ikut arahan yang diberikan.
Ayu Semulajadi Dalam Masa 5 Hari
Menurut pengasas produk ni iaitu Puan Shery Ibrahim ... produk ini boleh memberikan kesan positif seawal lima hari. Memang terbukti daripada beberapa testimonial pengguna. Maka, itu yang Puan Shery Ibrahim berani letak tagline power - Keayuan Semulajadi Dalam 5 Hari. Cuba lihat wajah Puan Sheey Ibrahim yang nampak muda, cantik dan sihat ... yakin je dia dalam video di bawah ni.Di atas adalah antara testimonial pengguna awal produk ini. Ada banyak lagi testimoni pengguna set 5 dalam satu Deeja Cosmetic ini yang boleh anda lihat di Facebook dan Instagram Deeja Cosmetic.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi menerusi info diberikan di bawah ini:
Harga Set Deeja Cosmetic : RM85.00 (WM) / RM90.00 (EM)
Call/wasap : +6019 6945950
Facebook : Deeja Cosmetic HQ
Instagram : Deeja_Cosmetic_HQ
p.s: Lepas pakai dua hari .. dah kena tegur oleh isteri ... huhu... weee....
wow..menarik nih...
BalasPadamUih lelaki pun boleh guna tu yg best..huhu
BalasPadamsuka ngan sabun muka dia, wangi dan kulit pun tak berminyak lepas guna. terbaikkkk!
BalasPadamPaling best, lelaki pun boleh guna..
BalasPadamI pun guna Deeja Cosmetic, paling suka sabun dan krim siang tu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.