Pisang Meredakan Tekanan Anda

Pisang Untuk Redakan Tekanan. Saya ada belajar pasal stress management. Stress atau tekanan memang tak boleh hilang. Malah, ia sesuatu yang perlu ada di dalam hidup supaya kita boleh mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

Pun begitu, stress ini perlu ditanggani dan perlu dikawal. Tak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga hidup kita dipenuhi dengan stress yang memporak-perandakan kehidupan. Ada banyak petua, tips serta panduan untuk tanggani stress. Dan stress ada banyak jenis ... bergantung pada personaliti, gaya hidup dan juga cara berfikir.

Pisang Boleh Meredakan Tekanan Anda

Salah satu cara nak tanggani stress ialah dengan buah pisang. Tahukah anda bahawa pisang boleh redakan stress? Aha .. kalau anda rasa stress atau tertekan, pergilah cari pisang, segeralah makan pisang.
Pisang Meredakan Tekanan Anda
Tak perlu makan banyak, sebiji buah pisang pun dah cukup. Pisang yang bersaiz sederhana mampu mengeyangkan anda, ia mempunyai 105 kalori dan 14g gula bagi sebiji buah pisang. Selain bagi anda kenyang, ia juga akan meningkatkan kadar gula dalam darah anda. Pisang juga ada 30 peratus vitamin B6 yang diperlukan oleh badan dalam satu hari.

Kalau anda seorang pemain bolasepak, pemain badminton, atau apa-apa permainan yang akibatkan ada rasa stress dan tertekan, cubalah makan pisang. Dulu, masa saya jadi wakil kelab untuk team bolasepak, coach saya suruh makan pisang .. sekurang-kurangnya 2 jam sebelum permainan bermula. Jadi, bila masuk padang .... rileks2 je .. tau-tau dapat score .... hehehe.
[Baca] Stress Mengakibatkan Anda 'Burn-Out'

Bagaimana?

Bagaimana ia membantu redakan stress atau tekanan? Vitamin B6 yang ada pada pisang akan membantu otak anda untuk rembeskan serotonin, sejenis hormon yang membolehkan anda melalui krisis dengan tenang. So, kalau anda rasakan diri anda selalu tertekan ....jgn lupa ... sediakan pisang sebelum stress melanda!

Hmm...  ada satu lagi tips untuk kurangkan stress - luangkan masa anda dengan berjalan-jalan, membaca majalah atau menonton DVD. Anda hanya perlukan 10 minit sahaja setiap hari untuk mengurangkan stress dalam diri.
[Baca] Tawaran Separuh Harga Agoda Sempena Cuti Sekolah
Cubalah.

{ 8 comments.. read them below or add one }

BLADE EDGE BLADE EDGE October 21, 2010
salam...

kalo goreng pisang, kira boleh jugak ke??
hasrul hassan hasrul hassan October 21, 2010
Aiseh... pisang goreng dah lain dah .. abis dah vitamin dilarut dalam minyak dan air semasa basuh pisang.
AnonymousAnonymous October 13, 2016
Memang betul .. sebab tu orang tua2 suka bagi jemaah Jumaat makan pisang agar tenang mendengar khutbah.
Vinnity Vinnity October 15, 2016
pasni kalau stress je makan pisang. kene beli stok pisang banyak2 ni :D
reezluv reezluv October 17, 2016
mcm dah lama plak tak makan pisang..memang sedap
TELEKUNGMUSLEEMA TELEKUNGMUSLEEMA October 18, 2016
comel nya pisang tu makan sedap, buat kuih sedap tapi gula tinggikan?
emalin mohd emalin mohd October 18, 2016
Pisang dapat beri tenaga instant. Kira eloklah pisang ni untuk sarapan.
Mustafa Zain Mustafa Zain October 25, 2016
Oh ternyata pisang boleh redakan stress.
Baru tahu aku.
Terimakasih tips nya :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.