Bagi saya, budu ni sesuai dimakan waktu poket kering. Ia mudah dibuat, lepas tu senang disesuaikan dengan lauk lain, contohnya ikan goreng, ikan panggang, ayam atau daging. Memang menyelerakan. Ada pula ulam-ulaman yang menjadi pelengkap untuk dicicah bersama budu.
Kelebihan Makan Budu
Kalau ikut apa dikatakan oleh Ai - Budu ialah sos perasa tradisional dari Pantai Timur Malaysia (Kelantan, Terengganu) dan Selatan Thailand, dibuat daripada ikan bilis yang diperam (ditapai) bersama garam, gula Melaka dan asam jawa selama berbulan-bulan, menghasilkan perisa masin umami yang kaya, biasanya dimakan bersama ulam-ulaman, nasi, atau dicampur bahan lain seperti bawang dan limau nipis untuk jadi lebih sedap.
Budu - kira pencolek atau pencicah yang memang best. Memang makanan penuh selera di pantai timur. Kalau tanya orang dari sana, kalau tak makan budu ... uhh leh buang negeri gitu .. hahahaha... sedap bila ada asam limau, perah skit ... melazatkan, kira nanti ada rasa masam2 masin ... nak lagi best .. tambah cili api .. perghh terbaekkk!!
Budu ini kaya probiotik, Vitamin B12, dan antioksidan, tetapi tinggi kandungan garam, jadi perlu dimakan secara bersederhana.
5 Sebab Kenapa Anda Harus Cuba Makan Budu
Pertama: Awet muda
Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat mengatakan unsure ganestin dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas dan dipercayai boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah barah payu dara.Malah, turut berkesan sebagai agen mencerahkan kulit. Itu sebab ramai wanita Melayu dari Pantai Timur dan selatan Thai berkulit cantik dan cerah.
Kedua: Elak kanser
Kajian pakar pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya termasuk menghalang kanser.Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno".
Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan.
Ketiga: Turunkan kadar kolestrol
Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan.
Tengok balik, wanita-wanita Kelantan, Terengganu, Selatan Thai dan sebahagian orang Pahang yang makan budu ni kan ke slim-slim dan mempunyai bentuk badan yang menawan!
Keempat: Cegah cirit birit
Budu berpotensi mencegah cirit birit. Juga mampu menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan lain-lain pada peringkat lebih awal.Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.
Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.
Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.
Kelima: Meningkatkan kecerdasan otak
Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar dan mempertingkatkan IQ kerana ia meransang sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.Juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menyebabkan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Gambar dan Sumber info: Kosmo
Gambar dan Sumber info: Kosmo


Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.