Bertudung atau memakai tudung adalah syariat dalam Islam. Buat seorang Muslimah, dengan memakai tudung, dia menunaikan tanggungjawab menjaga auratnya iaitu rambut. Rambut adalah mahkota seorang wanita dan ia adalah aurat seorang Muslimah.

Bila disebut ia adalah mahkota seorang wanita, logiknya adalah wajar untuk menjaga sebaiknya. Hanya layak ditatapi oleh mereka yang istimewa sahaja dalam hubungan halal seorang wanita Islam.

Bertudung Menjadi Elemen Dalam Fesyen

Tips Memilih Tudung Mengikut Bentuk Wajah
Photo by malbus pak on Unsplash

Bertudung adalah cara untuk menjaga aurat rambut dari menjadi dosa serta mengelakkan fitnah. Kini, bertudung sudah menjadi satu elemen dalam fesyen masakini, khusus untuk wanita Muslimah.

Apabila ia menjadi sebahagian daripada fesyen, tentu sekali tudung itu muncul dalam pelbagai corak, dan cara pemakaian.

Tiada salah bercorak, warna mahupun cara memakainya, asalkan ia menepati syarak - iaitu menutupi rambut  sebaiknya.

Alhamdulillah, semakin ramai gadis dan wanita bersedia memakai tudung untuk menutup mahkota mereka. Walaupun ada yang memakainya sekadar memenuhi kehendak fesyen, tetapi ia satu permulaan yang baik untuk menjadi seorang Muslimah yang baik.

Seperti kata hikmah, hidayah itu perlu dicari untuk diberi. Pun begiitu, hidayah itu kekal tetap milik Allah.

Aurat itu wajib dijaga, ditutup! Fesyen pula adalah perkara harus dalam Islam.

Tips Memilih Tudung Ikut Raut dan Bentuk Wajah

Cara Pilih Tudung Sesuai Wajah

Bagi anda yang ingin berfesyen dalam bertudung, saya kongsikan beberapa tips dan panduan untuk diikuti dalam memastikan bertudung itu elok molek mengikut bentuk dan raut wajah. Yang pasti ia tidak tersasar daripada sebab sebenar untuk bertudung - menutupi rambut, mahkota seorang wanita.

Muka Bujur

Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.

Muka Berpetak

Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. 

Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

Sesuai Tudung Ikut Bentuk Wajah

Muka Panjang

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.

Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Muka Segi Tiga

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang.

Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur.
 
Tips Pemakaian Tudung Sesuai Raut Wajah

Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Muka Bulat

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.

Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

Simpan Tudung Pelbagai Sebagai Hobi


Disebabkan fesyen, ada di kalangan wanita yang menjadikan memiliki pelbagai jenis tudung, corak tudung mahupun warna sebagai salah satu hobi. Dengan kata lain, hobi mengumpul tudung.

Mengapa saya katakan hobi? Sebab ada tudung yang dibeli atau dimiliki hanya dipakai sekali sekala malah ada yang dijadikan koleksi kerana jenama yang ada pada tudung tersebut.

Mungkin terapi psikologi bagi mereka. Rasa tenang bila tiba saat untuk mengayakan sesuatu fesyen, sudah tersedia tudung yang bersesuaian dari segi warna dan corak. Tidak mampu menyalahkan kerana hobi ini milik individu.

Cumanya, janganlah sampai ke tahap pembaziran kerana wajibnya tudung itu hanya bila dipakai bukan membeli .....

Sumber: Remaja

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Test sistem komen untuk tengok sistem komen baharu blogger berfungsi sepatutnya ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama
PENAFIAN (DISCLAIMER)

Konten ini adalah pendapat serta perkongsian peribadi penerbit berdasarkan pengetahuan, pengalaman, serta dari sumber dipercayai. Sebarang persamaan mahupun percanggahan adalah secara kebetulan.

Sila rujuk Disclaimer untuk penafian penuh.