Sebagai ibu bapa, takwim atau jadual persekolahan adalah satu rujukan yang penting bagi memastikan anak-anak mengikuti persekolahan, terutama sekali di waktu negara masih lagi berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19. Apatah lagi, sesi persekolahan sekarang melibatkan dua kategori iaitu persekolahan secara bersemuka dan juga secara maya atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Adalah penting, ibu bapa cakna mengenai jadual persekolahan ini bagi memantau anak-anak terutama sekali bagi murid dan pelajar yang perlu mengikutinya secara PdPR. Jika tidak, anak-anak mungkin akan ketinggalan di dalam pelajaran. Ia satu norma baharu kehidupan sepanjangan pandemik Covid-19 ini.

Takwim atau Jadual Persekolahan Seluruh Malaysia Sesi 2022/2023

Saya telah mendapatkan info dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai jadual rasmi persekolahan sesi 2022/2023 untuk kemudahan dan rujukan bersama. Semoga ia dapat dimanfaatkan oleh semua, insya-Allah.

Berikut adalah takwim atau jadual persekolahan bagi semua negeri di Malaysia untuk tahun 2022/2023:

Takwim Jadual Persekolahan 2022-2023

Takwim Jadual Persekolahan 2022-2023

Berikut pula adalah jadual cuti persekolahan sempena perayaan untuk sesi persekolahan 2022/2023 bagi seluruh Malaysia:

Jadual Cuti Persekolahan 2022-2023

Jadual rasmi ini juga boleh dimuat-turun di sini - https://www.moe.gov.my/muat-turun/takwim/takwim-persekolahan/4771-kalendar-akademik-tahun-2022-2023

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Rasa kekok dah plak sebab budak-budak baru nak naik darjah.. apa nak buat semuanya ketentuan Allah.. nak kata peredaran zaman pun tak.. sampai bila nak macam ni pun tak tau la.. moga anak-anak sentiasa dilindungi Allah..

    BalasPadam
  2. yang ada ni ntah boleh guna pakai lagi ke tak ntah.. harapnya takde perubahan lagi la.. mak dah penat hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadual ni memang diguna-pakai, cuma yang bezanya ialah samada anak kita tu dalam kelas bersemuka atau dlam PdPR. Jadi, jadual ini boleh bantu kita untuk tgk samada anak kita 'pergi' sekolah atau tidak ikut jadual spt dinyatakan.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement