Tahun 2021 telahpun berlalu. Banyak perkara berlaku sepanjang tahun tersebut walaupun ada di antara kita terpaksa menghabiskan kebanyakkan masa di rumah. Seperti semua maklum, wabak pandemik Covid-19 masih lagi belum reda malah telah muncul pelbagai varian baru, antaranya Delta, Omicron, dan paling terbaru IHU (sehingga post ini ditulis).

Sejak wabak ini melanda, trafik blog ini sedikit sebanyak mendapat tempiasnya. Terdapat penurunan yang sememangnya dijangka. Namun, ada beberapa post yang berjaya melonjakkan nilai Pageviews (PV). Antaranya post berkaitan kesihatan, DoItYourself (DIY) dan beberapa maklumat berkaitan bantuan kewangan - terutama berkaitan banjir dan bencana.

Jumlah Trafik (Pageviews) Untuk Tahun 2021

Jumlah Pageviews Blog HasrulHassan - 37 Juta

Sejujurnya, saya sudah kurang aktif menulis blog sejak bermulanya Covid-19 ini. Mood saya makin 'ke laut' bilamana pihak Facebook anggap post dari blog ini merupakan post spam. Banyak artikel blog ini disekat di Facebook termasuklah artikel atau post yang pernah viral dan memanfaatkan ramai pembaca sebelum ini.

Apa boleh buat, setelah beberapa kali berusaha dan mencuba untuk menyahkan masalah konten dianggap spam, pihak Facebook masih lagi belum membenarkan blog ini dikongsi di platform tersebut.

Akur. Dan pada masa yang sama, sedikit sebanyak memberikan kesan kepada saya untuk menulis dan menerbitkan artikel baharu.

2020 - Blog Kurang Menerima Trafik

Maka, disebabkan kekurangan artikel baharu, blog saya agak kurang menerima trafik terutama pada tahun 2020. Sangat kurang sehingga saya segan nak berkongsi .. hahaha... boleh macam tu?

Okey.

Untuk keseluruhan tahun 2021, blog ini telah menerima kurang daripada 2 juta pageviews, sepertimana pernah diperoleh sebelum ini iaitu sebelum datangnya wabak Covid-19 dan sebelum blog ini kena banned oleh Facebook.

Berikut adalah jumlah trafik untuk tahun 2021 - 1.9 juta PV daripada 1.4 sesi melibatkan 850,000 pengguna.

Pageview HasrulHassan.com 2021

Data diatas adalah cerapan menerusi Google Analytics. Daripada apa yang boleh anda lihat, hampir 70 peratus pembaca adalah pembaca baharu, dan bukannya daripada pembaca sedia ada. Ini membuktikan, blog banyak menerima kunjungan hasil artikel-artikel lama yang evergreen.

Demografi Pembaca Blog HasrulHassan.com

Untuk pengetahun, blog ini telah pun menjangkau lebih 37 juta PV sejak ia mula-mula diterbitkan pada tahun 2010. Iaitu lebih kurang 2 tahun selepas saya mula menulis blog menerusi platform percuma blogspot.

Saya harap tahun 2022 akan memberikan lebih banyak kekuatan kepada saya untuk terus menulis, di sebalik hobi baru yang ada sekarang .. huhu...

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan pembaca yang masih ke blog ini untuk membaca dan komen. Jika ada khilaf, saya mohon maaf dan semoga Allah memberkati apa jua perkongsian baik yang ada di dalam blog ini sejak 2010.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kami dah kenal lama dengan blog tuan sejak 2010 lagi. Start dari situ dah selalu masuk ke sini membaca entri-entri terbaru. Hobi kami juga menulis artike-artikel baharu khususnya artikel teknologi.

    ReplyDelete
  2. Tahun ni saya aktif semula tapi sedih sejak Mac pagewview drop banyak. Tak tau kenapa. Sebelum ni walau tak aktif ada lah juga 60k sebulan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement