Samada sedar atau tidak, kes kecurian dan kehilangan kenderaan bermotor memang sering berlaku saban hari. Tapi kes yang dilapor ke pihak berwajib, hanya tinggal kes sahaja. Tiada penyelesaian jelas atau muktamad.

Kalau ada pun, sedar-sedar kereta sudah barai menjadi besi buruk atau hanya ditemui rangka motorsikal di dalam sungai. Sedih. Rugi. Itulah yang berlaku pada mereka yang merasai kes kecurian seperti ini.

Alkisah Y15 Yang Hilang Ditemui Kembali Dengan Bantuan GPS


Dalam hal kecurian kenderaan ini, pastinya yang kerap dipersalahkan ialah tuan punya kenderaan. Biasa, jika dilaporkan kehilangan kenderaan, tuan punya akan dianggap tidak berhati-hati dan culas dalam memberikan perhatian ke atas keselamatan kenderaan terutama sekali motorsikal.

Walhal, kesedaran mengenainya rasanya telah meningkat saban tahun. Ramai sahaja pengguna dan pemilik kenderaan yang memasang pelbagai ciri keselamatan pada kenderaan masing-masing.

Benda masih hakmilik bank, siapa tak sayang ye tak? Lagi dah jadi milik .. mestilah sayangnya lebih 100%.

Saya sendiri pernah menghabiskan ribuan ringgit untuk tingkatkan ciri keselamatan kereta Proton Wira 1.5M saya. Beli kunci streng la, beli besi penghalang di pintulah, pasang sistem itulah, inilah ... ishh macam-macamlah untuk elakkan kereta kesayangan daripada dicuri.


Tapi itulah, benda nak jadi ... jadi juga walaupun macam-macam kita ikhtiarkan.

Saya punya takut hilang Proton Wira saya tu sampaikan terbawak ke dalam mimpilah. Ntah berapa kali dok mimpi kereta kesayangan kena rembat orang tidak bertanggungjawab yang bijak mengambil kesempatan atas kealpaan.

Kawan saya sendiri pernah hilang Toyota Hilux. Bukan sebab tidak berhati-hati tetapi dibawa lari oleh penyewa kenderaan beliau. Memang tidak disangka. Buat laporan polis, siap dengan butiran penyewa (pencuri) tetapi sehingga sekarang tiada khabar berita.

[Dah Baca?] Jangan Panik Jika Kenderaan Anda Hilang!

Ok .. berbalik pada tajuk cerita ..

Dalam post ini, saya nak kongsikan satu luahan kisah benar dari seorang pemilik motorsikal Y15. Pemiliknya adalah seorang pelajar peremmpuan. Nak dijadikan cerita, motorsikal kesayangan dirembat orang ketika dia pulang ke kampung selepas kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, alhamdulillah, dengan pertolongan Allah S.W.T, motorsikal yang dicuri orang akhirnya dijumpai .. tetapi panjanglah kisah sehinggalah ke penemuan Y15 tersayang.

Kisah Benar Y15 Hilang Ditemui Kembali Dengan Adanya Stopanik GPS Tracker

Jom selusuri kisah beliau ini ...

Nak dijadikan cerita harini, aku nak share sikit mimpi ngeri yang bukan mimpi, tapi ia betul-betul terjadi di mana motor aku hilang pagi-pagi buta weh!..nangisss..T_T biasalah perempuan..

Kisah ni aku lalui sendiri tahun lepas (2020) di mana aku kehilangan motor aku. Sebelum tu aku ni student lagi, belajar dekat UPM dan seorang atlet. Jadi aku ni memang selalu pergi kelas, pergi training naik motor untuk senangkan hidup aku dekat universiti.

Nak dijadikan cerita TIBA-TIBA PKP pulak Malaysia ni sebab Covid-19!

Jadi semua aktiviti dekat universiti dihentikan dan terperangkaplah aku dekat kolej sebab tak dibenarkan pulang. Motor aku tu aku baru je beli bulan 1 tahun lepas jadi aku sayang, aku jaga elok, lap bukan main licin tak nak ade kotor sikit pun yelah satu-satunya harta untuk aku susah senang masa study.

Pendekkan cerita, kerajaan bagi balik rumah tapi tidak dibenarkan balik naik motor dan terpaksalah aku tinggal motor dekat kolej.

Tapi memang tidaklah aku nak tinggalkan motor aku tu kan, sebolehnya aku nak bawak balik, ada cuba nak towing naik 4x4 tapi harga dia mahal sebab rumah aku dekat johor jadi dari UPM Serdang nak bawa balik tu memakan kos. Terpaksalah aku serahkan motor aku dekat jurulatih aku untuk jagakan sepanjang aku berada di rumah.

Y15 Telefon Pepagi Buta

Bermulalah kisah ngeri aku ni pada pagi jumaat 5/6/2020 pukul 3 pagi macam tu.

Aku silent handphone dan biasanya aku letak je sebelah telinga sebelum aku tidur. Aku tersedar banyak panggilan masuk tapi aku tak bangun sampailah terdetik dekat otak aku ni siapa pulak nak talipon pagi-pagi buta kan?

Terus aku tengok rupanya motor aku call! Haaa!! Tak fikir apa dah terus aku buka map tengok motor aku sedang bergerak ke suatu kawasan ni. Aku pun call laa jurulatih aku tu, sampailah dia angkat dan aku tanya..
“coach dekat mana? Ada pergi mana-mana ke naik motor saya sekarang..?”

Terus jurulatih aku keluar nak tengok keberadaan motor aku tu.

“Sah!! Memang tak ada! Pagar rumah kene pecah! Mangga terburai! Mangga lock disc motor aku pun pecah! Motor pon tak ada!” Jurulatih aku terus buat report kat Balai Polis Kajang yang motor aku hilang apa semua dan pada masa yang sama aku cakap motor aku waktu tu ada dekat kawasan Penjara Kajang di sebuah rumah.

Dekat stopanik gps tracker tu ada function untuk matikan enjin dari handphone, tapi masa aku send command untuk off engine GPS tu dah mati, jadi aku syak pencuri dah belek-belek motor aku tu sampai dia perasan ada GPS kot dalam body motor sebab itulah kali terakhir aku dapat trace motor aku tu.


Pendekkan cerita, aku tak tidur sejak dapat panggilan dari motor aku hilang tu sampailah motor aku jumpa balik. Macam-macam perasaan ada, makan tak lalu dah. Pagi jumaat dalam pkul 8 macam tu stopanik tribe ada call tanya berkenaan motor aku ni lah, sangat respect dengan dorang ni sebab jaga customer baik gila.

Tapi yang mengecewakan aku pulak polis yang incharge kes aku ni tak gerak cari motor aku pun lepas report even aku dah bagitahu location terakhir motor aku waktu tu, jadi jurulatih aku panggil kawan-kawan dia yang lain join untuk cari motor aku tu bersama-sama stopanik tribe dekat area penjara kajang tu.

Aku hantar alamat rumah yang menunjukkan lokasi terakhir motor aku tu berhenti tapi tak ada jumpa. Cuma dapat jumpa nombor plate motor aku separuh berdekatan kawasan penjara tu. Tak ada jalan lain dah melainkan masuk dalam penjara kajang tu je jalan yang ada.

Aku bahasakan jurulatih dan kawannya yang lain ni “geng power” lah ye.

Pendekkan cerita lagi, Geng power ni perasan ada cctv dekat depan penjara tu dan adalah juga minta tolong orang dalam penjara untuk check cctv tu. Syukurlah ada juga yang sudi bantu. Macam tak percaya weh memang ada kelibat motor aku masuk ke dalam penjara kajang tu. Kau rasa?! Aku tak cakap orang penjara ni buat kerja terkutuk ye, tapi memang terbukti ada warga penjara kajang tu yang buat kerja kotor ni!

Dekat cctv tu geng power ni dapat detect ada muka yang memang dikenali, ya muka orang yang bekerja dalam penjara kajang tu.

Dipendekkan lagi cerita, aku minta geng power buat report polis settlekan cara adil ikut undang-undang. Geng power ni jugak minta sesiapa yang kenal pencuri tu untuk pulangkan motor aku tu pada hari sabtu 9 malam tapi suspek tak muncul-muncul. Lepas tu geng power ni bagitahu, pencuri tu tinggalkan motor senyap-senyap je depan penjara sebelum hilang tanpa dikesan dan aku tak tahu ape ceritanya lepas tu sebab dah jadi kes polis.

Satu perkaralah aku memang tak puas hati sampai sekarang dengan Sarjan yang incharge kes aku tu tak report apa-apa berita langsung dekat aku apa jadi dengan pencuri tu, bila aku call jawapan dia “sedang dalam siasatan sebab pencuri dalam buruan polis” aku memang geram! Tapi sebab motor aku dah dapat aku nak lebih-lebih pun aku ni cuma student, rakyat bawah kaki orang atasan, apa aku boleh buat? Aku memang syak yang pencuri tu selamat dan sihat walafiat je dekat tempat kerja tu sampai lah ke saat ni. Wallahualam. Apa pulak korang rasa?

Motor aku yang dikembalikan tu T-fork (handle) dia dah bengkok dan rosak, cable kunci pon dah kene potong, hidupkan engine pon guna suis hitam merah (bypass) dan gps pon dah kene buang kemana tak dapat di kesan. Tapi Alhamdulillah, jumpa balik dengan kesayangan aku dan hidup bahagia sampai saat ini. Oh ya gais, motor aku tu Ysuku sebab tulah orang rembat. Hati-hati para pengguna kenderaan hot di Malaysia ya!


Jadi aku nak pesanlah terutama kaum wanita tak kira kenderaan jenis apa pun kalau betul sayang, laburlah sikit pasang Stopanik GPS Tracker ni, in sha Allah kita usaha kita ihktiar untuk keselamatan harta kita.

Yang rajin modified motor / kereta cantik-cantik tu fikir-fikirkanlah kebarangkalian motor /kereta korang juga boleh hilang dengan sekelip mata kalau tak pasang penjejak.

Bukan nak kata aku serahkan semunya pada GPS ni tapi kesedaran untuk kita sama-sama ihktiar menjaga keselamatan harta kita In sha Allah. Stopanik GPS Tracker adalah pilihan yang bijak.

Semoga bermanfaat.

Oh ya, kalau pasang Stopanik GPS Tracker ni, even orang sentuh atau ada gegaran pada kenderaan tanpa pengetahuan, kita akan dapat panggilan dari kenderaan kita tu. Jadi sempatlah kalau nak pergi jenguk kenderaan kita bila dia call.

Seronok tau! Terima kasih sudi baca.



2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Menarik alat ni.nak try la usha2
    mmg tak tenang hidup kalau moto or kereta hilang
    geram lak bila baca yang pencuri tu masih selamat tak kena tindakan pape

    BalasPadam
  2. bagus alat ni, kena pasang satu dekat motor ni, jemput baca ya aqiqah online , Air cargo Malaysia , tips kurus

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement