Salah satu cara untuk menggandakan wang simpanan adalah dengan memasukkannya ke dalam pelaburan. Antara banyak jenis pelaburan yang ada di Malaysia, paling popular ialah pelaburan saham.

Biasanya pelaburan saham adalah untuk jangka masa panjang. Kadar keuntungan pula berkadaran dengan jumlah pelaburan yang dibuat serta tempoh melakukan pelaburan tersebut.

Ramai orang ingin melaburkan wang ke dalam satu pelaburan yang menguntungkan. Tak pernah pun yang gunakan duit untuk melabur ke dalam satu pelaburan yang membawa kerugian.

Walaupun tujuannya dah jelas nak menjana keuntungan, tetapi masih ada juga yang gagal dan mendapat kerugian.

Antara sebabnya ialah kekurangan ilmu berkaitan pelaburan.

13 Istilah Penting Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pelaburan Saham

Panduan Pelaburan Saham

Salah satu ilmu pelaburan penting ialah mengenali istilah-istilah yang digunakan di dalam pelaburan, terutama sekali pelaburan saham. Istilah penting untuk difahami agar tahu kedudukan saham pelaburan anda selain mengelakkan anda daripada rugi.

Dalam post kali ini, saya akan kongsikan beberapa istilah penting yang kerap digunakan untuk pelaburan saham.


Semua istilah inilah yang bakal anda dengari seumur hidup anda setelah anda membuat keputusan untuk menjadi seorang pelabur saham!

Okay ...

Selepas anda mendaftar akaun CDS, pastinya anda sangat bersemangat untuk memulakan pelaburan saham di platform saham pilihan anda..

Tapi..

Buy dan Sell - Istilah Pelaburan Diketahui Ramai

Panduan Pelaburan Saham

Bila anda mula terjun ke pelaburan saham ini, anda mula terpinga-pinga mendengar pelbagai istilah-istilah pelik yang diungkapkan oleh pelabur saham yang lain..Jika anda rasa pelaburan saham ini hanya ada 2 perkataan "BUY" dan "SELL", pastinya anda silap besar kerana banyak istilah-istilah yang digunakan dalam pelaburan saham untuk menggambarkan pasaran saham semasa dan sebagainya.

Sekali lagi, diperingatkan, istilah-istilah ini sangat penting untuk difahami jika anda benar-benar mahu melabur dalam saham kerana kesilapan memahaminya mungkin membuatkan anda alami kerugian!

Istilah-Istilah Penting Mengenai Pelaburan Saham

Berikut antara 13 istilah penting yang perlu anda tahu dalam pelaburan saham menurut ISaham.my:

  1. Bullish - Prestasi pasaran saham dalam keadaan menaik (indeks hijau-belian)
  2. Bearish - Prestasi pasaran saham dalam keadaan menurun (indeks merah-jualan)
  3. Uptrend - Harga saham dalam keadaan menaik (untuk jangkamasa pendek/panjang/sederhana)
  4. Downtrend - Harga saham dalam keadaan menurun (untuk jangkamasa pendek/panjang/sederhana)
  5. Sideway - Harga saham dalam keadaan mendatar (untuk jangkamasa pendek/panjang/sederhana)
  6. Support - Paras saham yang dikatakan sukar untuk teruskan penurunan. Harga akan terus menurun jika paras ini ditembusi.
  7. Resistance - Paras saham yang dikatakn sukar untuk teruskan kenaikan. Harga akan terus naik jika paras ini ditembusi.
  8. Gap Up - Harga dibuka lebih tinggi berbanding harga penutup semalam
  9. Gap Down - Harga dibuka lebih rendah berbanding harga penutup semalam
  10. Q Buy - Masukkan pesanan untuk membeli
  11. Q Sell - Masukkan pesanan untuk menjual
  12. SELL/Exit - Jual Saham
  13. BUY/Entry - Membeli Saham

Sebenarnya banyak lagi istilah yang perlu anda tahu, cuma dengan memahami 13 istilah asas di atas, sudah cukup untuk anda memulakan pelaburan saham anda dengan lebih bijak dengan ilmu pelaburan yang betul.

Nak belajar lebih lanjut berkenaan dengan pelaburan saham sebenar?

Klik butang di bawah untuk mengetahuinya:


Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement