bisnes shopee
Best kan dapat bercuti di hotel yang ada kolam mandi dalam bilik? Kat Malaysia ni, ada beberapa hotel mahupun chalet yang menyediakan kolam mandi dalam atau berdekatan dengan bilik tidur. Tetapi yang paling popular dan diketahui ramai adalah rangkaian Hotel Lexis yang ada di Malaysia.

Hotel Lexis di Malaysia memang dikenali mempunyai kolam mandi dalam bilik. Antara hotel dalam rangkaian ini yang mempunyai kemudahan kolam mandi dalam bilik ialah Grand Lexis Port Dickson, Lexis Hibiscus Port Dickson dan Lexis Suites Penang. Satu lagi hotel dalam rangkaian ini ialah Lexis Port Dickson.

Bestnya Dapat Menginap di Hotel Yang Ada Kolam Peribadi Dalam Bilik

Lexis Suites Penang

Saya dan keluarga pertama kali kenal dengan hotel Lexis ni bila isteri saya pernah mengajak kami sekeluarga menginap di Hotel Lexis Port Dickson. Waktu tu, isteri saya terlibat dengan satu kursus di Port Dickson. Kami tak tahu pun yang depan tower hotel ini ada chalet atas air yang punyai kolam mandi dalam bilik.

Lepas dah tahu, tengok rate yang dikenakan .. uhh .. memang jauh daripada kemampuan sayalah. Waktu tu, mampu untuk mengidam jelah .. huhu

Waktu tu, bila dapat tahu ada hotel yang ada kolam mandi peribadi dalam bilik, rasa macam ... uhh perghhh ... kategori hotel mewah giler ni. Lambat lagi la nak merasa duduk bilik hotel yang ada kolam mandi/renang peribadi. Uhh best best ..


Termakbul Dapat Menginap di Hotel Yang Ada Kolam Dalam Bilik

Allah mendengar doa dan keinginan hambaNya. Entah macamana, kami dapat tahu yang Lexis ada buat hotel baharu di Penang. Dan hotel yang saya maksudkan ialah Hotel Lexis Suites yang terletak di Batu Maung, Pulau Pinang.

Menerusi tempahan di Traveloka dan Agoda, kami sekeluarga dah merasa beberapa kali menginap di Hotel Lexis Suites ini. Ia hotel penginapan yang menyediakan kolam mandi peribadi dalam bilik!.

Hotel Lexis Suites Penang
Hotel Lexis Suites Penang



Memang seronok. Dah la waktu tu harga penginapan memang murah. Bayangkan harga penginapan ketika itu boleh dapat bawah RM300 untuk semalam - lengkap dengan sarapan percuma!. Yelah, biasanya harga penginapan di Lexis Suites amnya dalam RM400 ke atas.

Bilik memang luas, dua katil Queen kot. Ada TV skrin leper yang terbina dalam. Ada bath tub, ada ruang khas untuk persalinan baju. Ada bilik sauna. Malah, bilik mandi dan tandas juga berasingan. Best kan?

Jika nak tahu macamana rupa bilik hotel ni, boleh check di Agoda (klik).

Kalau nak baca cerita dan pengalaman saya sekeluarga menginap di Lexis Suites Penang, boleh cuba try kekotak Search yang disediakan dalam blog ini, atau terus klik link ini - Cerita Pasal Lexis Penang.



Sejak kami sekeluarga kenal dengan Lexis Suites Penang, saya dan keluarga telah beberapa kali menginap di hotel bertaraf bintang ini. Alhamdulillah, saya dah berkesempatan bawa emak saya dan ahli-ahli keluarga yang lain menginap di hotel ini. Atau setidaknya merasa mandi di kolam peribadi dalam bilik.


Biasanya kami akan menginap di hotel ini waktu hujung tahun, waktu cuti sekolah. Tempahan pula akan dibuat beberapa bulan lebih awal bagi mendapatkan harga lebih murah, terutama apabila ada diskaun khas disediakan di Agoda mahupun Traveloka.

Malah, kami pernah menginap waktu bulan Ramadan. Sahur dan berbuka puasa di Lexis Suites Penang.

Kat hotel ini lah tempat anak-anak saya belajar berenang sendiri, termasuklah anak bongsu saya. Alhamdulillah, kesemua anak-anak saya (tidak termasuk si kecil), boleh berenang (asasnya).

Jika anda nak merasa menginap di hotel yang bertaraf bintang seperti Lexis Suites Penang ini, cubalah lihat promosi yang ada di laman web tempahan hotel online seperti Agoda, Traveloka, Booking.com,

Syok Mandi Kolam Private di Hotel Lexis Suites Penang



Syok Mandi Kolam Private di Hotel Lexis Suites Penang
Syok Mandi Kolam Private di Hotel Lexis Suites Penang
Syok Mandi Kolam Private di Hotel Lexis Suites Penang


9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. bestnya anak2 dapat mandi kolam..wah..cantik jugak la hotel tu. menarik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cantik. Sampai2 je dihidangkan dengan jus .. best best ..hehe

      Delete
  2. memang rasa orang kaya dan golongan elit la kalau macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pasti, tapi ramai je datang bawak toto, bantal .... sbb bilik besar.

      Delete
  3. Rezeki dibawa anak2 ke Lexis Hibiscus dan Grand Lexis PD. Puas berendam dalam pool.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya .. puas sampai tgh malam pun boleh .. ekekeke...

      Delete
  4. Bestnya! Lama tak bawa anak anak dok hotel & mandi kolam. Cepat laa berlalu Covid ni...

    ReplyDelete
  5. Wahh bestnye..anytime ni blh terjun kolam..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Panduan Shopee

Free iPhone 12 Pro