Giveaway Blogger Merdeka telah pun tamat. Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi menyertai giveaway ini. Giveaway ini menawarkan hadiah berupa wang tunai dan juga template premium blogspot yang bernilai USD19 di EnvatoMarket.

Tempoh giveaway bermula dari 15 Ogos dan berakhir pada 31 Ogos 2020. Penyertaan diterima adalah sebanyak enam blog.

Senarai Pemenang Giveaway Blogger Merdeka 2020

Giveaway Blogger Merdeka Malaysia 2020

Giveaway Blogger Merdeka dianjurkan oleh saya sebagai meraikan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 63, selain daripada meraikan usia blog ini yang sudah mencecah 10 tahun.

Walaupun penyertaan kurang memberangsangkan, tetapi alhamdulillah, masih ada rakan blogger yang sudi menyertai giveaway ini.

Pada awalnya, saya ingatkan sambutan akan diterima dengan banyak memandangkan sebelum melakukan giveaway ini, saya sudah pun melakukan sedikit survey di facebook. Dari situ, saya dapati ramai yang memberikan komen untuk turut serta dalam giveaway yang (ketika itu) bakal dibuat.

Hmmm .. tapi jangkaan saya meleset.

Tak mengapa, saya pasti ramai yang tak perasan dengan giveaway yang saya buat.

Pun begitu, saya tetap akan tawarkan hadiah. Tetapi, bukan dari segi cara random.

Memandangkan jumlah penyertaan kurang dari 10, saya akan tawarkan hadiah kepada semua peserta, iaitu:

  1. https://sobrimansor.net/tema-hari-kebangsaan-malaysia-2020-malaysia-prihatin
  2. https://www.aynorablogs.com/2020/08/merdeka-63-tahun-merdekakah-kita.html
  3. https://tetikusmerah.blogspot.com/2020/08/selamat-hari-merdeka-yang-ke-63.html
  4. https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html
  5. http://www.duniashida.com/2020/08/malaysia-merdeka-2020.html
  6. https://pemudattbc.blogspot.com/2020/08/selamat-hari-kemerdekaan-ke-63.html 

Setiap daripada mereka akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50 dan juga template premium blogger (FlexNews) yang mempunyai 9 variasi lengkap dengan dokumentasi.

Tahniah buat mereka.

Saya akan hubungi setiap blogger yang disenaraikan di atas untuk tujuan pemberian hadiah.

Sekali lagi tahniah.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alaa mama tak perasan GA ni. tahniah kepada semua pemenang

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada semua peserta.
    Tak sempat join atas sebab2 yang tdak dapat dielakkan.

    BalasPadam
  3. Alhamduillah, rezeki... Naim dah emailkan :). Terima kasih Abang Hasrul Hassan

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. terima kasih... Sy dah reply email

    BalasPadam
  5. alhamdulilah...syukran..saya dah reply email :D

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah :) terima kasih tuan hasrul hassan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement