Salah satu kerjaya dalam kerajaan yang menjadi pilihan ramai para lepasan graduan ialah menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41. Walaupun ramai yang memilih jawatan ini menerusi pilihan kerjaya menerusi laman web SPAi-8, namun tidak ramai yang berjaya melepasi tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Kerjaya PTD sememangnya satu kerjaya dalam kerajaan yang mempunyai peluang luas untuk perkembangan dan peningkatan. Malah, calon yang bercita-cita besar melihatkan kerjaya ini sebagai batu loncatan untuk berada pada tahap tertinggi dalam pentadbiran kerajaan.

Rahsia Calon Berjaya Lulus Dalam PSEE Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Rahsia Calon Berjaya Lulus Exam PTD M41

Tugas seorang PTD bukan tugas yang biasa-biasa. Ia memikul tanggungjawab besar bagi memastikan jentera pengurusan kerajaan berjalan dengan baik mengikut peruntukan undang-undang dan sistem demokrasi Raja Berpelembagaan.

Amnya, deskripsi tugas dan tanggungjawab seorang PTD adalah:

Deskripsi Tugas PTD: Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Kerana itulah, jawatan ini merupakan jawatan dalam sektor awam yang penting yang memerlukan pemilihan calon yang benar-benar layak dan mampu memikul segala tanggungjawab yang diberikan.

Untuk menjadi seorang PTD, calon yang layak dari segi akademik akan dipanggil untuk beberapa ujian, ini termasuklah ujian atau penilaian bersandarkan kepada peperiksaan.

Format PSEE Pegawai Tadbir M41


Satu peperiksaan online akan dilakukan ke atas calon yang biasanya terdiri daripada 3 seksyen utama:

  1. Seksyen Pengetahuan Am
  2. Seksyen Daya Penyelesaian Masalah
  3. Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Ujian ini akan menilai calon-calon dari segala aspek penting untuk menjadi seorang PTD yang memenuhi kriteria dan kehendak Kementerian mahupun Jabatan. Maka, calon yang terpilih perlu pastikan mereka melepasi peperiksaan ini yang kini dikenali sebagai Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam atau PSEE.

Calon dikehendaki menjawab SEMUA SOALAN dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Berdasarkan kepada pengalaman saya bersama Tim Infokerjaya, kebanyakkan calon yang gagal adalah kerana mengambil mudah soal persediaan dan persiapan sebelum peperiksaan online ini.

Calon terkejut!

Kaku apabila nampak jumlah soalan dan bentuk soalan ditanya.

Ramai calon yang bermasalah apabila tiba ke seksyen Daya Menyelesaikan Masalah, kerana seksyen ini mengambil masa untuk dijawab, hatta dibenarkan untuk merujuk kepada sumber rujukan yang mereka ada.



Jalan penyelesaiannya cuma satu, iaitu perlu banyak membuat latih-tubi soalan-soalan matematik sebelum peperiksaan online sebenar.

Seksyen Pengetahuan Am juga boleh menjadi punca calon yang kurang bersedia gagal di dalam peperiksaan online PTD M41.

Calon perlu mengetahui isu-isu semasa dan perkara penting di dalam pentadbiran semasa kerajaan. Jika calon gagal mendapatkan sumber rujukan yang berkredibiliti selain dikemaskini, calon mungkin hilang arah untuk menjawab soalan dengan jawapan yang tepat. 

Ada rujukan yang beredar dan mudah didapati di Internet, tetapi ia sebenarnya rujukan yang sudah lapuk dan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.

Perlu ingat, kerjaya PTD memerlukan calon sentiasa peka dengan perubahan dan apa yang berlaku samada di dalam pentadbiran negara mahupun negeri. Malah, mereka juga perlu arif dengan situasi politik luar, selain aspek lain seperti ekonomi dan sosial.

Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris adalah segmen untuk menguji samada calon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Tugasan PTD yang kadangkala melibatkan perhubungan dengan negara lain memerlukan PTD menguasai bahasa perantara ini dengan yakin dan lancar.

Peperiksaan online PTD memang mencabar. Ada soalan yang mudah untuk dijawab, dan ada pula set soalan yang mengambil masa.

Samada sedar atau tidak, calon mudah terperangkap kepada pola-pola soalan yang sememangnya boleh mengelirukan calon walaupun soalan agak mudah. 

Susahnya nak LULUS Exam Online PTD ni ... 

Memang sukar kalau tanpa persediaan yang betul. Namun, tidak dinafikan sesukar mana soalan PSEE, masih ada calon yang berjaya dan lulus di dalam peperiksaan PTD M41 ini.

PSEE Pegawai Tadbir M41 - Apa Rahsia Calon Lulus?

Rahsia Calon Lulus Exam PSEE PTD M41

Apa rahsia kejayaan dan calon lulus di dalam peperiksaan PTD M41?

Rahsia mereka ialah keupayaan mereka untuk kenal-pasti kelemahan diri. Mereka melakukan persediaan rapi sebelum peperiksaan online PTD sebenar. Mereka pastikan diri mereka tidak terkejut dan kaku apabila melihat set-set soalan seksyen Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah mahupun Kefahaman Bahasa Inggeris.

Walaupun keputusan akademik mereka sangat baik, namun ia bukan jaminan untuk mereka lulus di dalam peperiksaan ini.

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bukan seperti peperiksaan di universiti, bukan juga seperti peperiksaan semasa menduduki SPM, STMP ... ia peperiksaan untuk kerjaya.

Klik Sini Utk Tempah Pakej Rujukan PTD M41 2020

Buat Persediaan Rapi Sebelum PSEE Sebenar PTD

Calon yang LULUS, daripada testimoni sebenar mereka ... mereka lulus di dalam peperiksaan online ini kerana telah menggunakan rujukan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya sebagai persediaan awal sebelum peperiksaan.

Dengan adanya pakej rujukan peperiksaan disediakan oleh Tim Infokerjaya, mereka faham mengenai format soalan, termasuk pola-pola soalan yang mampu memerangkap calon. Malah, mereka dapat sumber rujukan terkini untuk menjawab soalan seksyen Pengetahuan Am.

Ditambah lagi dengan puluhan contoh soalan untuk setiap seksyen terutama seksyen Daya Menyelesaikan Masalah yang secara langsung boleh mengakibatkan calon kekurangan masa untuk menjawab semua soalan disediakan.

Jika anda mahu berjaya dan lulus seperti calon sebelum ini, gunakan kesempatan atau kelebihan ini, gunakan rujukan yang telah bantu ramai calon peperiksaan online PTD sebelum anda.

 

Akses diberikan untuk tempoh terhad, jadilah antara yang terawal agar anda mampu membuat persediaan rapi sebelum peperiksaan PSEE PTD M41 yang sebenar. Pakej rujukan ini bukan untuk semua orang, tetapi untuk mereka yang betul-betul berazam untuk menjawat jawatan PTD M41. 

Akses Pakej Rujukan PTD M41

Buatlah persediaan sebelum peperiksaan ini. Jangan ambil mudah, kerana ramai yang mahu melihat kejayaan anda menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik yang sememangnya menjadi buruan ramai graduan lepasan IPT.


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. bukan senang nak pikul tanggungjawab besar mcm ni.apa2 pun nice sharing

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Bisnes Bundle