Anda pernah tonton drama lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak bertajuk Lelaki Kiriman Tuhan tak? Gara-gara drama tersebut, Keriang Hill Resort yang menjadi lokasi penggambaran drama tersebut telah menjadi viral dan semakin dikenali.

Keriang Hill Resort terletak di Alor Setar, Kedah. Resort ini terletak di kaki gunung, jadi .. buat mereka yang tertanya-tanya, suasana di sini memang mendamaikan terutama di waktu pagi dan malam.

Keriang Hill Resort Popular Kerana Drama 'Lelaki Kiriman Tuhan'

Keriang Hill Resort, Alor Setar, Kedah
Keriang Hill Resort

Apa yang sebenarnya menarik di Keriang Hill Resort ini sehingga ia menjadi tarikan penggiat seni untuk dijadikan lokasi penggambaran? 

Aha .. baru-baru ini, semasa percutian singkat ke Alor Setar, Kedah .. sempatlah juga saya bawa keluarga ke resort ini. Yelah, nak tahu juga tempat ni rupa macamana kan? Cantik sangatkah seperti dihebohkan di media sosial... huhu.

Okeh.



Usai menjamu selera di restoran popular Gulai 7 Kawah yang sehala perjalanan ke resort ini, kami pun terus menuju ke resort yang berhadapan dengan Kompleks Kolam Renang Gunung Keriang.

Pandangan Pertama Terhadap Keriang Hill Resort

Wow. Ekspresi pertama apabila kami sampai.

Keriang Hill Resprt Lokasi Drama
Keriang Hill Resort

Dari luar nampak kawasan resort agak besar, luas dan kelihatan seperti sebuah perkampungan di bawah kaki gunung. Kawasan dikelilingi dan diperindahkan dengan pokok-pokok yang menghidupkan suasana perkampungan Melayu lama.

Penginapan Bercirikan Rumah Tradisional Melayu

Keriang Hill Resort
Keriang Hill Resort, Alor Setar, Kedah
Keriang Hill Resort, Alor Setar, Kedah


Nah .. apatah lagi resort ini menampilkan ciri-ciri rumah penginapan berupa rumah tradisional Melayu yang setiap satunya diberikan nama unik. Memang lawa-lawa binaan rumah yang diperbuat daripada kayu ini... sampaikan emak saya yang ikut sekali pun minta saya ambilkan gambar sebagai kenangan.

Restoran Mengadap Tasik Kecil

Selain rumah penginapan yang bercirikan senibina rumah tradisi Melayu, kawasan ini juga ada kolam atau tasik kecil yang dihuni oleh satu lagi ciri unik resort ini, iaitu Angsa Hitam (Black Swan).

Tasik Keriang Hill Resort, Alor Setar

Haiwan ini memang sukar nak ditemui di Malaysia. Malah, kalau anda ke zoo pun, belum tentu boleh menyaksikan haiwan kategori burung ini secara dekat.

The Puteri Restaurant, Keriang Hill Resort
Keriang Hill Resort

Resort ini juga ada restoran yang mengadap tasik. Jadi, andai kata ada yang bercadang untuk menginap di Keriang Hill Resort, bolehlah menjamu selera di tepi tasik di restoran ini.

Saya sekeluarga ambil masa juga untuk melihat persekitaran sekeliling.

Keriang Hill Resort


Cuba nak cari mana letaknya kolam renang seperti yang dipaparkan di laman web Keriang Hill Resort dan dari beberapa review rakan blogger.

Daripada beberapa review yang saya baca mengenai Keriang Hill Resort, ada dinyatakan fasiliti kolam renang, tetapi .... masa kami ke sini, nampaknya tak ada, rasanya dalam proses penyelenggeraan kot.

Nak tahu cara mendapatkan penginapan di hotel pada harga GILER MURAH? Klik Sini.

Apapun, amnya tempat ini memang ada tarikannya tersendiri, khasnya buat mereka yang ingin merasai suasana kampung. Penginapan bercirikan rumah kampung tradisional dilengkapi dengan kemudahan yang bersesuaian untuk keselesaan pastinya mampu menarik perhatian pelancong.

Oh ya, berdekatan dengan Keriang Hill Resort ada beberapa tempat menarik yang boleh dilawati, ini termasuklah Muzium Padi, Taman Rekreasi Gunung Keriang dan juga Pusat Sains Wilayah Utara.

Anda boleh cuba dapatkan harga penginapan yang baik menerusi Agoda.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sgt tertarik resort jenis bangunan kayu camni. someday if ada rezeki nak melawat sini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement