Upgrade komputer lagi? Aha .. rezeki menulis blog. Sebelum ini saya menggunakan monitor komputer Acer FHD 25 inci, memang puas hatilah. Tetapi, selepas setahun ... saya tukar monitor komputer sekali lagi.

Ni segala gara-gara promosi daripada Lazada. Aha .. jadi tak keruan saya apabila dapat tahu ada tawaran menarik daripada AEON Lazada Mall yang offer monitor komputer serendah RM499 untuk Acer FHD 27 inci.

Rezeki Menulis Blog - Upgrade PC dengan Monitor Acer FHD 27 Inci

Acer 27inch FHD Monitor - Murah di Lazada

Ini semua gara-gara nafsu membeli-belah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana kerajaan... haha.

Gatal sangat masuk dalam Lazada, lalu saya ternampaklah tawaran menarik dalam tu yang tawarkan harga menarik untuk sebuah monitor komputer 27 inci Full-HD. Uhhh memang tertawanlah bila dah survey harga ..

Saya akhirnya beli monitor komputer ACER 27" dari Lazada dengan harga RM499! Sekali dengan kabel HDMI percuma.

Beli Monitor ACER 27 Inci Harga Murah di Lazada

Mana nak dapat harga skrin komputer 27 inci bawah RM500 ni. Apatah lagi yang baharu. Paling murah yang pernah saya lihat adalah RM599 juga di Lazada. Di Shopee, saya cari .. harga paling murah semuanya RM600 ke atas.

Jika ada yang jual murah pun untuk skrin 27 inci bawah RM500 biasanya yang refurbished.

Jenama Acer adalah antara jenama monitor komputer yang saya suka guna. Sejak zaman di IPT lagi, saya memang gemarkan jenama Acer untuk monitor komputer. Jarang bermasalah. Dan kalau ada problem pun, mudah nak diservis di kedai komputer kerana banyak alat ganti.

Acer 27inch FHD Monitor - Lazada

Spesifikasi monitor saya beli:

  • Model: ACER ED272A
  • Size: 27 inch
  • Response Time: 4MS
  • Refresh Rate : 75HZ
  • Display Type : IPS Panel
  • Support AMD FREESYNC
  • Resolution : 1920 x 1080 Full HD


Kenapa saya pilih? Ada dua sebab, selain saiz monitor, saya beli monitor baharu untuk komputer saya ialah kerana refresh rate 75HZ. Monitor komputer sebelum ini cuma boleh 65HZ. Jadi, paparan adalah lebih smooth ...

[Dah Baca?] 12 Tips Membeli Komputer Peribadi

Memang puas mata memandang la bila dah gunakan monitor yang bersaiz lebih besar ini.

Saya rasa, ini mungkin pembelian monitor yang terakhir. Dah cukup besar ni .. tak rela rasanya nak pakai monitor lebih besar - 32 inci memandangkan specs komputer yang ada sekarang sekadar biasa-biasa.

Saya beli ni ikut kemampuan, rezeki menulis blog. Kalau tak ada lebihan daripada pendapatan, mungkin saya takat pendamkan sahaja hasrat nak beli. Alhamdulillah.

Rahsia Penulis 
Jika nak cari perkakasan untuk komputer, saya biasanya akan cari dalam Lazada. Setakat ini, alhamdulillah, saya selalu membeli daripada seller yang dipercayai dalam Lazada, dan juga Shopee.

Anda boleh cuba cari ... ni saya dapati dari Lazada ...

Acer 27inch FHD Monitor - Lazada


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tengah cari jugak ni..nak beli set komputer untuk anak. Nak beliklan laptop rasanya masih awal sebab budak sekolah je. Beli komputer lagi bagus , senang nak jaga dan tak cepat rosak..kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya elok. Kalau setakat nak guna untuk kerja sekolah, cari yang murah refurbished pun ok.

      Padam
  2. Balasan
    1. Ya memang murah. Tu sebab saya beli tanpa was-was .. lagi dari seller yang elok .. hehe

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement