Betulkah banyak makan buah durian boleh menyebabkan badan menjadi lemah seterusnya mendatangkan batuk dan demam? Adakah ianya satu fakta kesihatan atau sekadar mitos yang sengaja dibuat untuk elakkan ramai makan Raja Buah yang enak bangat ini? Haha ...

Daripada apa yang saya baca di Hello Doktor, tiada satu kajian yang membuktikan yang memakan durian boleh menyebabkan batuk dan demam. Malah, dari pengalaman saya, anak saya yang suka makan durian, alhamdulillah, tidak pernah sekalipun batuk atau demam disebabkan makan durian.

Mitos Makan Durian Boleh Sebabkan Batuk dan Demam

Mitos Makan Durian Boleh Sebabkan Batuk Demam

Sebenarnya, mitos ini mungkin wujud kerana sebaik sahaja menghabiskan durian .. tubuh badan akan terasa panas. Badan akan rasa kurang selesa dan terasa suhu badan sedikit meningkat tetapi tidaklah sehingga menyebabkan demam.

Mitos ini perlu disangkal. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh menyebabkan kembung perut. Itu sebab ada petua dan pantang orang tua yang tidak mengesyorkan makan durian buat ibu mengandung, takut terkena kembung perut.

Isteri Makan Durian Ketika Mengandung, Najmi Jadi 'Hantu Durian'

Mitos Makan Durian Boleh Sebabkan Batuk Demam


Tetapi, isteri saya ... alhamdulillah, sewaktu mengandungkan anak bongsu saya memang ada makan buah durian dan syukur tiada kesan buruk yang berlaku. Cuma, kesannya nampak sekarang kerana anak bongsu saya memang suka sangat makan buah durian.

[Baca] Buah Durian Pertama Buat Najmi

Anak bongsu saya, Najmi memang suka makan buah durian. Kalau nampak orang berjual buah durian di tepi jalan, mesti disuruhnya untuk beli.

Kanak-Kanak Makan Buah Durian

Pernah sekali kami berhenti makan buah durian di Jalan Kampar, berdekatan Ipoh. Anak saya, si Najmi makan sehingga 3 biji buah durian kampung. Pakcik yang menjual buah durian tu pun kagum sehingga sukacitanya dia memberikan sebiji buah durian gred AA untuk Najmi makan sehingga habis.

Durian Bagus Untuk Kesihatan Kerana Ada Karbohidrat LDL dan Tiada Kolesterol!

Durian Gred AA

Anda tahu tak, bahawa durian mempunyai karbohidrat yang tinggi. Makanan yang kaya dengan karbohidrat mengandungi banyak fiber yang tidak dapat diuraikan oleh badan.

Pun begitu, durian mengandungi karbohidrat LDL (low density carbohydrate), sejenis karbohidrat yang baik untuk jantung. Dan buah ini tidak mempunyai sebarang kolesterol!

Aha .. berita baik untuk mereka yang ada masalah kolesterol, boleh menikmati buah durian tanpa rasa risau. Namun, ia tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana kandungan karbohidrat lain yang tinggi, apatah lagi buat mereka yang ada masalah jantung dan juga buat mereka yang ada masalah penyakit kencing manis.

Durian fruit

Sama seperti makan durian bersama dengan alkohol, susu juga mempunyai kadar fiber dan karbohidrat yang tinggi. Susu juga boleh menyebabkan kembung perut, lalu makan durian dengan susu adalah satu pilihan yang kurang bijak.

Itu sebab mereka yang makan durian terlalu banyak, apatah lagi bersama susu akan akhirnya berasa kurang selesa dan sering membuang angin (kentut) yang busuk .. hoho.

Aha .. sekarang anda dah sedikit sebanyak mengetahui mengenai beberapa fakta menarik mengenai buah durian.

[Baca Juga] 4 Mitos Sering Diperkata Bila Makan Buah Durian

Buah durian sebenarnya buah yang berkhasiat untuk tubuh tetapi seperti yang diajarkan dalam Islam, janganlah diambil secara berlebihan. Berpada-padalah kerana kesederhanaa itulah yang paling baik.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setuju, bersederhana itu lebih baik :)

    BalasPadam
  2. Kalau bagi saya ye, sebab saya lee paling terkesan kalau makan berlebihan, kompk deman dulu then batuk huhuhu...sebab tu kalau nak makan saya kena beringat...tapi kalau anak-anak dan suami, elok je mmebedal banyak berbiji-biji...huhuhu

    BalasPadam
  3. Biasa kalau budak makan durian banyak, mata akan bertahi...

    thefakhirin.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement