Berikut adalah inisiatif dilakukan oleh Pusat Perubatan Nilai (Nilai Medical) dalam membantu kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia memastikan bahagian hadapan pencegahan wabak Covid-19 dapat bertindak pantas. Ujian Covid-19 secara pandu-lalu kini boleh diperoleh di pusat perubatan berkenaan mulai 1 April 2020.

Buat mereka yang mempunyai simptom-simpton Covid-19, dan pernah pergi keluar negara atau mempunyai kontak dengan mereka yang disahkan positif Covid-19 ini, maka gunakan peluang dan kesempatan ini mendapatkan ujian Covid-19 yang disediakan oleh Nilai Medical ini.

Ujian Covid-19 Secara Pandu-Lalu (Drive-Thru) - Keputusan Ujian Dalam 48 Jam


Berikut adalah kenyataan rasmi yang telah disampaikan kepada saya menerusi email oleh Nilai Medical.

Bermula 1 April 2020, Pusat Perubatan Nilai (Nilai Medical) akan menawarkan ujian pandu-lalu Covid-19 yang memberikan keputusan dalam tempoh 48 jam. Jangka masa yang cepat ini akan membolehkan mereka yang berkeputusan negatif untuk menarik nafas lega serta membolehkan tindakan perubatan dilaksanakan segera untuk kes positif.



Inisiatif pantas oleh Pusat Perubatan Nilai ini bertujuan untuk menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menambahbaik pengesanan, pengasingan dan rawatan; dengan matlamat untuk mengurangkan penyebaran wabak dan menghilangkan virus tersebut.

Ujian Covid-19 Pandu-Lalu Cuma 10 Minit

Menurut Jasmine Lau, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Nilai, "Dengan peningkatan jumlah kes Covid-19, ujian pandu-lalu 10-minit ini akan menggalakkan orang ramai melakukan ujian jika mereka mempunyai sebarang kebimbangan atau mengesyaki bahawa mereka mungkin telah terdedah kepada virus itu.

Konsep pandu-lalu ini mengurangkan kontak rapat sementara memastikan keselamatan kakitangan kami. Swab (sampel bahan uji) akan diambil sementara individu kekal berada di dalam kenderaan mereka. Sekiranya mana-mana individu didapati positif, kami akan memaklumkan serta mengarahkan mereka dengan serta-merta untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang sesuai.

"Dengan ujian pandu-lalu yang cepat diproses ini, Pusat Perubatan Nilai dapat memainkan peranan penting dalam mempercepatkan langkah perubatan dan pengasingan. Kami ingin menghulurkan tangan untuk membantu rakan professional penjagaan kesihatan di kemudahan kerajaan dan bersama-sama menangani krisis ini,"; kata beliau.

Waktu Mendapatkan Ujian Covid-19 Pandu Lalu dan Harga Perkhidmatan



Ujian pandu-lalu Covid-19 di Pusat Perubatan Nilai dibuka dari Rabu hingga Jumaat, 2.00 petang - 5.00 petang.

Ujian ini ditawarkan dengan harga RM580 untuk orang ramai dan RM500 untuk warga emas (berumur 60 tahun ke atas) dan pekerja penjagaan kesihatan.

Sila hubungi 06-8505100 atau emel hotline@nilaimc.com untuk menempah slot masa pandu-lalu ujian Covid-19 ini.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Borong dari Jepun