Salah satu pengumuman menerusi PRIHATIN oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pemberian bantuan khas kewangan untuk kakitangan awam dan pesara Kerajaan. Bantuan kewangan ini adalah sebahagian daripada isi kandungan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan Kerajaan pada 27 Mac 2020.

Pemberian bantuan kewangan ini bagi memastikan kegiatan ekonomi dalam negara terus berjalan memandangkan bilangan mereka dalam perkhidmatan awam adalah sangat besar.

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan PRIHATIN Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan

Covid-19 - Bantuan Khas Kewangan Kakitangan Awam dan Pesara

Pemberian bantuan khas kewangan ini akan diberikan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Jumlah bantuan kewangan yang akan diberikan adalah sebanyak RM500 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah. Bantuan kewangan sebanyak RM500 ini juga turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang memilih skim pencen.

Malah, bantuan khas kewangan ini juga turut diberikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) dalam Perkhidmatan Awam yang masih berkhidmat pada 23 April 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat-kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Pembayaran ini bersifat one-off atau sekali bayar, selaras dengan pengumuman Kerajaan dalam PRIHATIN.

Tarikh bayaran bantuan khas kewangan PKP 2020

Tarikh bayaran untuk bantuan ini akan dibuat dan dikreditkan dalam akaun pada 23 April 2020.

Sebagai tambahan, pembayaran gaji kakitangan awam untuk bulan April adalah pada 23 April, manakala pembayaran pencen untuk pesara Kerajaan adalah pada 21 April 2020. Ini bermakna, pesara akan menerima dua kali pembayaran wang daripada Kerajaan.



Nasihat Untuk Pesara Kerajaan

Adalah dinasihatkan buat para pesara agar tidak berpusu-pusu mengeluarkan duit pencen pada tarikh 21 hb memandangkan akan ada satu lagi kemasukan wang sebanyak RM500 menerusi PRIHATIN pada 23 April.

Sepertimana dinasihatkan oleh Kerajaan, menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia, amalkan penjarakan sosial ketika mengeluarkan wang di mesin ATM. Dan adalah lebih baik untuk mengeluarkan wang tersebut di luar waktu puncak.

Wang bantuan ini juga boleh dikeluarkan menerusi mesin ATM bank-bank lain dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa dikenakan sebarang caj. Jadi, tidak perlulah bertumpu pada satu-satu bank sahaja untuk pengeluaran wang.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement