Kerajaan telah pun mengisytiharkan bahawa Malaysia berada di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai usaha tipis untuk menyekat penularan wabak Covid-19 yang telah meragut sehingga 3 nyawa (setakat 20 Mac 2020).

Di sebalik sebaran am mengenai perintah ini serta pelbagai panduan untuk memastikan masyarakat patuh kepada arahan, namun terdapat di kalangan masyarakat yang masih belum jelas mengenai perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Perincian Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh Negara - Covid-19

Untuk membolehkan lebih ramai faham mengenai apa yang boleh dan tidak boleh menerusi arahan ini, saya mengambil inisiatif untuk berkongsi info mengenainya di dalam blog ini.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN):

1. Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.

2. Lanjutan daripada pengisytiharan tersebut, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara agensi kerajaan pada 17 Mac 2020 untuk memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan agar Perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Untuk memastikan keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa, perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti di Lampiran A (Essential) dan di Lampiran B (Non-Essential) dibenarkan beroperasi.

3. Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam, 18 Mac 2020. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

4. Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Pegawai Polis DiRaja Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

5. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19.

6. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8888 2010.

Sekian.

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
18 MAC 2020

Untuk lebih memahami sektor apa terbabit, apa yang dibenarkan dan dihadkan dan apa yang tidak boleh, anda boleh lihat dan muat-turun menerusi pautan ini - Perintah Kawalan Pergerakan (Updated)



Semoga dapat dimanfaatkan oleh semua.

Sekali lagi, pesanan daripada saya, sebagai suami dan rakan kepada petugas-petugas Kementerian Kesihatan Malaysia daerah Kerian yang berhempas-pulas menangani penularan Covid-19 ini, silalah duduk di rumah, jangan ke mana-mana.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement