Jadual komuter terkini disebabkan PKP. Berikutan langkah kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO), pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menjadualkan semula perkhidmatan rel dan keretapi termasuklah perkhidmatan komuter.

Malah, menerusi satu kenyataan media dikeluarkan oleh pihak KTM bertarikh 20 Mac 2020, beberapa perkhidmatan trennya telah digantung sementara bermula 21 hb sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

Jadual Tren Komuter Sektor Utara Bermula 24 Mac 2020 (Perintah Kawalan Pergerakan)

Jadual Tren Komuter Sektor Utara Bermula 24 Mac 2020 (Perintah Kawalan Pergerakan)

Sebagai warga yang tinggal di kawasan utara, saya tahu ramai rakan-rakan saya yang sering menggunakan perkhidmatan tren dan keretapi KTMB ini untuk pergi ke satu-satu destinasi samada untuk tujuan kerja mahupun atas urusan mustahak.

Untuk itu, saya ingin berkongsi jadual perjalanan terbaru perkhidmatan Komuter, khususnya untuk kawasan atau sektor utara sebagai panduan dan rujukan semua. Jadual terkini perkhidmatan Komuter sektor utara ini telah dikemaskini pada 23 hb Mac 2020 bagi disesuaikan dengan arahan kerajaan dalam PKP atau MCO.

Jadual Perjalanan Tren Komuter Butterworth - Padang Besar - Butterworth (PKP)

Jadual Perjalanan Tren Komuter Butterworth - Padang Besar - Butterworth (PKP)

Jadual Perjalanan Tren Komuter Butterworth - Padang Rengas - Butterworth (PKP)

Jadual Perjalanan Tren Komuter Butterworth - Padang Rengas - Butterworth (PKP)
Buat mereka yang memerlukan melakukan perjalanan menggunakan tren komuter ini, bolehlah gunakan panduan dan rujukan jadual perjalanan tren komuter di atas. Penetapan jadual perjalanan terkini KTM Komuter ini adalah diselaraskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Jadual di atas berkemungkinan akan mengalami perubahan mengikut situasi semasa PKP (MCO).

Untuk jadual perjalanan KTM yang lain, boleh rujuk laman web KTMB rasmi berikut: http://www.ktmb.com.my/TrainTime.html

Nasihat Perjalanan 

  • Pastikan anda melakukan perjarakkan (social distancing) ketika berada di dalam tren dan ketika di Stesen KTM
  • Hanya lakukan perjalanan jika perlu sahaja. Duduklah di rumah jika tiada kecemasan.
  • Bawa hand-sanitizer sendiri.
  • Pakai penutup muka.
  • Kurangkan sentuhan tidak perlu semasa berada di dalam tren.
Nasihat Covid-19

Semoga dapat dimanfaatkan.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Shopee