Positifkan Diri Atas Sesuatu Berlaku

Positifkan Diri Atas Sesuatu Berlaku


Positifkan diri. Bersangka baik. Yakin dengan setiap yang berlaku mempunyai kebaikan dan hikmah daripada Tuhan. Bukan mudah nak dilakukan kerana sifat manusia itu yang selalunya dalam lemah dan tanpa daya.

Ada masa dalam kehidupan kita seharian, terdapat perkara yang berlaku sehingga menyakitkan hati, tidak menyenangkan, membuatkan kita marah, kadangkala risau dan pelbagai perasaan negatif lain. Namun, ia sebenarnya simbolik tentang sesuatu yang lebih besar dari itu.

Positifkan Diri Atas Perkara Yang Terjadi

Positifkan Diri
Kerap sungguh terutama saya, terlupa akan benda-benda yang berlaku ini. Acapkali kita mempersalahkan keadaan, sedangkan keadaan itulah yang menandakan kita ini sebagai salah satu makhluk Tuhan yang masih diberikan kesempatan dan peluang.

Kita melihat dan menerima sesuatu yang pada hemat kita, sesuatu yang negatif, tetapi di sebalik apa yang berlaku itu ada kebaikan yang bakal diperoleh, antara sedar dengan tidak, antara nampak atau tersembunyi.

Ini yang sering berlaku. Bukan takat dalam drama di TV sahaja, ia memang nyata terjadi. Tak percaya, cuba kita lihat sorotan peristiwa dan kejadian yang terpapar di media terutama media sosial. Agak menakutkan sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan akta itu ini, larangan itu ini.

Positifkan Diri Atas Sesuatu Berlaku


Aura negatif bagai melata tanpa halangan. Ramai antara kita mencuba mencari apa yang tidak betul, apa yang salah pada hemat kita. Amat sedikit dari kita ini, mencari apa yang betul dan positif di sebalik sesuatu yang telah berlaku.

Situasi Setiap Hari Yang Kita Rasa Negatif Tetapi ....


Jom sama kita renungkan situasi negatif dan positif yang biasa berlaku setiap hari di rumah kita, tak perlu lihat contoh jauh ...
  • Kita marah apabila suami atau isteri tidur berdengkur di samping kita di waktu malam, tetapi kita lupa .... alangkah bahagianya kerana suami atau isteri kita itu sedang tidur disisi kita dan bukan di sisi orang lain.
  • Kita marah pada anak mahupun adik perempuan kita yang dok mengomel apabila mencuci pinggan di dapur, tetapi kita lupa .... bahawa anak atau adik perempuan kita masih berada di rumah dan tidak berpeleseran di jalanan dengan orang yang tidak dikenali.
  • Kita hangin dengan cukai pendapatan yang kita kena bayar setiap tahun, tetapi kita lupa .... itu menandakan kita masih mempunyai pekerjaan.
  • Kita tension dengan pakaian kita yang dah tak muat, perut pun dan makin ke depan, buncit gitu .... tetapi kita lupa bahawa itu tandanya kita tak kelaparan.
  • Kita mengeluh kerana hampir setiap minggu perlu mop lantai, membersihkan tingkap, dan rumah yang perlu dikemas tetapi kita lupa .. ada insan di luar sana yang tak dapat berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang lengkap seperti kita.
  • Kita dok bising kerana tak tahan apabila jiran kita berbuat bising, tetapi kita lupa bahawa kita masih lagi boleh mendengar.
  • Kita juga sering mengeluh kerana melihat timbunan pakaian yang perlu dicuci dan digosok, tetapi kita tak sedar bahawa ada insan yang tak dapat nak cuci pakaian langsung sebab pakaiannya hanya ada sepasang sahaja.
  • Kita dok sering merungut kerana keletihan selepas seharian bekerja, tetapi kita lupa bahawa kita masih punyai kekuatan dan masih berupaya untuk kerja kuat.
  • Kita dok buat muka tension setiap hari dek kerana terpaksa berjalan jauh untuk ke tempat letak kereta, tetapi kita lupa kerana kita masih punyai kaki yang dianugerahkan untuk berjalan.
  • Kita sering geram dengan jam loceng yang berdering pada waktu pagi, tetapi kita lupa bahawa itu tandanya kita masih lagi hidup untuk meneruskan hari tersebut. 
  • Kita rasa jodoh kita adalah jodoh yang salah, tetapi berapa ramai yang masih lagi mencari jodoh tanpa ada zuriat yang dapat mendoakan kita tatkala kita dah tiada di dunia.
  • Kita fikir kita orang yang sangat susah, tetapi sebenarnya kesusahan kita adalah tidak terbanding pada mereka yang sudah tidak punya apa-apa.

Apapun dalam setiap detik kehidupan kita, perlu yang pasti adalah menerima Qada' dan Qadar serta bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada kita. Gunakan akal dalam menilai sesuatu yang berlaku pada diri, dan elak menjadi hakim mengadili orang lain.

Bukan ingin menjadi sempurna, tetapi manusia telahpun dijadikan dengan sebaik-baik kejadian. Panduan dah ada, kita hanya ikut dengan tertib dan cara serta langkah betul. Semoga sama-sama dapat menjadikan diri lebih baik dan lebih positif dalam kehidupan.



Post a Comment

2 Comments

  1. alhamdulillah terima kasih sharing ^_^

    ReplyDelete
  2. Sentiasa beringat ujian yang kita terima berdasarkan kemampuan diri kita sendiri...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com