Rahsia Menjadi Pelajar Cemerlang - Jadikan Sarapan Pagi Satu Kewajipan! Anda pernah dengar tak ungkapan yang berbunyi "have breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a poor"? Ia menunjukkan kepentingan sarapan pagi dalam mempengaruhi aktiviti individu sepanjang hari.

Kajian terbaru menunjukkan pelajar sekolah rendah yang mengambil sarapan pagi mempunyai keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan GCSE berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan. Mahu anak anda menjadi seorang pelajar cemerlang? Maka pastikan mereka mendapatkan sarapan pagi yang mencukupi.

Sarapan Pagi Penting Untuk Proses Pendidikan Anak-Anak

Pendidikan untuk anak adalah merupakan aset yang paling penting kerana ia boleh menjamin masa depan mereka. Apatah lagi di zaman serba maju dan teknologi berkembang sangat pantas ini, anak-anak perlu mempunyai otak yang mampu menyerap segala ilmu dan maklumat dengan cepat.

Ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk anak menjadi seorang murid atau pelajar yang mampu catch-up pembelajaran di dalam kelas. Salah satu antara faktor tersebut adalah soal pemakanan.

Kita sering mendengar keluhan pelajar berkenaan dengan sarapan pagi. Mana tidaknya, jumlah wang perbelanjaan yang diberikan oleh ibu bapa kebiasaannya cukup untuk menampung kos pemakanan pada satu waktu rehat (biasanya pada pukul 10 pagi), dan bukannya waktu sebelum itu.


Dan rasanya ramai juga antara kita, para ibubapa yang tidak sempat menyediakan sarapan pagi sebelum ke sekolah untuk anak-anak, terutama sekali buat mereka yang tinggal di ibukota besar seperti Kuala Lumpur.

Kebiasaan, sesi pembelajaran akan bermula pada jam 8 pagi, dan kebanyakan pelajar tidak mengambil makanan sebelum waktu tersebut.

Alhamdulillah, menyedari kepentingan bersarapan pagi ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendapat insentif bagi menjalankan program sarapan percuma khas untuk pelajar sekolah yang bakal bermula menjelang 2020. Ini merupakan satu inisiatif yang baik bagi menjamin prestasi cemerlang dalam kalangan pelajar.

Negara-negara maju seperti di UK mempunyai program yang seakan-akan sama, namun hanya sebahagian daripada jumlah 24,000 sekolah yang menawarkan program tersebut kepada pelajarnya.

Kajian oleh Katie Adolphus yang diterbitkan di Frontier telah menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sukar untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan GCSE. Mereka yang mengambilnya secara kerap sering mendapat keputusan, secara puratanya, lebih dua gred berbanding pelajar yang tidak mengambilnya.

Dianggarkan bahawa hampir setengah juta daripada populasi pelajar sekolah di United Kingdom (UK) belajar dalam keadaan lapar. Kajian soal selidik yang dijalankan di sekolah-sekolah dan kolej yang terletak di West-Yorkshire telah menunjukkan 30% daripada pelajar tidak atau jarang mengambil makanan pada waktu pagi.
Sarapan Pagi - Rahsia Menjadi Pelajar Cemerlang


Mereka yang makan pada waktu pagi dalam kekerapan sekali-sekala pula hanya merangkumi 20% daripada jumlah pelajar di negeri tersebut. Data tersebut telah dianalisis dan dapatan soal selidik menunjukkan mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sering mendapat keputusan, secara purata, kurang 10 markah daripada mereka yang mengambilnya.

Kajian ini menunjukkan kepentingan sarapan pagi dalam meningkatkan prestasi pelajar untuk mendapat keputusan akademik yang cemerlang.

Kalau ikutkan, ibu bapa di zaman 70-80an, sering menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak sebelum ke sekolah. Malah, seingat sayalah ... sewaktu di sekolah rendah, saya pasti akan makan sarapan pagi sebelum masuk ke kelas.

Samada, saya beli semasa sebelum ke sekolah atau beli di kantin sekolah sebelum bermulanya kelas. Paling tidak, emak saya akan sediakan segelas milo panas sebelum saya bertolak ke sekolah berjalan kaki kira-kira 800 meter dari rumah.

Kepentingan Sarapan Pagi

Sarapan Pagi - Rahsia Menjadi Pelajar Cemerlang
Buku yang berjudul Three Square: The Invention of the American Meal oleh Abigail Carroll telah menerangkan perihal pembahagian waktu makan kepada makan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Menurutnya, pembahagian tersebut tidak berteraskan konsep biologi tetapi lebih kepada penerapan budaya oleh orang Eropah kepada komuniti masyarakat tempatan Amerika. Masyarakat tersebut hanya makan jika mereka berasa lapar.

Namun pengamalan konsep tiga waktu makan ini membuatkan seseorang individu kelihatan lebih teratur dan bertamadun. Namun, persoalannya, adakah sarapan pagi merupakan perkara yang paling penting buat individu?

Selain dapat meningkatkan prestasi individu, sarapan pagi juga boleh:
  • Menjadikan seseorang individu lebih aktif: Waktu tidur merupakan fasa berpuasa bagi setiap individu. Kadar gula dalam darah kebiasaannya rendah dan ia merupakan sumber tenaga utama bagi badan. Mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sering berasa lembap, tidak bertenaga dan sukar untuk menjadi lebih produktif dalam menjalankan aktiviti harian
  • Menurut kajian makanan, pelajar yang mengambil sarapan pagi cenderung untuk mengambil 20-60% lebih nutrisi mikro seperti vitamin B, D, zat besi dan serat berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan. Ada juga kajian yang menyatakan kepentingan sarapan dalam mengawal berat badan namun ia mendapat tentangan daripada ahli akademik yang lain. Kajian lanjut perlu dijalankan bagi mengkaji kesannya dengan lebih tepat.


Kesimpulan

Jika anda merupakan ibu bapa, inilah masa untuk memikirkan sesuatu supaya anak-anak dapat bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Jika anda adalah seorang pelajar, pastikan anda mendapat sarapan pagi yang sempurna dan lebih kerap supaya dapat memastikan hari anda lebih baik terutama ketika sesi pembelajaran.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita bersama-sama.

Sumber asal: Hello Doktor

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Yes tak sabar sarapan pagi percuma untuk sekolah rendah nanti 😁

    BalasPadam
  2. Sarapan adalah sangat diperlukan kerana memberi tenaga untuk permulaan kerja. Terima Kasih perkongsian

    BalasPadam
  3. semoga anak-anak kita semua berjaya dalam pelajaran kelak terutama pengenalan sarapan percuma ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement