Pertama Kali Makan Tomyam Dalam Kelapa Muda

Dah lama teringin nak mencuba menu masakan tomyam dalam kelapa muda ni, tapi tak jumpa tempat makan yang sediakan. Alhamdulillah, baru-baru ni saya dan keluarga berkesempatan ke sebuah restoran terkenal di Ipoh, iaitu Restoran Miker.

Restoran Miker terletak di Padang Ipoh. Tak susah nak cari sebab dah ada dalam Google Maps dan juga Waze. Mercu tanda paling hampir ialah pastinya Padang Ipoh tu - padang bola yang ada tiang bendera yang tinggi melampai.

Pengalaman Pertama Makan Tomyam Dalam Kelapa Muda

Tomyam Dalam Kelapa Muda
Sebenarnya, cadangan nak makan di Restoran Miker ini adalah cadangan isteri saya. Ketika itu, kami bermalam di sebuah hotel penginapan di Ipoh. Isteri saya  terlibat dengan satu bengkel kursus, jadi dapatlah kami bermalam di hotel.

Tomyam Dalam Kelapa Muda restoran Miker Ipoh
Restoran Miker memang dah lama terkenal, malah telah beberapa kali tular di media sosial kerana menu unik yang ada di situ. Salah satunya ialah Tomyam Dalam Kelapa Muda.

Saya dapat tahu restoran ini hanya dibuka mulai jam 5 petang.

Kami ke Miker lebih kurang jam 10:00 malam. Memang dah rancang nak makan malam di restoran ini sebab malam sebelum tu tertangguh kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Tempat parkir memang mudah bila malam. Saya park kereta betul-betul di restoran Old Town White Cofee di situ, bersebelahan dengan Padang Ipoh.

Untuk ke restoran Miker, kena berjalan kaki lebih kurang 30 meter.

Fuh. Memang ramai pelanggan kat Restoran Miker ni, pelbagai bangsa pula tu .. macam makan kat restoran makanan segera. Ramai yang sedang menikmati hidangan yang panas-panas, nampak wap asap memenuhi persekitaran yang sedikit kelam.


Bila dah dapatkan tempat duduk yang berbumbungkan langit berbintang, isteri saya terus pesan menu yang diidamkan, iaitu Tomyam Dalam Kelapa Muda. Selain tu, anak-anak saya pula pesan Chicken Chop selain pizza.

Hidangan sampai.

Tomyam Dalam Kelapa Muda Restoran Miker Padang Ipoh
Tomyam Dalam Kelapa Muda
Semua hidangan panas-panas. Tak lama menunggu, agak pantas walaupun restoran ada ramai pelanggan.

Sedap.

Tomyam Kelapa Muda memang sedap walaupun isinya tak seberapa banyak macam kat restoran lain. Saya tak dapat nak describe kelainan rasa yang ada pada tomyam ni, tetapi memang ada rasa masam pedas tu dan rasa manis air kelapa yang panas.

[Dah Baca?] Resepi Hasilkan Pes Tomyam Sedap dan Pekat

Jika nak tahu rasa sebenar, bolehlah cari menu makanan ni di tempat anda kalau ada. Rasai sendiri. Tak pun, andai anda berada di sekitar Ipoh, bolehlah ke restoran ini yang terletak di Padang Ipoh untuk merasai keenakan Tomyam Dalam Kelapa Muda ni.

Oh ya, andai mencari hotel penginapan sekitar Ipoh, cuba lihat promosi dibuat oleh Agoda. Saya semak ada tawaran diskaun sehingga M300 untuk hotel terpilih. Terus ke sini - Agoda Promotion.



Copywritting template

Post a Comment

2 Comments

  1. memang sedap kalau tomyam served dalam kelapa. Selalu makan masa dekat segamat dulu

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com