Panas. Bukan selalu saya nak menulis topik atau tajuk blog post yang kontroversi ni ... tapi kali ini saya agak terganggu sedikit. Ia berkaitan jenama yang tersohor dalam menyediakan deko dalaman rumah yang cantik, menarik dan berbaloi dengan harga, iaitu IKEA.

Saya bukanlah peminat tegar jenama IKEA ini, tetapi saya tidak nafikan banyak produk yang ada dalam katalog terbaru IKEA 2019 menarik perhatian saya.

Kontroversi IKEA Menyokong LGBT Menerusi Katalog 2019

Kontroversi IKEA Menyokong LGBT Menerusi Katalog 2019
Bercakap soal katalog terbaru IKEA 2019 yang saya dapat menerusi edaran percuma oleh Pos Malaysia ke seluruh rumah di Malaysia, ada sesuatu yang mengganggu saya iaitu cover depan katalog ini.

Ada rakan blogger yang mengatakan bahawa muka depan katalog IKEA ini memaparkan individu yang mengamalkan LGBT.

Awalnya tu, saya tak perasan langsung mengenai cover depan katalog tu. Pada saya, ia sekadar katalog untuk mempromosikan produk terbaru dan terkini yang ada di IKEA. Saya tak ada langsung terlintas ia memaparkan dua individu di atas katil yang sama jantina dalam keadaan mesra.

Sekali pandang, ia memaparkan dua individu berlainan jantina. Jelas pada pandangan saya yang sekilas, ia adalah sepasang individu lelaki dan perempuan berambut blonde.


Kemudian, apabila seorang rakan blogger naikkan status di Facebook mengatakan katalog terbaru IKEA paparkan golongan LGBT di muka depan, saya terus semak kembali. Rakan blogger tersebut, ia makin jelas .. bila diselak pada halaman berikutnya.

Hmm ...

Itu adalah pandangan rakan blogger tersebut dari apa yang dipaparkan.

Pandangan ini boleh mengelirukan.

Zaman sekarang ni, memang dah makin sukar nak bezakan lelaki tulen dengan lelaki yang 'bertopeng' wanita ni.

Sebenarnya, saya pun tak pasti samada dua individu di muka depan dan halaman pertama tu adalah dari jantina yang sama. Serius .. saya tetiba jadi keliru bila isu ini ditimbulkan.

Hasil Carian Berkaitan IKEA dan LGBT

Bila dibuat carian mengenai "IKEA LGBT" ... di Google, ini yang saya jumpa ...

Kontroversi IKEA Menyokong LGBT
Penemuan yang agak mengganggu ... betul? Saya mula merasakan anggapan rakan blogger tersebut yang mengatakan bahawa IKEA mempromosikan LGBT seolah-olah benar belaka. Pandangan awal saya yang agak sangsi seolah telah diiyakan apabila hasil carian ini dipaparkan.

Apa kata anda?

IKEA Promosi LGBT?

Anda rasakan bahawa IKEA menyokong LGBT?

Cuba tengok promosi IKEA di bawah ini ....

Kontroversi IKEA Menyokong LGBT


Saya ambil paparan info di atas tu dari sini - https://www.ikea.com/es/en/this-is-ikea/community-engagement/our-blue-bag-just-got-an-lgbt-makeover-pub4d7f1531

Ada rakan saya mengatakan bahawa polisi IKEA yang berasal dari Sweden adalah jelas - mereka tidak menyokong LGBT, tetapi mereka menyokong hak kesamaan.

Ada kes di Poland di mana pihak IKEA ditempelak kerajaan Poland kerana memberhentikan pekerjanya yang anti-LGBT. Anda boleh baca di sini - https://kafkadesk.org/2019/07/05/ikea-in-trouble-in-poland-amid-spiraling-lgbt-controversy/

Tu IKEA di negara luar. Polisi IKEA Malaysia .. saya tak berapa nak pasti. Mungkin selepas isu ini diketengahkan, pasti akan ada kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh pihak IKEA Malaysia. Ia penting kerana isu LGBT ni agak sensitif.

Tunggu je la kot.

Katalog IKEA 2019

Buat anda yang belum tengok katalog IKEA 2019 terbaru, memang banyak produk menarik dalam tu. Saya sendiri syok tengok katalog IKEA ni ... nak berbelanja di IKEA tu mungkin dah berat hati sikitlah.
Katalog IKEA 2019
Katalog IKEA 2019
Katalog IKEA 2019

Hmm .. sebelum ni, IKEA Malaysia ada juga timbul kontroversi mengenai hidangan MeatBall yang terkenal tu. Ada netizen dakwa yang MeatBall IKEA tidak halal tetapi ianya telah diperjelaskan oleh pihak IKEA Malaysia.

Ya.. setiap benda yang berlaku akan ada penjelasannya sendiri.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement